Perkahwinan bukan bermodalkan cinta semata-mata

Sekarang dah musim cuti sekolah, musim hujan dan musim orang artis berkahwin . Kesempitan akibat ekomoni bukanlah alasan, majlis perkahwinan tetap meriah.

Ramai yang memasuki gerbang perkahwinan hanya dengan bermodalkan cinta semata-mata. Sedangkan perkahwinan yang bermula dengan cinta membara bukan jaminan untuk ia terus bertahan.

Dan, surat nikah pula bukan jaminan kebahagiaan kerana ia ibarat lesen kereta yang belum tentu menjamin keselamatan jalan raya jika kita tidak mematuhi peraturan lalu lintas. Dalam perkahwinan kita membawa beraneka kelakuan dan kebiasaan. Kelakuan itu sama ada baik mahupun buruk, kelebihan atau kelemahan serta kedewasaan atau kanak-kanak.

Perkahwinan adalah tindakan orang dewasa walaupun ketika memasuki gerbang perkahwinan, kita belum cukup dewasa. Sepatutnya, apabila diijab kabul, kita yakin kepada diri sendiri bahawa kita dalam dunia orang dewasa. Dalam perkahwinan, kita mungkin terbawa sikap keanak-anakan atau perangai ganjil dan mementingkan diri sendiri. Malah, perkahwinan bukan jaminan kita akan meninggalkan semua sifat itu. Namun, apabila kita mampu mengimbangi kelakuan yang sukar itu, perkahwinan menjadi perpaduan yang menyenangkan.

Terdapat juga seseorang yang begitu lama mempunyai sikap keanak-anakan tiba-tiba berubah menjadi orang dewasa apabila memasuki alam perkahwinan. Kadangkala perkahwinan itu melukai kita tetapi perkahwinan juga menyembuhkan kita. Banyak pasangan suami isteri yang bahagia mempunyai cerita betapa sulitnya mereka ketika dalam masa penyesuaian. Malah, mereka hampir terhempas dan karam. Tetapi, mereka mampu menghadapi semua cabaran itu dan akhirnya perkahwinan menjadikan mereka dewasa.

Dalam perkahwinan kita beruntung kerana mempunyai seorang kawan tempat kita mengadu, membahagikan masa dan menghadapi hari-hari yang tidak dapat dipastikan sama ada seronok atau sebaliknya. Walaupun kadangkala perangai suami menyakitkan hati, tetapi dia masih boleh menjadi suami yang baik malah kadangkala dalam kesepian, dapat juga kita melabuhkan kepala ke bahu atau dada suami.

Memang selalu kita dengar keluhan yang menakutkan mengenai perkahwinan. Misalnya, seorang wanita bercerita, β€œselama 20 tahun saya menjadi isterinya, hidup saya benar-benar terseksa. Barulah sekarang kami bahagia”. Mendengar keluhan begini, tentu ada yang beranggapan bahawa begitu lama untuk mencari penyesuaian, jika begitu lebih baik tidak berkahwin.Β  Sebenarnya, kejadian yang begitu dramatis tidaklah selalu terjadi untuk mencapai penyesuaian dalam perkahwinan.

Sebagai bukti, ketika hidup bersama keluarga, ayah, ibu, kakak, abang dan adik atau dalam pergaulan sehari-hari, teman sebilik juga memerlukan keseimbangan. Malah, kejadian sehari-hari seperti itu adalah latihan untuk hidup bersama pasangan anda dalam perkahwinan.

Entri lain mengenai nikah dan kahwin:
Akad nikah menalui e-mel
Aku terima nikahnya
Betul ke non-muslim kena convert islam time kawen

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

37 thoughts on “Perkahwinan bukan bermodalkan cinta semata-mata”

  1. Kahwin memang senang… Tapi Adakah sesenang mengisi sebuah perkahwinan?

    Banyak ranjau, onak dan duri dilalui ketika melalui perjalanan alam berumahtangga. Kesabaran, kecekalan serta kecekapan seseorang ketua keluarga dijadikan kayu pengukur kejayaan sebuah mahligai. Banyak situasi berlaku penceraian disebabkan kegagalan seseorang nakhoda mengemudi bahtera.

    Keserasian serta faham memahami menjadi tonggak kejayaan sebuah ’empayar’. Betul seperti komen2 di atas, ‘give and take’ memainkan peranan yang amat besar.

    Bagaimana pula dengan sikap keras kepala sesetengah pihak? “aku betul, kau salah”…???

    Yang mulia tentang perkahwinan – hidup kita lebih sempurna, amalan kita lebih diberkati..

    p/s – semoga aku diketemukan dengan isteri mithali… amin.

    samdaddycools last blog post..Blogging Challenge… year end 2008

  2. setelah membaca entry ni, susah betul berkahwin.. lagipun nampak best dari luar je, hanya perasaan nak memiliki gadis tuh je.. nanti lepas dah dapat mesti bosan.. sikit2 cari kita, sikit2 cari kita… serious..

    lagipun, kahwin ni, bukan life kita dgn bini je, campur lagi keluarga kedua2 mempelai… banyak masalah akan timbul.. lebih2 kalau isteri tu jenis mengadu ke mak bapak dia je, burukkan nama kita je.. erm..

    lochoes last blog post..Aku lama menghilang ke?

  3. selalu menyinggahkan diri kat sini tapi tak penah nak tinggal jejak.. tetibe rase nak tinggalkan souvenir sket kat kak jie arini..
    huhu 19/12 ni jadi tarikh keramat nak tukar status neh πŸ˜† ngeri seh!!
    entry kak jie leh kot wat panduan sket.. meneutralkan hati yang asik nak rase mcm2.. πŸ˜• thanx ek

  4. kak jieeeeee..chii pn nk tawen gak arr..tp calon nye tade lgik..camne eh πŸ˜›

    chis last blog post..Harapan Pada Ayah Dan Ibu – Unic

  5. ada seseorang pernah berpesan…jangan dicuap kepada pasangan mempelai “semoga bahagia ke anak cucu”… dah berpuluh tahun kawen pun boleh cerai-berai, tetapi sebutlah “bahagia hingga ke akhir hayat..”… semoga ucapan itu menjadi doa… nak komen panjang pasal isu ni tak boleh coz masih single-mingle πŸ˜€

    Tepak Sirehs last blog post..Enchanting Bali Trip I

  6. Ingat tu orang muda sekarang dgn nasihat kakjie ni.. jangan bercinta kerana nafsu sahaja, amal jariah jugak penting tau..hehe…
    /pandai lak aku membebel kat orang..hehe… sapa yg nak kahwen tu.. slamat berbahagia la sampai hayat bukan setakat anak dan cucunnya sahaja..

    mrozaidis last blog post..HARI-HARI D’ PERPUSTAKAAN

  7. hmmm..adakalanya kita rasa kita mcm dah terlalu bersedia nak berumahtangga..
    nak bersuami, hidup berdua bersama..
    berkongsi segalanya berdua dgn si dia..
    bertahun2 berkenalan bukan lesen untuk menjamin kita dah cukup mengenali si dia kan..
    mungkin kena gamble je..
    terima segalanya dgn redha, kita ni pun mesti ada yg tak sempurna kan..

    dayus last blog post..kamu memasak??

  8. Dah dekat 10 tahun dah gua kahwin… Memang la kahwin nie ader macam-macam masalah.. tapi biasa la… dalam hidup nie mana boleh lari dari masalah..

    Sekarang nie dah ada 3 orang anak perempuan (Nur Maisarah, Nur Maisurah dan Nur Maisya Damia)…. boleh la..

    Kaya belum lagi, tapi senang tue ader la… semua cukup… cuma amalan jer memang masih tak cukup… hehehe

    cencuruts last blog post..Which Games Console Is Better?

  9. Kak Jie,
    Sepupu Iza, perkhawinan dia di atur keluarga. Lepas akad baru bercinta. Mereka bahagia sangat, siap dapat anak kembar yang comel lagi πŸ™‚

    Ceq pun “daftar”lah nama kat mak sedara..kot2 dia boleh carikan..tapi nampaknya sampai sekarang masih vacant lah ❓ 😐

  10. perkahwinan adalah proses kehidupan yang mana bukan nak menbandingkan sapa yang lebh dan sapa yang kurang tetapi membangun dan melengkapkan sesama sendiri didlm sesebuah institusi keluarga.
    bukan hanya tanggungjawab pada suami/isteri sahaja. πŸ˜€

  11. Kahwin baru menguji sekukuh mana cintamu.. lagilaa lelaki yang hensem cam sayakan.. ade jee minah awal 20-an cam memey suhaiza nak ngendeng.. apapun selalunya kita berniat baik.. yelah mereka baru nak belajar hidup.. saya menganggap mereka sebagai adik sahaja..tak lebih dari tu.. keh3 :mrgreen:

    nuaemans last blog post..3 usd untuk mereka yang berjaya Jawab 10 soalan uji minda ini

  12. kalau suka makan buah salak jgn takut duri & onak
    Kalau takut ombak jangan berumah di tepi pantai.
    Kalu hangpa ingat kahwin ni seronok seronok ?
    Silap Silap handle boleh bercerai berai

    Kalau hidung senget sebelah jgn cuba jadi Ratu
    Kalau takut air yang sejuk jgn cuba mandi telaga
    Kalau Suami Isteri saling bantu menbantu
    Rumah tangga & Keluarga Ibarat Surga

    Pesanan Ikhlas Dari hashimhabeed untuk ST dan juga utk menteil
    he he he

    hashim habeeds last blog post..Saya akan Bercuti Hu Hu Hu…

    1. @menteil, dahulukan keutamaan… jgn berkahwinan krn orang lagi dah kahwin tetapi setelah bersedia

      opsss..jgn lupa jemput kita org πŸ˜€

  13. cuma nak tambah sikit je..

    jika lelaki/perempuan mengharapkan bila dah kahwin dapat “perfect husband or wife”, anda mungkin tidak akan memilikinya.Ketidaksempurnaan seseorang atau kekurangan pada seseorang itulah yang “complement each other” dlm rumahtangga…

    my 2 cents. betul ke jie??

    UncleJs last blog post..Seen In A Doctor’s Office

  14. Usia perkahwinan saya masih muda, baru masuk tahun ke 9, namun apa yg pasti perkahwinan banyak mengajar seseorang erti kehidupan…bagi yg nak belajar lah dan setuju 100%, cinta semata2 x kemana…

    etomyams last blog post..Malayaonline Double Entries

    1. @etomyam, beristeri itu mendapat ganjaran dan pahala yang berlipat ganda berbanding dengan ibadah seorang bujang…itu kelebihan.

      Dlm perkahwinan kena banyak bersabar bersabarlah Ada pasang dan surut. Ada ketawa dan menangis.

      itulah kehidupan

  15. kak jie, singgah-singgahlah blog ai, kot teringin nak makan lasagna pula. Godaan banyakkan, sesaat je dah sampai depan kedai makan, pilih je, tang mana nak cuci mata.

    Perkahwinan mendewasakan kita. Kalau tak ada yang dewasa masih lagi keanak-anakan walaupun bilangan ahli bertambah, tak dapek den nak kata apa ehhh.

    zanys last blog post..Yahooo……..Good News

    1. @zany, ini yang susah tu…godaan dan tak tahan menahan hawa nafsu. Tengok orang makan itu ini cepat je teringin.

      dewasa dengan berbagai dugaan…dan manisnya bila berjaya harungi bersama

  16. kepada PE, sila ambik nasihat dari kak jie ni..kawin ngan dokter tak semestinya hidup terjamin bahagia dan kesihatan terjaga…. 😈 😈

    |1f34|-|1r3s last blog post..Why I just hate kongsiblog.com ?

  17. Oh!…Pasal kahwin. Hmm… Dah 16 tahun Tie jadi isteri, yang Tie tahu, dlm institusi perkahwinan kedua2 pasangan kena ada sifat give and take.(kecek omputeh lak!)

    Tak payahlah nak berlagak bagus sebab segala2nya terserlah bila tinggal serumah. Bertimbang rasa dan saling menghargai adalah petua hubungan akrab suami isteri. Sifat penyabar itu penting. Kerana suami isteri itu saling lengkap melengkapi. Maksudnya kalau sorang tu panas baran, sorang lagi lembut hatinya. Kalau sorang tu peramah,pasangannya mungkin agak pendiam. Kalau sama2 pendiam , susah la nanti…kot2 anaknya nanti kurang vocab pulak! Hi hi…

    Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing2. Suami kita adalah yang terbaik buat kita.. Tok sah lah nak banding2kan pasangan kita dgn org lain. Kadang2 apa yang kita lihat itu tak semestinya benar… He he..terlebih komen lak nih.. 😳

    Ties last blog post..Kawan

    1. @Tie, Seronok baca komen dari orang yang berpengalaman…semua nasihat adalah bertolak ansur. Suami isteri perlu membina matlamat yang sama, jangan sorang nk ke kutub utara sorang lagi nk ke kutub selatan

  18. setuju kak jie, bukan semudah disangka dan bukan susah juga jika tahu caranya.

    yelah sebelum kawen banyak plan banyak janji, tetapi setelah kawen byk kejadian yang kita tidak pernah alami sebelum kawen. ini yang selalu menjadikan sesebah rumahtangga goyah!

    dah anak dua pun banyak yang kena belajar!

    megats last blog post..Semakin Tenang, Keluar Dari Rumah Dan Berpindah

    1. @megat, betul tu, kita kena bentuk kebahagiaan bersama-sama. Setelah berkahwin, hanya dia pasangan terbaik kita…kalau kita menyangka dia tidak sehebat mana…cermin pula diri sendiri, mingkin kita akan temui beberapa kekurangan diri sendiri

Comments are closed.