Shoe Festival Anime Fiesta Dan Jom Masuk U!

Tiga puluh satu haribulan, hari terakhir bulan Mac saya ke PWTC . Acara utama ke Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U !

Ramai betul anak-anak muda kat PWTC – semua mencari tempat sesuai mengikut minat masing² untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM ke pusat pengajian tinggi.

Kalau dah sebut pengajian tinggi, attitude kena tinggi juga ye anak-anak… dah dibina jejantas besar cantik, sila guna kemudahan yang disediakan.  Jangan melintas macam ayam, bertempiaran lari di celah lalu lintas yang sememangnya telah sedia sibuk.

Selesai urusan, melencong pula ke Festival Kasut Antarabangsa Malaysia 2012  (MISF)Pesta Kasut 2012 yang berlangsung kat Dewan Tun Razak PWTC telah dirasmikan oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah pada 29 Mac 2012.

Malaysia Internation Shoe Festival 2012

Dekat ruang utama PWTC dah nampak replika kasut merah besar gedabak ni di atas kereta yang comel.

Masuk ruang pameran, tergoda terkesima hampir tergila dengan kasut.  Tiap ceruk ada kasut.  Booth yang dihias kretif dan pelanggan yang mencari kasut pilihan masing-masing.

Malaysia's Biggest Shoe House

Ada rumah berbentuk kasut yang tercatit di dalam The Malaysia Book of  Records sebagai Malaysia’a Biggest Shoe House.  Kami dah tak peduli dengan kerlipan kasut lain yang berwarna warni.  Gigih beratus di pintu  masuk dengan perasaan ingin tahu.

Malaysia Internation Shoe Festival 2012 pwtc

Ini pintu masuknya, ada kotak surat yang juga diperbuat dengan bentuk kasut. Intan ni sejak dua menjak kena puji dengan abang-abang dia nampak lebih comel bila bertudung bawal, dah kembali ‘membawal’ dengan mama dia.  Itulah kuasa pujian dari seorang lelaki…hehehehe

rumah kasut Ini ruang tamu  dalam rumah kasut.  Suka refleksi lampu dalam rumah ni.

bumbung rumah kasutBahagian bumbung rumah kasut seperti langit malam dengan kerlipan bintang kejora.

Bahagian bilik mandi dan meja makan juga berkonsepkan rekaan kasut.

Perhiasan dan kekemasan dalam rumah ini semuanya replika kasut.  Saya paling suka lampu tidur tu… dengan background langit berkelipan bintang-bintang, rasa damai tidur mimpi indah.

 

Dalam ruang pameran, ada banyak aktiviti dan berbagai rupa booth yang mengambil bahagian.  Ada sudut yang mempamerkan miniature shoe yang dipertandingkan. Kasut-kasut comel yang diperbuat dari cengkerang, rambut dan manik.

 

Amoi yang menjadi jurugambar rasmi Amori suruh buka laman web untuk tengok gambar ni nanti.

Angah berbisik ” sejak dua menjak pergi event, asik bergambar macam duta je…”  Rujuk entri sebelum ni – Formula 1 Petronas Showcase

 

tips beli kasutAda juga panduan dan beberapa tips untuk membeli kasut

Kami tak lama di sini, saya hantar Angah untuk ke Anime Fiesta Kuala Lumpur 2012 di Berjaya Times Square

Anime Fiesta Kuala Lumpur 2012

3 event dalam satu hari! Nasib baik hari tu KL tak banjir walaupun hujan sejak pagi. Kalau tidak kena tambah satu lagi event –  pesta main air.

Angah kata, Anime Fiesta KL tahun ini amat amat amat mengecewakan. Mungkinkah sebab bertukar venue di saat akhir ?

+Along dah balik kolej, cuti sebulan dah habis.
+Angah dah dapat tawaran foundation programme

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. dok kl best btol bley pi smo expo2 yg dianjurkan di sana.
    dr dulu teringin nk gi furniture expo kt kl
    Jom terjah post menarik dari Ekspresi Ruang ..The Atholl: Hotel Super Mewah Dengan Hanya 4 Pilihan Bilik TidurMy Profile

  2. Ella tak sempat nak gi haritu, kak. Akak sehat?
    Jom terjah post menarik dari kakchik@ella ..Main Masak-MasakMy Profile

  3. Pasti seru ni
    Tak boleh dilewatkan terutama bagi semua wanita2..
    Nice share Kak Jie
    Jom terjah post menarik dari Rina As ..Cara Mendaftar dan Memasang Widget Histats di BlogMy Profile

  4. bestnya…
    besarnya kasut atas kereta tu, hanya gergasi yang boleh pakai kasut tu..hehehe
    Jom terjah post menarik dari Aya ..(Gambar): Jutawan Bola Sepak Safee Sali Bercerai dengan IsteriMy Profile

  5. izwanyusof says:

    saya selalu cari event2 macam ni kat KL,nak shoot gambar.. google2 susah nak jumpe tapi sebenarnya banyak je.. hampir setiap minggu ada..

  6. Malaysia telah melahirkan ramai pereka kasut kelas dunia. Kekadang kita selalu fokus bidang yg biasa sehingga kurang memikirkan bidang yg unik seperti pekera kasut.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..5 entri terbaik Denaihati di Google Search MalaysiaMy Profile

  7. comellah kasut-kasut tu
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Variasi Cara Memulakan PersahabatanMy Profile

  8. Tak sempat terjah apa2 event minggu tu. Takpelah, dapat tengok gambar2 kasut kat sini siap sekali ngn duta pun jadilah =)
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Kahwin. Bantahan & Tak Pasti. Apa Nak Buat?My Profile

  9. Ini kalilah.. kasut.. hehe..

  10. Macam pernah ku lihat kasut besar diatas kereta itu. Tapi dimana ya??!
    Jom terjah post menarik dari Azwan ..Kelebihan TwitterMy Profile

  11. anime fiesta yg mebarik 2,,,
    jom masuk u dah tak menarik sebab memang dah bergelar mahasiswa…
    hehehe..
    :)
    Jom terjah post menarik dari TopiJerami90 ..Institusi Pendidikan MARA (IPMa) 2012My Profile

  12. di JB minggu lepas pn ada Karnival Jom Masuk U anjuran PTPTN..tahu event tersebut kerana dpt SMS jemputan dr PTPTN..jemputan utk menambah simpanan di SSPN…
    Jom terjah post menarik dari Cool Daddy ..TANJUNG PIAI – JOHOR NATIONAL PARKMy Profile

  13. pastinya blh temui berbagai bentuk kasut yg pelik2 di Pesta Kasut nie kan…& kasut besar warna merah diatas kereta tu pasti mampu menarik perhatian pengunjung yg datang…
    Jom terjah post menarik dari Cool Daddy ..AYAM PENYET & PECEL LELEH @ LC CATERING JOHOR BAHRUMy Profile

  14. foundation di mana?
    Jom terjah post menarik dari Syafiq Лomoтехн ..2 Parti, 1 AgamaMy Profile

  15. Macam-macam jenis kasut nuhh.. Kalau kasut size 12 ada dak?
    Jom terjah post menarik dari ProfHariz ..Tasha Shilla Mesra dan SportingMy Profile

  16. Memang ada hajat hendak pergi tetapi terpaksa batal niat hendak pegi ke Shoe Festival. Kalau ada rezeki tahun depan pula.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Batman Brazil wujud di Brazil bukan lawak April FoolMy Profile