Iklan Sering Merendahkan Martabat Wanita

Adalah mengecewakan untuk melihat, dari masa ke masa, kebijaksanaan wanita dipandang hina oleh industri pengiklanan.

Wanita ditampilkan sebagai gila-gila, dan kebolehan mereka untuk menangani keadaan, tidak kira mereka mengendalikan rumahtangga atau hubungan juga dipandang remeh.

Turut meremehkan kaum hawa ialah iklan syampu yang menunjukkan keresahan seorang wanita akan masalah kelemumur kerana ia menjadikan beliau tidak begitu disukai suami dan keluarga suami.

Tekanan perasaan yang tidak perlu dan tidak wajar ini yang disebabkan oleh iklan-iklan tidak keruan jelas membayangkan bagaimana wanita dilihat secara lazimnya. Iklan yang lebih sinis lagi ialah krim muka `Fair and Lovely’ yang bukan sahaja seksis tetapi juga mendiskriminasi.

Ia dengan terang-terangan menyebabkan wanita berasa diri mereka tidak akan menemui cinta jika mereka tidak berkulit cerah. Cinta tidak kira umur atau warna kulit tetapi malangnya iklan ini membayangkan di sebaliknya.

Industri pengiklanan telah lupa ataupun dengan sengaja tidak mahu menerima hakikat bahawa wanita mampu bertahan sendiri. Iklan-iklan dengan mesej yang tidak masuk akal tidak akan dapat mengetepikan hakikat bahawa wanita hari ini telah banyak menempuhi kejayaan atas usaha sendiri.

Adalah bagus bagi industri untuk mengingati petikan : `di sebalik setiap lelaki yang berjaya ada seorang wanita dan `di sebalik setiap wanita berjaya adalah wanita itu sendiri‘.

Rencana oleh : Oleh Jeswan Kaur – Bernama

Lihat juga : Tubuh perempuan yang ideal

Nota : Gambar yang dipetik dari NST , Raja Permaisuri Agong sewaktu menunggu ketibaan helikopter yang membawa mayat wira-wira negara yang terkorban dalam nahas Nuri Jumaat lepas. Raja sebenar yang berjiwa rakyat, yang dapat menyelami hati sanubari rakyat, bergembira dengan rakyat diwaktu senang, sama memberi sokongan dan pelukan simpati dikala rakyat bersusah dan berduka.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Setuju dengan kak jie.. sepatutnya wanita lebih dihormati dan bukan dipergunakan untuk kepentingan tertentu~
    Jom terjah post menarik dari Ummi Adni ..9 Makanan Untuk Berhenti MerokokMy Profile

  2. aria ayumi says:

    sedih setiap kali tgk berita wira negara yg terhempas dlm nahas pesawat nuri… huhu -alfatihah-

  3. owh.sungguh tidak adil kan.

    ~i have the sequence of this in my latest entry.go cek it out k.

  4. Zana Sadri says:

    Nak kata iklan merendahkan martabat wanita tu zana rasa mmg dari dulu org duk persoalkannya. tapi masaelahnyer… wanita sendiri menyerah diri utk di eksplotasi.
    tapi kan kak jie… klau takde demand dari wanita sure iklan2 nie tak wujud kan. cuma bab pakaian seksi tu je yg tak menahan dek mata. 🙂

    (penah zana di ty…mcmane org bertudung leh buktikan syampu yg dia pakai tu berkesan.. terkedu gak masa tu sbb iklan kan.. klau kita sendiri mencuba mungkin leh jamin keberkesanannyer.) sapa nak jawab ek klau gini?

  5. apa benda iklan pun wanita pasti ada hehe… itu satu kelebihan tu..

  6. syu[g]haz says:

    erm..tu lah..betul jugakkan..cam pernah ade artikel syu bace,the woman kept saying org yang pakai tudung tu die dikawal oleh satu sistem..tp kadang2 kite xsedar..iklan2 biase pun mengawal/mendiskriminasi wanita..huhu

  7. 13may aitkk….. lelaki hebat abad ini mengakui kelebihan wanita..:)

    ku ina tetapi ramai yg hanyut….

    umi mia tak pe la umi, tu salah satu proses komunikasi..hubungan suami isteri kena selalu berkomunikasi..cuba tgok org yg asik bergaduh siang malam…baling² pinggan mangkuk….anak bertambah juga tiap tahun..kah…kah..kah..

    mz dia cakap…s’times has to be done for commercial purpose…dia ckp la…..bkn saya!

    merah kakjie pn tatau..awk ni kalo entry mcm ni…bersemangat betul..mcm Puteri Hang Li Po..heheheh..ye ke? Bukan Tun Teja…keh keh keh…

    Rick Kak Jie sihat je
    Rick..Bab kawan² ni kita tak leh sekali harung jer labelkan dia org…tiap kejadian tu berbeza situasi..berbeza keadaan …kadang² pemahaman kita menghadapi dan menyelesaikan masalah sesama kawan itu juga menjadi masalah..sebab pandangan dan kepentingan yang berbeza..!

    i miss my pren….tp siapalah kita…dia dah terbang tinggi di awan…mana nak nampak kita di darat….

  8. Rickywan says:

    Hai Kak jie..
    Selamat pg…
    semoga akak sihat2 yer…

    Kebanyakkan manusia sekarang sukar untuk kita cari jika benar2 memahami hati seseorg hamba dimuka bumi ni..lebih2 lagi jika tidak ada akal fikiran dan hati..

    Manusia, sekarang lebih memikirkan hal sendiri dari hal org lain, oleh itu amat sukar jika ingin menyatukan hati sesama lain..

    Mungkin bila ketawa, ramai yg akan dtg, dan bila menangis..sukar digambarkan..

    Biar susah senang bersama..baru la itu kawan atau sahabat yg sejati…

    Salam
    rick

  9. Merakemas says:

    Semangat bila baca entri Kak Jie yang ni….tapi ‘kan Kak Jie, satu hal yang saya tak berkenan ngan wanita-wanita dalam iklan tu, selalu sangat suka dipergunakan….ye le….dia orang tu nak duit belanja n glamour, sampai tak perasan kena exploitasi…. salah siapa?

  10. – tu lah mainan duniawi. but they made sales by selling emotion 😀
    – idup Raja Mizan dan isteri!

  11. Umi Mia says:

    Hi kak Jie..

    hmmm…ada persamaan gak kita ni….tp my husband…kalau tanpa sebab nak suruh garu semata2 tu….kena gaduh sikitlah….takpun..anak i pun jadi mangsa gak..dia tau dah perangai umi dia…hehehe

  12. martabat wanita akan terjaga apabila maruah terpelihara.

  13. oh! ingatkan kakjie yg tulis rencana nih….

    tapi memang menarik la rencana nih…

Trackbacks

  1. […] Akibatnya perempuan yang tidak bertubuh langsing dan tidak berkulit putih kehilangan kepercayaan atas tubuhnya dan kehilangan identiti karektor tubuhnya sendiri. Mereka menjadi obsesi dan memaksakan diri dengan berbagai usaha sehingga membahayakan diri sendiri. Iklan sering merendahkan matrabat wanita […]