Sukarnya Mendapatkan Buku Rujukan PT3 PBS
Anak

Sukarnya Mendapatkan Buku Rujukan PT3 PBS

buku rujukan PBS

Hujung minggu lepas saya ke MPH beli buku rujukan untuk Intan yang akan menghadapi peperiksaan PMR yang dipanggil Pentaksiran Tingaktan 3 ( PT3) mengikut sistem PBS. Saya gunakan  Baucer Buku 1 Malaysia milik Angah. Saya rasa tak salah kelau gunakan baucer tersebut beli buku untuk anak menengah rendah biarpaun baucer tersebut diberikan kepada pelajar universiti. Janji kami beli buku sebenar benar buku.

Buku hanya rujukan bukan perkara utama menghadapi peperiksaan tetapi saya percaya buku rujukan banyak membantu anak-anak membuat persediaan dalam menghadapi peperiksaan.

Berbalik kepada buku rujukan PMR atau nama barunya PT3, memang sukar untuk mendapatkan buku tersebut.  Memandangkan tahun ini adalah tahun pertama PT3 diperkenalkan ( beberapa bulan yang lepas) banyak perkara yang tidak jelas mengenai sistem peperiksaan yang akan dijalankan.  Keputusan yang sekejap begitu sekejap begini sehingga penerbitan buku rujukan Tingkatan 3 agak terhad.

Cikgu Intan pesan, beli buku yang umum sebab garis panduan mengenai PT3 baru saja keluar dan banyak perkara yang sering berubah-ubah.  Contoh mudah, katanya Peperiksaan Berpusat hanya membabitkan 4 mata pelajaran tetapi sekarang berubah menjadi 6.   Sekejap ada peperiksaan pusat, sekajap tak ada.

Dalam pekeliling siaran media yang saya baca di laman web KPM senarainya ada 9, tiada peperiksaan berpusat.  Cikgu Intan cakap ada. Boleh rujuk di sini –  PMR Diganti PT3 Guna Sistem PBS

Cikgu Intan beritahu lagi, untuk mata pelajaran BM, levelnya lebih tinggi dan silibus Tingkatan 4 yang akan digunakan dalam peperiksaan.  Cemas jugalah menjadi antara kumpulan pertama ‘tikus makmal’ dalam sistem pendidikan.

Saya pun tak jelas macam mana, tunggu Intan dah tempuh PT3 dia hujung tahun ini, saya boleh berkongsi lagi cerita sebenar megenai PT3.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

13 thoughts on “Sukarnya Mendapatkan Buku Rujukan PT3 PBS

  1. Based on an interview to a famous electronic designer who spoke to media that he asks for some advanced custom LVDS cables for the item he has been developing. And the LVDS screen cables shoud be durable, good-looking and small enough for the assembly.female usb to rca cable

Comments are closed.