Tip elakkan letih memandu
Artikel September 10th, 2008Kemalangan yang berpunca dari rasa letih selalunya menyebabkan kecederaan yang teruk berbanding kemalangan akibat punca- punca lain. Pemandu yang keletihan bertindak balas lebih lambat dan pertimbangannya mudah terganggu.
Keletihan dikaitkan dengan kebosanan, kesedihan, kekecewaan, kurang tidur atau teruk bekerja. Rasa letih ini tidak sama seperti rasa mengantuk, tetapi biasanya keinginan untuk tidur akan timbul seiring dengan rasa letih .
Punca-punca keletihan semasa memandu
* Memandu untuk jangka masa yang lama tanpa berhenti rehat
* Mengambil alkohol
* Kurang tidur dan rehat
* Ubat-ubatan seperti antihistamin, antihipertensi, sedatif atau diuretik
* Masalah kesihatan seperti penyakit Addison, anemia, AIDS, gangguan alahan yang kronik seperti demam alergi atau lelah, malignan, diabetes, kegagalan jantung
* Senaman berlebihan
* Tekanan perasaan atau stres
* Memandu lewat malam atau awal pagi, iaitu waktu yang pada kebiasaannya anda tidur.
Tanda-tanda keletihan
* Kerap menguap dan mengantuk
* Keliru dan pemikiran yang kabur
* Murung dan mudah baran
* Tindak balas dan reaksi yang lambat
* Khayal atau berangan-angan
* Sukar hendak membuka mata, terasa penat, sakit-sakit badan, mengawal stering sambil lewa
* Tidak nampak lampu isyarat atau papan tanda
* Gagal menumpukan perhatian
* Tidak dapat mengingat apa yang berlaku dalam tempoh beberapa minit atau beberapa saat lalu
* Badan atau kepala bergoyang-goyang kerana tersengguk-sengguk
* Kereta terbabas atau termasuk ke lorong lain
* Tersengguk-sengguk semasa memandu
* Peningkatan sensitiviti mata terhadap cahaya (tidak dapat menahan silau cahaya).
Pengurusan sendiri
* Perlahankan kereta anda
* Berhenti dan berehat di tempat yang sesuai
* Berbual dengan penumpang jika ada
* Pasangkan radio anda dan cuba menyanyi bersama-sama dengan alunan muzik yang dimainkan
* Turunkan tingkap kereta agar udara segar dapat masuk atau pasangkan penghawa dingin pada tahap maksimum
* Keluar dari kereta dan berjalan-jalan sekejap
* Berhenti sekejap untuk minum
* Berhenti rehat untuk mandi
* Bermalam dahulu sebelum memulakan balik perjalanan yang jauh
Amalkan tabiat baru
* Berhenti sekejap untuk berehat bagi setiap satu atau dua jam memandu
* Berkongsi memandu dalam perjalanan yang jauh dan pastikan anda berehat apabila sampai giliran bertukar pemandu
* Jika anda telah penat bekerja seharian, janganlah memandu untuk perjalanan yang jauh
* Sesekali biarkan udara segar memasuki kereta anda kerana kereta yang sentiasa tertutup boleh membuatkan anda mengantuk
* Rancanglah perjalanan anda dengan mengambil kira tempat-tempat persinggahan menarik yang boleh dilawati di sepanjang perjalanan
* Awasi tanda-tanda yang menunjukkan anda mungkin letih seperti sakit-sakit badan, mata terasa penat dan tidak dapat menumpukan perhatian ketika memandu. Jika ini berlaku, berhenti dan berehatlah
* Rancanglah untuk bermalam di sesuatu tempat jika anda dalam perjalanan yang jauh
* Pastikan ubat-ubatan yang anda ambil tidak mempengaruhi keupayaan anda memandu. Dapatkan maklumat lengkap mengenainya daripada doktor atau pegawai farmasi.
(Dipetik dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan).


September 10th, 2008 at 9:44 am
Tip elakkan letih memandu | Hidup Biar Sedap…
Keletihan dikaitkan dengan kebosanan, kesedihan, kekecewaan, kurang tidur atau teruk bekerja. Rasa letih ini tidak sama seperti rasa mengantuk, tetapi biasanya keinginan untuk tidur akan timbul seiring dengan rasa letih ….
September 10th, 2008 at 9:55 am
September 10th, 2008 at 10:02 am
bleh diamalakn..
kejadian buruk bleh jadi bila2 jer..
so.. hati2..
September 10th, 2008 at 10:14 am
ps: kalau balik keje, saya selalu mengantuk masa drive sbb tak tahan jalan jem di kl. kdg2 masa berhenti tu, saya boleh lelap jap. perghhh
September 10th, 2008 at 12:42 pm
September 10th, 2008 at 1:03 pm
September 10th, 2008 at 1:12 pm
berhati2 di jln raya
September 10th, 2008 at 1:15 pm
September 10th, 2008 at 2:03 pm
Perjalanan balik kelantan dah la jauh, penat… tapi demi utk balik beraya, semangat tetap membara.
K.Jie raya kat mana?
September 10th, 2008 at 2:52 pm
September 10th, 2008 at 3:18 pm
p/s: Sila berhenti di tepi sebelum melakukan kaedah ini.
September 10th, 2008 at 3:52 pm
September 10th, 2008 at 6:22 pm
September 10th, 2008 at 9:39 pm
September 10th, 2008 at 9:43 pm
tapi kak, camne nak sedarkan org yg ngantuk, tp xmo ngaku ngantuk, dan terus drive..
abah saye…cukup degil…kdg2 kite yg menengok riso je..
dah ngntuk nih, tp degil kepala batus xmo ngaku ngantuk..saye dah offer nk drive pun xmo..
bile mak saye bebel kat sebelah, dier cover ngn rayban xbg org nmpk dier ngtuk…
degil tul…
September 10th, 2008 at 9:44 pm
September 11th, 2008 at 12:18 am
September 12th, 2008 at 12:09 am