Elak Diintai : Lakukan Ujian Kuku Jari

Ketika menggunakan tandas, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian dan lain-lain, adakah kita tahu dan pasti bahawa cermin yang nampaknya biasa tergantung di dinding adalah cermin nyata, atau sebenarnya itu adalah cermin 2 arah?

Cermin biasa adalah cermin yang kita nampak diri sendiri dan cermin 2 arah adalah jenis cermin yang orang disebalik cermin boleh melihat kita, tetapi kita tidak dapat melihat mereka.

Terfikir tak? Kalau-kalau ada orang memasang cermin 2-arah di bahagian tempat menukar pakaian wanita atau tandas?

Untuk mempastikan cermin itu adalah betul² cermin yang sebenar amatlah sukar jika hanya sekadar melihat permukaannya.

Saya terima email dari suami cara bagaimana kita boleh menentukan dengan pasti jenis cermin yang kita lihat itu.

Hanya lakukan ujian mudah ini.

Letakkan hujung kuku dipermukaan cermin dan jika ada ruang ( gap ) antara kuku dan image di cermin, maka itu adalah cermin yang sebenar.

Namun, jika kuku menyentuh image kuku anda tanpa ada ruang ( gap ), berhati²lah, itu adalah cermin 2 arah ( 2-way mirror )

“No Space, Leave the Place”

Marilah kita sama-sama mengamalkan tabiat ini,setiap kali melihat cermin terutama di tempat khas untuk wanita, lakukan “ujian kuku jari”.

Saya pasti, selepas membaca entri ini, ramai yang akan melakukan apa yang telah saya buat selepas membaca email yang dikirimkan oleh suami.:lol: Tapi ujian untuk cermin 2 arah tu tak pasti nak test kat mana.

eh…cop…cop ! kenapa perempuan je selalu kena intai ? Tak best ke intai lelaki?

©kujie –  sejak berkahwin, suami yang potong kuku kaki kujie, tetapi sejak dia ke luar daerah – Intan yang potong kuku kaki mama dia ni…haha…tabiat bapa turun kat anak!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. ada ke cermin 2 arah.. baru tahu.. jap lagi nak g test kat jamban saya..kot2 selama ni 2 arah..hehe
    Jom terjah post menarik dari myCeloteh ..Watie Elite hidap penyakit strokMy Profile

  2. sapela nak potong kuku jari saya ek.. :mrgreen:

  3. Bulan Biru says:

    terima kasih kak kujie..sangat berguna.. boleh bagitau dan ingat2kan kat adik2 perempuan.. bab suka intai lelaki tu, rase2 ada kot.. majoriti yang intai lelaki, dan sekarang ramai yang laki suka lelaki 😛

  4. pemerhatidunia says:

    terima kasih sebab kongsi,kak. tapi berkesan ke?
    Jom terjah post menarik dari pemerhatidunia ..Taubatnya Pencuri Mesir dan Menjual Buku Biografinya di JalananMy Profile

  5. Salam…baru tawu ttg info nie….thanks… 🙂
    mohon share ye ukhti… (^_^)

  6. denaihati says:

    nak mantap lagi kad kedit unlimited limit heeee
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Email dari PM DS @NajibrazakMy Profile

  7. denaihati says:

    syukran ni suatu ilmu baru untuk saya yg memang tak ada ilmu nak intai-intai orang ni…heee

  8. dulu pernah dengar tapi dah lupa yg mana satu perbezaan, sekarang ni baru tahu rupa2nya yg kalau dekat tu means 2 way mirror

    p/s: kakjie nak tahu kenapa org perempuan je yg kena intai? sebab yang mengintai tu lelaki, jarang la kes perempuan mengintai lelaki, hoho kecuali artis je la kot
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Jawapan teka perbezaan gambarMy Profile

  9. haaaaa…dapat juga kredit…..taapi kalau kad kredit lagi bagus.
    Jom terjah post menarik dari ann ..Mila ke MilahMy Profile

  10. owh, next time sy buat kak.
    Jom terjah post menarik dari taufik ..Awas! Bahaya Makan Kepak AyamMy Profile

  11. Tip yang bagus boleh pesan dekat isteri supaya lebih berhati-hati. Terima kasih Kak Jie
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Pendedahan berani mengenai Hanis ZalikhaMy Profile

  12. bahaya kalau terjumpa cermin 2 arah tu
    Jom terjah post menarik dari wazy ..Promosi Hebat Webhosting Dari Fivio EnterpriseMy Profile

  13. tak faham sbb sepatutnya ada entri tu ada isi mengenai tajuk tu….walau pun sikit..kemudian baru tambah – baca selanjut di sana

  14. x faham mengenai artikel tu? kak kujie dah baca blum artikel penuhnya?

  15. ye lah cikgu……bagi tau anak murid

  16. sama-sama

  17. kita dan keluarga kita, kan

  18. masukkan alert dlm list things to do masa kat hotel

  19. hehehehe….hulur jari kejap je
    tapi dok tunggu depan fitting room bosan, kan

    dok merungut..apa lah org dlm tu buat 😆

  20. ambil je… kak jie tak kisah
    kredit ke tak kredit
    kak jie pun dpt dari email

  21. seronoknya………..special je kalau mcm tu
    kalau org yg ditengok tu perasan ,mesti sipu2

  22. kata org…tanya Astro – dia macam2 ada 😆

  23. kak jie pun kena beringat2 juga..sama2 kita ye

  24. suruh dia baca..hehe

  25. betullah tu…apa yg mampu kita buat, kemudian doa mohon perlindungan dariNya

  26. cik abg yg emailkan benda ni..utk org2 tersayang
    risau kalau org lain tgok bini dia 😆

  27. kita usaha je apa yg mampu….