Kosmo Mohon Maaf

kosmo
Kredit image : New Malaysia

Selepas menerima kecaman keras dan ancaman untuk dipulaukan, Kosmo! hari ini memohon maaf selepas mendedahkan sejarah peribadi pengarah terkenal Yasmin Ahmad yang dianggap mengaibkan.

Harian itu memohon kemaafan daripada keluarga pengarah filem itu, sahabat handainya dan juga pembacanya yang tersinggung akibat pendedahan dalam berita Isnin lalu.

Permohonan maaf itu disiarkan di muka hadapan akhbar terbitan Utusan Melayu (M) Berhad itu dengan judul ‘Keluarga Yasmin, Kosmo! mohon maaf.’

“Laporan bertajuk ‘Takdir Yasmin’ itu telah menerima pelbagai reaksi. Kosmo! prihatian dengan reaksi-reaksi itu.
malaysiakini
Image : Malaysiakini

“Sebagai sebuah akhbar yang dekat dengan masyarakat, Kosmo! ingin memohon maaf kepada ahli keluarga allahyarham Yasmin, sahabat handai dan para pembaca yang tersinggung dengan penyiaran berita tersebut,” laporan tersebut dipetik.

Semalam, sekumpulan wartawan merancang mengirim surat bantahan kepada kumpulan media berpengaruh luas, termasuk berkempen kepada pengamal media yang rasa berang agar turut serta.

Surat mereka kepada pengerusi kumpulan media berpengaruh besar itu Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin mengutuk Kosmo! dengan menyifatkan laporan itu “hari paling gelap dalam sejarah kewartawanan Malaysia.”

Tabloid harian tersebut melaporkan pengarah filem itu pernah terpilih sebagai naib juara bintang RTM pada 1975 dan penyerang bolasepak Melaka pada zaman persekolahannya.

Susulan artikel tersebut, agensi-agensi iklan turut merancang memulaukan akhbar tersebut dan harian berbahasa Cina Kwong Wah Yit Poh selama sebulan mulai 10 Ogos.

Berita Petikan : Malaysiakini

©Kujie ~ secara peribadi saya juga kecewa. Saya telah membaca mengenai kisah sejarah hidup arwah Yasmin Ahmad setahun dulu sewaktu filemnya dikritik hebat tetapi sekadar membaca, itu saja. Saya tak kisah siapa dia, tetapi berilah sedikit kehormatan untuk arwah. Memang dalam Islam lelaki dan perempuan ada bezanya waktu disembahyangkan, itu urusan jemaah yang menguruskan pengebumian . Tentu mereka lebih tahu . Dengan membesarkan berita seperti itu disaat kesedihan , langsung tidak menghormati perasaan keluarga arwah.

Untung arwah orang terkenal, ramai rakan taulan yang membela, kalau kita orang-orang kecil, cuma telan saja kepedihan akibat berita yang disalah tulis.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. pertikaian yang timbul… apakah niat penulis sebenar? Ingin berdakwah, atau menjaja aib supaya melariskan jualan?
    .-= samdaddycool´s last blog ..Buat duit online dengan ‘search’? =-.

  2. ops saye* 😀
    .-= MrRoll´s last blog ..Read More V4 =-.

  3. Thats why aku prefer Metro !
    .-= MrRoll´s last blog ..Read More V4 =-.

  4. ape2 pom……….jd kan ia pengajaran ,,,,,
    yg baik kita ambik,yg xelok tu kite tolak tepi,jdkan pengajaran buat kite sume…

  5. KampungBoy says:

    Kosmo nie kalau cite-cite panas
    memang diorang no satu
    .-= KampungBoy´s last blog ..[Jom Sertai] Cara Buat Duit Termudah =-.

  6. Anonymous says:

    Berita betul atau salah , kenapa mesti tunggu orang tu dah tiada ?

  7. terfikir sejenak sejauh mana kebenarannya mereka bikin kerja!? dan sejauh mana mereka memikirkan akan buruk baik sesuatu kejadian? inilah malangnya jika terlajak melakukan sesuatu.

    harap kesilapan ini memberi pengajaran kepada setiap orang termasuk penulis blog juga. jangan dok suka bawa cerita tak betul, tanggung akibatnya kelak! betul tak kak?

    lagi satu takyah la dok gaduh-gaduh untuk mempertahankan hak masing-masing. setiap orang punyai pendapat berbeza. kalau tak cukup hujah jangan berani bermain api. fikirkan sesuatu kejadian dari sekalian sudut.
    .-= megat´s last blog ..Cari Jodoh, Apakah Perlu Ada Aturan Untuk Mencapainya!? =-.

  8. pakmaun says:

    Kosmo keluar cerita betul orang anggap salah! Metro keluar cerita tipu, orang anggap betul pulak.

  9. Apa agaknya cara terbaik untuk describe ‘kewartawanan’ dalam konteks Islam? Yang ada hanya tentang mengadu domba, fitnah, bersangka baik dan menghormati jiran. Dalam kes ini? Mana terpakai? Atau luaskan kepada dunia yang terlalu ingin tahu ❓ 😐
    .-= kruel74´s last blog ..Bookbinders Design : Quality notebooks and such =-.

  10. Melayu Boleh says:

    Media kt Malaysia nie pelik.

    Susah nk keluar’kan berita yg betul.Tp bila cerita benar keluar … semua orang bising.Tapi kalo CERITA TIPU .. semua orang diam.Wat da **** ..

    Argggghhhh .. STRESS2!

    • Anonymous says:

      @Melayu Boleh, dalam kes ini bersangkut dengan orang yang dah mati.
      itu saja bezanya

      • Melayu Boleh says:

        @, Tak ada beza’nya dan tak ada makna’nya..sebab tuh aku dah xbeli paper.Aku lebih suka cerita hakikat,susah benor nak cari sekarang sbb banyak cerita dongeng tanpa ending …

  11. bagusla kalau dah minta maap
    takut kena boikot la tuh kan. hehe 🙂
    .-= KNizam´s last blog ..Pha Pha Garden Melawati =-.

  12. sebetulnya maza sendiri tidak mengikuti berita arus perdana itu, apatah lagi dari tabloid yg diperkatakan ramai tadi..

    walau apa hal sekalipun, kita digalakkan utk memperkatakan yg molek2 shj..disbbkan malaikat kala ini juga mendengar dan mecatatkan perihal si mati. Ia sebagai ajinomoto di dlm kembara alam barzah kelak.. huhuhu

    dgn adanya hal seperti ini, memberikan isyarat yg baik agar akhbar tidak sewenang2nya memperlakukan peribadi sesorg .. sama ada mahu menelanjangkan atau menjulang maruah individu..

    huhuhuhu

    salam
    .-= maza´s last blog ..SIRI RUMAH TANGGA PAK MAT: Bala Saka Baka 1 =-.

  13. Tiba-tiba kosmo! jadi popular.
    .-= Yuna´s last blog ..Keluarga Yasmin, Kosmo! Mohon maaf =-.

  14. KampungBoy says:

    ha…pandai pun mintak maaf
    tulias artikel tahu nak kaut untung aja
    kan apa yang etrjadi itu kejadian Tuhan
    jgnla…pertikaikan
    erm….
    .-= KampungBoy´s last blog ..[Jom Sertai] Cara Buat Duit Termudah =-.

  15. Hakuna Matata says:

    Orang dah tak de baru berani nak tulis kat akhbar, kenapa masa dia hidup tu tak berani…sedangkan itu bukan isu baru… dah lama dah ada kat internet.

  16. emm lain kali berhati2 sikit nak keluar kan artikel…terlajak perahu boleh diundur huhu
    .-= zamz´s last blog ..Nak Cite Pun Malasss… =-.

  17. hurmm,ni la jadinya kalau nak cari tajuk yang gempak bagi orang baca sampai lupa akan sensitifiti masyarakat.
    .-= blowie´s last blog ..Yasmin Ahmad Dihina =-.

  18. sedihkan jie..cerita ni dah lama tersebar tp x baiknya bila cerita yg amat mengaibkan diungkit bila orgnya dah x d. wallahualam, Dia aje yg mengetahui…
    Kosmo dah gelabah tu, takut x dpt cr makan…

    psst! lama dah x beli paper jie…hehe 😈
    .-= jun´s last blog ..Kek buah =-.

  19. Kemarin Utusan mohon maaf kpd Nik Aziz hari ini kosmo pulak mohon maaf …bagus la tu tak jatuh darjat pun bila kita mohon maaf malah kita lebih dihormati bila mampu mohon maaf kerana bukan mudah nak mengaku salah ni…..cakap senang tapi nak buat bukan senang….
    .-= denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia =-.

  20. maaf kak,

    saya yg kurang luang masa dgn berita sensasi dlm negeri agak ketinggalan, dan kosmo! memang tidak pernah menjadi bahan bacaan saya, cuma sebenarnya perlu lihat kpd niat yg menulis dan yg membangkang itu.
    inilah dia the art of handling differences….
    apa2, sepatutnya, jika yg aib itu, bila je org tu pindah ke alam lain, semuanya fullstop!, kan alam barzakh itu alam kerehatan dari fitnah dunia
    .-= AyKay´s last blog ..Khitan si anak lelaki =-.

  21. خنسا says:

    mengapa perlu meminta maaf ?
    inilah nama kejujuran dalam bidang kewartawanan…
    menulis dan melapor sejujurnya …. bukan berselindung di sebalik wajah …
    adakah ianya mengaibkan dari seorang pemain bola kepada pengarah tersohor ??
    bodoh jika mereka-mereka yang dasarnya bijak pandai mengatakan jika berita itu sungguh mengaibkan …
    kita yang hidup perlu bersyukur kepada Yang Maha Pencipta kerana ditemukan,diketahui pada zaman ini adanya seorang bernama Yasmin Ahmad…
    Sesungguhnya ciptaanNya ada hikmah untuk membuat pengajaran ….
    Antara khunsa, pengkid, tomboy , lesbian , gay …
    Adakah khunsa itu satu keaiban? memalukan? (degrading and shameful?)
    Apakah aib di dunia lebih utama daripada aib di akhirat nanti??
    Khunsa adalah bukti tanda kekuasaan Pencipta manusia …
    Tetapi pengkid,tomboy , lesbian , gay adalah golongan yang angkuh mengubah kejadiaan Pencipta….

    • @خنسا, memanglah tak memalukan cuma masa tak sesuai…..apa kata kalau jadi pada keluarga kita….teori nampak mudah tapi HATI lain bicaranya…
      .-= denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia =-.

    • Hakuna Matata says:

      @خنسا, kalau bercakap bab kejujuran dan etika…

      berita dan kisah beliau bersepah di internet sejak lama dulu, sebelum beliau meninggal…..kenapa tak terbitkan di akhbar?

      kenapa nak tunggu orang tu dah tak de, tak bolah jawab baru berani nak keluarkan….beretika sgt ke ?

    • Anonymous says:

      @خنسا, masa arwah hidup dulu, tak nak dedah – kenapa sekarang? yang peliknya, masih ada yang tak percaya dengan kesahihan laporan tersebut. walaupun benar, masanya kurang sesuai. tanah kubur masih merah lagi.

  22. bersabar je lah …
    tp tu lah … org2 kita gak yg support tabloid2 yg x semenggah ni …

  23. kan???

    maaf pun takde guna. ramai yg dah terasa. terlajak perahu bleh diundur, terlajak kata buruk padahnya…

  24. Metro bawa keluar cerita tipu.. pastu Kosmo bawa keluar cerita mengaibkan..

    apa nak jadi la dengan tabloid nih.. :sigh: