Hanya tinggal 2 hari terkahir untuk membuat beberapa persiapan anak-anak sebelum sesi persekolahan 2009 akan bermula Isnin nanti. Bukan tak ingin buat persiapan awal, biasalah rasanya lebih ‘meriah dan tabiat semulajadi’ mesti tunggu saat-saat terakhir. Mulalah saiz dah habis… tiada bekalan.
Dua minggu lepas, rasanya kasut boleh digunakan lagi, beg sekolah masih keadaan elok, alat tulis pun dah siap tetapi tiba-tiba ada saja yang ketat, yang koyak , yang hilang…… macam dalam tempuh 2 minggu itu tumbesaran mereka naik mendadak.
Oklah..ringkas saja . Saya nak pergi kedai koperasi sekolah…………. MEGA SALE !!!!!
* Kenapalah pihak sek men teknik sepang hantar surat tawaran asrama 2009 tanpa disediakan senarai yuran-yuran yang perlu dibayar ibubapa….huhu…. kalau dah tahu berapa jumlah, senanglah nak keluarkan duit ke, gadai gelang emas ke , jual sekerap ke jual tanah kebun ke….![]()
EDIT : Atas ini adalah entri pagi yang disimpan dalam draft, tak sempat publish. Alang-alang dah sampai sekolah, kebetulan terserempak dengan seorang guru yang berjiran , saya pun bertanya senarai (list) yuran . Nak sediakan dan bolehlah di bayar Isnin nanti.
” yang tu sensitif, tak boleh kutip sekarang… pihak sekolah tak dibenarkan keluarkan lagi…”
hahahaha….nak tunggu lepas pilihanraya kot!
Yuran sekolah sekitar rm 50 menjadi isu sensitif … yuran sekolah pun boleh menjadi isu pilihanraya.
Yuran sekolah anak-anak saya :
EDIT : Permohonan ke sekolah menengah teknik , isi borang di sini > [link]
Post Lain Yang Berkaitan:


Pilahanraya… apa sahaja boleh jadi issue akan dipolitikkan..
nuaemans last blog post..Karikatur 2009
kak jie ..
selamat tahun baru !!!
@Lily, selamat tahun baru Hijrah & Masihi lily
mmg masalah besar kak, bile ckp pasal yuran ni..
sekolah saya, yuran yg dibolehkan dibayar skrg nih, cume RM1.50 shj!
tu pon utk insuran, yang lain illek…
takde lagi, blom bulih dikluarkan..
jadi kalau dah free dan takde byran lgsg, mcmane nk jalankan aktiviti utk budak2 nih..
lgsg xde byran….
susah kalau bende2 ni dipolitikkan….
ChekguBHs last blog post..Aku nak jadi seorang…
@ChekguBH, yuran tu tanggungjawap ibubapa menyediakan..bukan banyak pun…utk setahun.
[...] Yuran Sekolah menjadi rahsia? Isu Semasa January 2nd, 2009 Apabila saya membuat nota kaki mengenai Yuran Sekolah yang menjadi misteri, saya beranggapan itu hanyalah kes terpencil memandangkan sekolah tersebut baru [...]
salam tahun baru kpd mama Jie & family..
uikss?? yuran pun jadik isu gak ke..ape2 je skarang nih..
Arijahs last blog post..HAPPY BIRTHDAY TO ME!
@Arijah, entah…. sejak bila yuran pun tak boleh diberitahu…
kak jie,
selamat tahun baru dan selamat melayan anak2 bersekolah
@nurul, terimakasih..tapi rasanya melayan ragam anak-anak masih didalam kawalan ….dgn pihak lain yang susah…
besela redi last minit..baru rase thrill…hahahaha
betul3…
Ibubapa:berapa cikgu yurannya semua..?
cikgu: Hari nie,pn/en. bayar rm1.50 jer..untuk
takaful..yuran sekolah tak boleh bayar lagi.
ibubapa:bila pulak nak bayar yurannya cikgu?
cikgu:yang tu pihak sekolah pun belum pasti lagi. kena
tunggu surat dari pihak atas baru kami boleh
bagitau semuanya..
hehehe..itulah dialog yang sering berulang2 hari nie..sampai lah sesi sekolah habis tadi..kami pun tak tau ape2..hanya mengikut arahan jer tau…
izzahs last blog post..Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam.
@izzah, betul tu izzah… cikgu tu tadi cakap macam tu lah… ikut arahan tak boleh beritahu/ kutip lagi
erkk…orang atasan belum habis bercuti lagi ke?
erk….. orang atasan belum mesyuarat kat Langkawi lagi ke?
huhuhu…sedara kita org PPD juga, meeting nunnnnn…kat Langkawi tu…abiskan bajet, katanya.
yuran pon leh jadik bahan kempen pilihanraya kan?
@arin, baru kali ini, yuran sekolahh isu sensitif
pelik sungguh………!!!!
laaa.. yuran pun jadi isu jugak ke?? nampak sangat tak telus..
nak sorok2 pas tu bagi kejutan..hmmm..
Neezas last blog post..Boleh ke tak boleh?
@Neeza, berapa pun cakap sudahlah..buat apa nak takut kalau yuran yang dikenakan itu memang ” betul dan benar”.
Intan baru je call sekolah Aliff, kononnya nak tanya jumlah yuran kena bayar. Kerani tu cakap sekolah akan keluarkan surat mengenai Yuran Sekolah 2009 melalui murid kemudian.
Hairan bin ajaib. Zaman skrg ni, jumlah yuran pun nak rahsia.. huhu..
intans last blog post..Happy New Year 2009!
@intan, rupanya bkn kak jie saja yang mengalami pengalaman ” biarlah rahsia” ini…
Terkejut juga dan hairan kerana sekolah akan dibuka Isnin nanti tetapi Yuran Sekolah masih lagi berkunci dalam ” Akta Rahsia Rasmi”
last minute musti ada gak yang kene beli..biasalah tu…hahaa
muadzlifes last blog post..Main air
@muadzlife, kadang2 kita belikan utk si abang, si adik yg cemburu…:p
wah! bila nak hantar anak tu?
sekarang ni apa saja isu gempak memang boleh dipolitikkan, oops!
@Mak Su, mangsanya kitalah maksu oiiii…