Ku Lihat Hijau

Hijau – Zainal Abidin & Hady Mirza

Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini

Oo… anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo

Rahsia yang tersirat dalam warna:

BIARPUN tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti.

Merah – Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.

Merah terang – Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.

Merah jambu – Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.

Biru – Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.

Biru tua – Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.

Biru muda – Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.

Kuning – Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.

Kuning terang – Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.

Hijau – Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.

Kelabu – Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.

Hitam – Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.

Coklat – Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.

Ungu – Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

Jie ~ dah cuba berbagai warna…….. tapi aku tetap Hijau…mungkin telah ditakdirkan dilahirkan dengan warna ini seperti Puan Mira Abu Bakar iteewwww!!!!

  1. ehh ada ekk ulasan kler itam? 😀
    oooooo .. dia kaler itam sebab tu pak cik tak nampak ;)) hik hik hik

  2. khal >> semua kaler tu cool…senang la gitu!

    noushy >> yesss..noushy..warna paling sihat kan…kan..:D

    umie >> utk pakaian kakjie suka semua kaler gak…tp….dok pilih kaler2 lain..tgok2 dlm almari byk laaaaaaa kaler ijau!

    :p

    merak kaler coklat dgn ijau tu ngam dah la tu……daun ijau..bile dh tua..jatuh….kaler cokelat..dah!

  3. Wahhhh kak Jie…. kita serupa….merak juga suke ijau….karpet kat umah pun ijau…..cadar tido pun ijau….baju tido pun ijau….tapi ada tambahan lak….. kita suka rona cokolat…..kalo tengok pd kenyataan yang terdapat dalam entri Kak Jie….amatlah bahayanya warna saya itu….huhuhuhuuh….apa buleh buat nalurinya tetap sama……hehehehee

  4. Salam kak jie.. citer pasal warna ek.. erm, umie suke semua kaler.. 😀 tapi pink n biru tu lbh sket sukanya.. ;))

  5. yeh yeh kak Jie..calittttttttt!! me toooooo..suke hijauuuuuuuuuuuuuuu!!

    But not dressing in green!! Ahakss…

  6. Hitam – Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.

    mz pakcik ni..nak kena cucuk mata tu dengan garpu la tu…celik mata sikit luas²..kan ada kaler itam…tu la..sik pasai tak cukup tidoQ

  7. pak cik suka kaler biru. feveret kaler tu.
    tapi pak cik suka juga kaler itam. naper kaler itam tader ulasan nya? ini tidak adil!!! ini satu diskriminasi kaler!

  8. lor.. udah ditukar kaler background ke asal??

    hehehe.. apa je la kak jie.. janji bahagia. tehehe…

    suke kaler ape? ntah la.. dah buta kaler dah skang nih. adeh.

  9. lily kakjie rasa mcm dh ketinggalan zaman la utk kaler pink tu…

    😀

    hogen! ko bior betoi!

    bp erk..blackpurle tu kaler biru ke..muahahahaha

    lestat aman damai pn tak best gak.. jarum jatuh pn leh dengo!

    kuden biru + hijau = biru muda..hek…boleh laaaaaa tu kuden

    mak meyah puan mira entah la kak oiiiiiiiii..sejak dua menjak tu…Puan Mira tu glamer sakan…Yusop Aslam nk cari dia nk bg suruh berlakon jadi pulis!

  10. pn mira??

    ko kenal ke dia kak..

    tah sapa2 tah minah tu ko buat entry dr bharian sumbat kat sini lak yeah..

    yg bestnya merah terang nye meaning tu…mmg kompem mak merah tu aku lah!!

  11. Biru – Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.

    ** Hijau incredible hulk la lily bkn hulk hogan