Saya hantar Angah balik ke asrama pagi tadi – lambai dari tingkat atas bas dua tingkat di Hentian Duta. Sejak di asrama, ini kali ke 2 dia balik bercuti. Kali pertama balik dengan keretapi – belum subuh jam 4 pagi kami ( saya, Along dan Intan ) dah terpacak tepi landasan keretapi di stesen Rawang. Hinggalah keretapi beransur pergi, kelibat dia tidak langsung kelihatan.
Setengah jam kemudian dapat panggilan ” Angah kat KLSentral, tertidur tak sedar terlajak “
Bertuah sungguh!
Khamis lepas memang dah seminggu dia bagitau nak balik – dengan bas. Saya sendiri tak tahu jadual bertolak. Ada yang dapat tiket perjalanan pagi , ada yang petang. Dia kata petang – tapi petang tu pukul berapa ? Sampai kesudah saya tak tahu.
Jam 8.10 minit malam dia telefon ” Angah ada kat R&R Sg Buloh , terlajak R&R Rawang ” Dia pinjam telefon makcik cleaner kat R&R Sg. Buloh… terimakah kak kerana tolong anak saya.
Memecut Along pergi jemput dia , sudahlah Hulu Selangor sesak macam ada pesta muda mudi. Nasib baik naik motor.
Sejam lebih tak nampak-nampak muka anak berdua tu. Naluri mak-mak mulahlah hormon resah tak tentu pasal memenuhi ruang rongga nafas. Anak-anak bujang tu naik motor tak balik-balik , macam-macam benda negatif menguasai fikiran. Banyak sangat tengok drama tv lah ni.![]()
Dua jam lepas tu baru nampak silau lampu motor masuk depan rumah. Meluru saya ke depan dengan serangan peluru bertih jagung ” kenapa lama sangat…. risau mama..bla…bla… “ dalam satu nafas.
” Along dah sms mama bagitau, kami singgah minum”
Glurp!! macam mana nak cover ni… hehehehe
Dengan Along dah tak boleh makan, kena knockout secara brutal tak bernafas saya, Angah pula sasaran baru…jeng…jeng…
” Kenapa tak call dulu, mama dok tunggu-tunggu…bila Angah balik, nak sampai pukul berapa..ngape tak turun kat R&R Rawang… bla … bla … bla…”
” Selalu mama boleh baca apa dalam fikiran Angah…macam ada telepati… Ingat mama dah tau Angah nak balik bila”
“Antena mama patah! Sebab tu lost frekuensi Angah.”
Hambek kau! Angah belum boleh makan mama lah….oyeh!
ditepian simpang ini sejenak aku terhenti
terbayanglah bagaimana pengembaraan ku bermula
ku tingalkan segala yang kusayang dan cinta
hanya untuk mencari satu identiti diri yang murni
setelah terjerat dalam dilema aku mengerti
bagaimana sukarnya mengenal diri sendiri
hanyutlah aku dalam arus hidup yang tak menentu
maka timbul kesedaaran yang aku selama ini keliru
Keliru – Ramli Sarip
©Kujie – sedih tengok anjing yang keliru tu… kalaulah hujan lebat..mana dia nak panjat. Anjing boleh berenang , kan?
Post Lain Yang Berkaitan:



[...] asrama di utara tanahair tahun ini – inilah kali ke-4 dia balik bercuti dan setiap kali juga ada saja peristiwa yang buatkan rerama berterbangan dalam perut! Senak perut mama [...]
tertawa saya membaca telatah anak2 kak jie.
.-= beliamuda´s last blog ..Kempen CPC Nuffnang Paling Mahal dan Tertinggi =-.
menjadi sungguh anak kak jie neh buat perangai lena camtuh..nasib baik sedar tak jauh..
.-= Azizuan´s last blog ..Aku Benci Pop-Up Ads, Menyemakkan Monitor! =-.
Kak Jie jangan pakai antenna, guna je mangkuk astro. Sekarangkan dah ada BeyondHD
.-= akuvision´s last blog ..Gangguan Hyperhidrosis =-.
hahaaa.. kesian angah, tak leh nak jawab lagi.. hehe.. jadi ibu kan kak jie.. macam2 dalam hati…hnya ibu sja yg tau rasa hati ibu..
.-= fiezaradzi´s last blog ..5 Sebab Peminat Liverpool Rela Dikalahkan =-.
comelnya jawapan kak jie time jawab soalan angah tuu .
sengih sendiri membacanya
.-= farah´s last blog ..Tulis & Menang ariffshah.com =-.
dia org pun selalu kenakan kak jie..huhu
hehe..kes terlajak sbb tido tuh cukup sinonim ngn saye..biase juge terlajak..tapi kalau terlajak..rileks dulu kat bus stand..tunggu pagi sikit baru naik bus balik rumah..hehe..
p/s – mots – anak2 sekalian..jgn bagi mak ayah risau yer..
hu..anak-anak memang macam tu
gelagak dan keletah dia oranglah yang kita rindu
anak2 selalu dok amik ringan… mak2 ni dah risau macam ape je.. dia boleh selambe dok je
.-= ~mrs azmi~´s last blog ..ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS? =-.
kita pun dulu, ye tak.. hehe
skrg ni ambek kau…kena balik
Sabor jer lahhhh… Sementara anak nak membesar, mak sempat beribu ribu kali semput…hehehehe
termengah2 nak ajar anak2 subjek yang tak diajar kat sekolah..hehe
Salam Kak Jie….
Amin.
Mudah-mudahan segalanya dlm keadaan baik2, Insya Allah.
.-= Zymazara´s last blog ..Putarkan – Celupkan – Dan Makan =-.
amin…harap2 dia ok kat Merbok sana nunnn
hee..dulu sy pun suka buat mak saya risau.lebih2 lagi bila mak all xangkat.bukan xnk angkat, tapi masalahnye fon berada di luar kawasan pendengaran.since kejadian itu menjadi habit sy, mak pun keluar ayat power dia;
“nabi kata, kalau mak panggil, wajib sahut.sama je dgn telefon.wajib angkat ye.kirenye bila mak telefon maksudnya mak panggil lah tu”
since dat day, bila keluar mmg kene letak volume tinggi2!!
.-= chentatiku´s last blog ..:: contest "couple; sweet + sengal" :: =-.
ha ha ha..kena power dgn super power rangers baru nak sedar ye
mak2 mmg risau…setiap masa dok fikir keselamatan anak2 tak kiralah dah besar pun
Kena set alarm kat telefon =)
.-= blinkky´s last blog ..Free Video Converter – Next Video Converter =-.
dia mana bawa telefon…bkn budak universiti
budak junior collage ( maktab rendah ) mrsm
angah macam abg saya..kalau time nak balik malam je..mula la ayah risau..sebab dia selalu tertido..hehe..
.-= Bb Hussain´s last blog ..Spaghetti Bolognese & Sambal Gulai Tempoyak =-.
sangat risau tentang dia
dah kenal peribadi anak2 kita , kan..dah berbelas tahun bela
mesti boleh ada gerak hati ttg dia
tapi tak boleh selamanya kita nak jaga dia
nak tak nak kena juga ajar dia berdikari
utk kebaikan masa depan dia juga
tak apalah….terlajak pun mak sanggup drive p jemput..hehehee
harap anjing tuh boleh berenang.. huhu
.-= jard´s last blog ..Burger OTAi bukan sebarang burger =-.
sedih sgt tgok dia , mcm blur..tak jumpa jalan…pandang kiri pandang kanan
hehehe~
sis..biel dlu slalu gak tlajak naek bas klu dari ipoh~
sedar2 dh smpi kl~hehehe
pastu mule dgr bebelan mak~=)
.-= nabiel´s last blog ..ORANG MALAYSIA BAWA KERETA MEMANG ‘PALAT’ MACAM NIE YE? =-.
sebenarnya mak2 ni risau..selama hidup tak pernah lepaskan anak naik bas
selalu gerak dlm family naik kereta, bila anak2 sendirian naik bas
mcm2 yg difikir..tapi kenalah juga ajar anak2 tu berdikari
sian wahai angah…baca blog kak jie ni selalu buat saya teringat mak saya kat kampung dan kenangan zaman saya sekolah dulu2..hehe…
.-= Kancilbiru´s last blog ..Nak Pilih Pemenang Pun Berzaman.. =-.
tiap anak berbeza2…kenalah mak2 pandai kenal pasti kelebihan dan kekurangan anak2 tu tang mana
tak mgkn sempurna… kena bagi sokongan je..
sesiapa yg pernah jumpa angah, kenalah kerektor dia mcm mana..hehe
huhuhu. saya x boleh tgk binatang macam tu
if ade depan mate, akan try sampai dia boleh naik.huhu. sedihnyer. syukur jd manusia…
.-= lizz´s last blog ..A Journey To Penang =-.
rasanya dia boleh kot panjat mana2 tebing
tapi masa nengok tu…. serius sedih
kesian dia..keliru nak gerak arah mana
asek terlepas aje.. hahaha… sian tgk dak tu… adoiyai.. angah2…
.-= syahirul´s last blog ..Bilakah Izrail mencabut nyawa? =-.
Saya pernah kena drop kat tol sungai besi pukul 12 tengah malam, sorang2, oleh driver bus, sebab dia terlepas R&R UPM Serdang. Saya pula tak perasan dah terlepas, sebab malam, gelap dan tak familiar dengan kawasan tu. ^_^.
.-= Sya Isya´s last blog ..TULIS DAN MENANG ARIFFSHAH.COM =-.
bahayanya…. inilah yg buat hati mak2 tak tenang je terkenang anak2
zaman skrg ni – mcm2 kes berlaku
moga kita semua dilindungiNya..amin
hehe tak apa kak, ajarlah anak akak tu berdikari..org laki kena kuat
.-= x-po´s last blog ..PATUTKAH ADA MAAF UNTUK KALI KEDUA? =-.
itulah… mak2 yg kena kuatkan semangat utk anak2..hehehe
kesian tgk anjing tu…harap2 selamat…
.-= Mr Fathi´s last blog ..[Eksklusif] Budak bajet tabligh kata duit iklan Nuffnang HARAM!!!! =-.
harap2 mcm tu
dia boleh cari jalan utk teruskan hidup….
masa dia dok termangu2 pandang kiri pandang kanan
mesti keliru..nak terus ke depan ke, nak patah balik ke
mgkn dia tak tau peribahasa
‘sesat dipenghujung jalan , balik kepangkal jalan”