Taburan Kuning Hari Sabtu

Dalam perjalanan hantar Intan ke sekolah, dipersimpangan Telaga Tujuh {klik} nampak pemandangan kekuningan yang tak selalu dilihat.  Lepas hantar Intan, balik ke rumah dan ambil kamera,

Angah tak berapa pandai ambil gambar tetapi ingin berkongsi moment hari Sabtu yang cantik ini .

bunga berguguranSelalu pakcik-pakcik warga emas duduk-duduk di sini.

rimbunan bunga kuningLaluan redup ini sering menjadi lokasi outdoor photography kepada pasangan pengantin.

lelaki tua berbasikalPakcik ni  dah sampai untuk ke port lepak dia.
bunga kuningTaburan bunga berwana kuning berguguran jatuh lembut ditiup angin.

 

Nota : saya tak tahu nama pokok ini, sesiapa yang tahu, boleh berkonsi.

Apa Itu Raspberry Pi

Raspberry PI? Pernah dengar?

Raspberry PI ini adalah komputer saiz kecil.

apa itu raspberry piMenurut asal pencipta , Raspberry  Pi ini bukan  bertujuan perniagaan, iaitu projek  non profit.  Penciptanya membesar dengan komputer zaman dulu yang mempunyai 2 pilihan apabila dihidupkan iaitu nak menggunakan komputer atau nak memprogramkan komputer.  Kebanyakkan orang sekarang, lebih banyak menggunakan komputer dari memprogramkan komputer.

Beliau mencipta Raspberry Pi Ini dengan tujuan supaya kanak-kanak membesar dengan programming. yang merangsang kanak-kanak lebih kreatif bukan semata-mata menjadikan komputer sebagai ‘alat untuk digunakan’.

Saiznya yang kecil memudahkan ianya digunakan dimana saja kawasan yang mempunyai kemudahan yang terhad.

Kebanyakkan orang mempunyai TV, jadi Raspberry Pi ini hanya perlu disambung ke peti TV tanpa perlukan monitor.  Sesuai kepada tenaga pengajar di kawasan luar bandar.

contoh raspberry piTentu korang nak tau apa gunanya Raspberry Pi ni, kan?

Raspberry PI ini sama saja seperti komputer biasa.  Ia adalah mini komputer yang ada grafik.  Kita boleh melayari internet seperti biasa, video, muzik,  main game yang ringan atau programming.

raspberry pi malaysiaInilah bentuk dan saiz Raspberry Pi.  Sebesar kad kredit. ( 8.6cm x 5.4cm x 1.5cm )

Raspberry PI ni ada 2 model saja – Model A dan Model B.  Bezanya Model A ada 1 USB Port tanpa Ethernet port dan Model B ada 2 USB ports dan ada Ethernet port.

Berapakah harga Raspberry Pi ?

RM145 dan boleh beli secara online .

Dengan harga yang murah, alat ini amat sesuai untuk pembelajaran secara formal atau tidak.

setting raspberry piAbaikan meja konsul depan TV saya yang berserabut tu ye…. ini bukan work station.  Ini  tempat untuk proses sementara. Dua jam lepas gambar ini diambil, saya dah cabut semua dan kemas .  Entri ini cuma ingin memperkenalkan Raspberry Pi.  Ini juga  bukan entri teknologi, saya bukan ingin mencuri pembaca amanz.my .hihihi….

 

Mood Malam Minggu

When violet eyes get brighter,
And heavy wings grow lighter,
I’ll taste the sky and feel alive again.
And I’ll forget the world that I knew,
But I swear I won’t forget you,
Oh if my voice could reach back through the past,
I’d whisper in your ear,
Oh darling I wish you were here.

Vanilla Twilight – Owl City

p/s – draft entri Angah, saya publishkan.