Sesedap Garam Secukup Rasa

“ma … garam secukup rasa tu banyak mana”

” sebanyak pengalaman ”

Semalam Angah call tanya, garam secukup rasa tu banyak mana. Dia nak masak sambal telur. Resepi sambal telur keluarga kami lain sikit, resepi yang suami buatkan. Sepanjang usia perkahwinan, suami jarang jarang jarang masak dan kalau dia masak, dia buat sambal telur.

Ajaibnya… itulah yang anak-anak suka. Kalau dia minta sambal telur, dia cakap sambal telur yang macam abah buat.

Resepi Sambal Telur ni mudah saja

  • Tumbuk bayang dan cili api. Masukkan ikan bilis atau udang kering. Kalau tak ada ikan bilis atau udang kering, boleh letak belacan sikit.
  • Tumis bahan yang ditumbuk tadi. Bila sebut tumis tu mesti dengan minyak.
  • Bila dah terbit bau, dah masuk bumbu kita tadi, masukkan air. Jangan banyak, 2-3 sudu pun dah cukup. Kalau sebati. Masukkan garam secukup rasa.
  • Masukkan telur 2 biji, kacau pelan, jangan sampai telur hancur. Biar berketul-ketul sikit.

Anak-anak saya tak suka sambal telur atau sambal bilis yang gunakan cili kering ( sambal merah ). Dia suka sambal guna cili api.

suami dan anak-anak lelaki

suami dan anak-anak lelaki

Berbalik kepada garam secukup rasa, memang tak ada sukatan sesudu, sesenduk atau secawan. Sukatan secukup rasa itu datangnya daripada pengalaman. Dari pengalamanlah kita akan tahu sebanyak mana perlu letak garam  berpandu kepada kandungan bahan yang sedang dimasak. Dari pengalaman jugalah kita tahu setiap jenis garam memerlukan kuantiti yang berbeza.

“minggu lepas Angah masak, kawan-kawan cakap tak cukup garam ”

“Kenalah rasa sebelum angkat, kalau tak cukup rasa,  tambah garam”

“Angah tengok mama tak pernah rasa pun..terus je hidang”

“Itulah pengalaman…  jari  yang mencubit garam dah sepadan dengan rasa yang terhasil”

Nota :  tak sabarnya nak tunggu hujung minggu!

  1. Sambal trelur gitu mak Aina suka buat tapi guna cili kering. Nasi panas2 sedap kak. Garam secukup rasa tu tak ternilai kak, sama macam Angah Aina dulu2 masak mesti rasa 3-4 kali sekarang bila dah lama memasak campak je garam tutup api.
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..Masak-Masak Chef AsmaMy Profile