Rakyat Malaysia Memiliki Teman Sosial Paling Ramai

Kajian yang dijalankan oleh sebuah syarikat untuk melihat perilaku online pengguna internet  di seluruh dunia membabitkan 50,000 peserta dari 46 buah negara memberikan fakta berikut:

Credit: John Lund

  • Rakyat Malaysia memiliki teman yang paling ramai di rangkaian sosial , sedangkan pengguna Jepun yang paling sedikit.
  • Secara purata, Malaysia mempunyai teman di rangkain sosial sebanyak 233, diikuti boleh Brazil  sebanyak 231 dan Norway ditempat ketiga dengan jumlah 217.
  • Rakyat Jepun menduduki negara paling sedikit mempunyai teman di rangkaian sosial iaitu 29 diikuti China 68.
  • Rakyat Malaysia juga menjadi  pengguna paling ramai menggunakan rangkaian sosial dengan purata 9 jam seminggu, diikuti Rusia 8.1 jam dan Turki 7.7 jam. ( rasanya penyumbang statistik Rusia pun rakyat Malaysia di sana….:lol: betul tak Ariffshah? )
  • Kajian juga menunjukkan lebih ramai pengguna internet menggunakan rangkaian sosial berbanding menggunakan email.

Sumber : www.bbc.co.uk/news/technology


Apa yang anda boleh lihat dari fakta ini? Terkena batang hidung sendiri, kan…:lol: Facebook  saya ada 146 dan lebih dua pertiga darinya bukanlah ‘teman’ kerana tidak pernah pun berfungsi sebagai ‘teman’. Kadang² add atas sebab serba salah takut orang terkecil hati. Mungkin akan berlaku proses pembersihan. Bukan angka jumlah yang saya targetkan walaupun dari segi faedah ‘pemasaran’ blog ianya adalah satu keuntungan.  Saya bukan pengguna Facebook yang aktif.

©kujie – saya share sumber entri ini dari wall knizam.  Facebook pun ada baiknya, cuma bersederhana cukuplah.

47 Replies to “Rakyat Malaysia Memiliki Teman Sosial Paling Ramai”

  1. Rakyat Mlysia suka bersosial tuh kak jie~hehehe..
    Mmg kdg2 mcm membuang masa hadap benda tuh jek..
    tapi ade setengah org smpi dh kurang keluar rumah..ok what?
    klu tk silap, rkyat Mlysia pun antara teramai mrupakan blogger kan?
    Jom terjah post menarik dari nabiel ..Cerita Sebuah PerkhawinanMy Profile

  2. Pingback: 6 rahsia aktiviti online ibu-ibu di Malaysia terbongkar... | hafizmohd.com
  3. teman di Facebook memang ramai, sebelum ni waktu aktif berfacebook, 9jam sehari pun ada kot, tapi sejak beberapa bulan kebelakangan ni, dah berhenti menggunakan facebook, sebab terlalu leka sampai mengganggu produktiviti dalam pekerjaan.

    So korbankan facebook demi kesejahteraan sendiri… hehehe
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Seorang pengguna yang kecewaMy Profile

  4. bukan keperluan kita sama
    dia org perlukan ramai networking perlulah add ramai2

    tu arr..kadang2 nk update status pun fikir patlima kali
    perlu ke?

    kadang2 seminggu dua minggu baru gatal2 tangan nk update
    saje nk nampakkan masih hidup 😆

  5. tak sampai pun 2 ratus….ala banyak buat menyemak pun ada…. cuma nak cari kawan lama masa sekolah dulu jer…. sekarang ni hampir 60% berjaya dijumpa balik….heheheheh

    tapi rasanya kajian tu kurang sikit kot, adakah memiliki kawan itu betul2 kawan atau sekadar add pastu senyap memanjang??? kalau senyap je bukan la teman namanya… sekadar hiasan nombor je…hehehehe
    Jom terjah post menarik dari zikri ..Majlis Konvokesyen ke-5 UMPMy Profile

  6. Aduh ! Memang dah terasa dah ni , kak Jie . Haha . Saya punya friends 270 orang kot . Dulu , selalu juga online . Tapi , sekarang dah jarang . Nak SPM la katakan 🙂
    Jom terjah post menarik dari Farah ..Doa My Profile

  7. untuk perniagaan , elok ni
    utk kak jie yg tak ada apa2
    sekadar nak update blog, update status

    tak suka sgt nak over2 iklan diri

  8. Kadang-kadang saya hairan juga org yang ada friends difacebook sampai 1000 lebih,mereka seolah-olah bangga,tapi hakikatnya tidak semua teman yang aktif :).rakan difacebook saya hanya sekolah,guru dan ada beberapa blogger yg saya kenal diinternet.

  9. Kujie:

    orang kalau review, kalau 1000 orang join, ko nak expect dapat semua lain2 ker? Jgn la jadi bangang sangat!

    Ni ulasan dari blog AzuanRazi.com sebab ko komen cam bangang pastu nak tunjuk senior, come on la, ko buat cuma buat dulu jer, lain2 orang lain boleh kejar.

  10. facebook menemukan saya dengan kawan – kawan lama. even yang tak pernah bertegur kat sekolah dulu pun dh jadi rapat dengan aktiviti2 yang kitorang buat through event kat dalam fb..ecece..dh macam testimonial pulak 😛

    apa pun, bila dah menjebakkan diri dalam rangkaian sosial & internet ni, kita dah buka satu jalan utk org jahat kat luar sana..
    Jom terjah post menarik dari fina fento ..Cerita seekor kancil yang kemut di pagi hariMy Profile

  11. Yup, rangkaian sosial adalah untuk passive marketing. Long term investment pun ya, kan?

    Anyway, selain itu, melalui kajian ini, kita dah tahu rangkaian sosial 1Malaysia paling kebaboom, so…?

    Kena ambil kesempatan lah! hehe. Online marketing.
    Jom terjah post menarik dari Khairi ..Cerita hitamputih- Main bola tinMy Profile

  12. rakyat jepun ada social media mereka sendiri.. sbb tu tak guna sangat facebook…
    hehe.. fan page sy pun ada 87 org je.. mostly kawan sniri.. 😀

Comments are closed.