Elak Diintai : Lakukan Ujian Kuku Jari

Ketika menggunakan tandas, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian dan lain-lain, adakah kita tahu dan pasti bahawa cermin yang nampaknya biasa tergantung di dinding adalah cermin nyata, atau sebenarnya itu adalah cermin 2 arah?

Cermin biasa adalah cermin yang kita nampak diri sendiri dan cermin 2 arah adalah jenis cermin yang orang disebalik cermin boleh melihat kita, tetapi kita tidak dapat melihat mereka.

Terfikir tak? Kalau-kalau ada orang memasang cermin 2-arah di bahagian tempat menukar pakaian wanita atau tandas?

Untuk mempastikan cermin itu adalah betul² cermin yang sebenar amatlah sukar jika hanya sekadar melihat permukaannya.

Saya terima email dari suami cara bagaimana kita boleh menentukan dengan pasti jenis cermin yang kita lihat itu.

Hanya lakukan ujian mudah ini.

Letakkan hujung kuku dipermukaan cermin dan jika ada ruang ( gap ) antara kuku dan image di cermin, maka itu adalah cermin yang sebenar.

Namun, jika kuku menyentuh image kuku anda tanpa ada ruang ( gap ), berhati²lah, itu adalah cermin 2 arah ( 2-way mirror )

“No Space, Leave the Place”

Marilah kita sama-sama mengamalkan tabiat ini,setiap kali melihat cermin terutama di tempat khas untuk wanita, lakukan “ujian kuku jari”.

Saya pasti, selepas membaca entri ini, ramai yang akan melakukan apa yang telah saya buat selepas membaca email yang dikirimkan oleh suami.:lol: Tapi ujian untuk cermin 2 arah tu tak pasti nak test kat mana.

eh…cop…cop ! kenapa perempuan je selalu kena intai ? Tak best ke intai lelaki?

©kujie –  sejak berkahwin, suami yang potong kuku kaki kujie, tetapi sejak dia ke luar daerah – Intan yang potong kuku kaki mama dia ni…haha…tabiat bapa turun kat anak!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (contohnya, perubatan, perundangan dan sebagainya yang berisiko) sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Polisi: Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap komen yang ditinggalkan oleh para pembaca. Setiap komen pembaca adalah tanggungjawab mereka. Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. tu la pasal – bila dah jumpa tempat2 mcm tu..terlupa pula nak test

  2. tak de tak de…pompuan tak de nak skodeng
    skodeng tu mcm ‘hak milik lelaki ‘ je

  3. dah baca byk kali pun……selalu lupa!
    bukan tiap bulan pun dok jumpa tempat2 mcm tu :grin:

  4. hati hari joe…nanti keluar kt youtube pula :grin:

  5. amboi maza, org tak imagine apa2 pun……….tak syak apa2 pun………..hahahahaha

  6. fobia video chua soi lek tu…hehe

  7. nak kena ingat – mana satu cermin yg betul mana satu yg bahaya tu….kadang2 dah test tapi tak ingat

  8. masalah kita selalu lupa..hehe

  9. hehehe..betullah tu
    bukan kita hari2 jumpa cermin – yg kat rumah sendiri pun tak tercermin
    benda yg sesekali kita buat, mesti lupa

  10. lain kali…….beringat2 :lol:

  11. nak seribu daya, kan………… :lol: biasanya org nak skodeng ni byk idea yg tak terjangkau dek akal

  12. ha ha ha..tau tak pe
    selai selai baju kita menerai – dah tak ingat apa dah aih…ni nak kena ingat betoi2..jgn2 terlepas pula gambar kat internet :lol:

  13. kadang2 lupa..seronok sgt berholiday lah katakan

  14. baguslah..sekurang2nya kita usaha, kan

  15. baru tau kujie… boleh jadi modal bercerita dalam kelas…
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..tempangMy Profile

  16. terima kasih bagitau~! :smile:

  17. nice info kak jie..sgt penting utk menjaga kehormatan wanita, errr..dan juga lelaki.

  18. selama ni, tak penah terfikir pulak mcm tu. apapun terima kasih byk2 kak jie.
    Jom terjah post menarik dari rumah kuning ..Esok SekolahMy Profile

  19. lepas ni, akan lama la kita berada dalam fitting room or tandas. semua pakat test kuku jari ni.
    Jom terjah post menarik dari ch@ ..Habis surprise awalMy Profile

  20. pernah baca benda ni tentang cara nak tau cermin 2 arah tapi lupa katne..ni jumpe semula dah..thanks kakjie..nice sharing..ingat nak post kat blog pasal ni..nanti saya kreditkan pada kakjie.. thanks again..:)
    Jom terjah post menarik dari student ..Diam hati rawanMy Profile

  21. Wahh perkongsian yang menarik ni. Terimakasih.
    Pasni harus cuba…

    Tapi tempat kerja saya, cermin memang 2 arah, leh nampak orang luar, tapi depa tak nampak kami. Syiok jer tengok gelagat orang kat luar tuh.
    Jom terjah post menarik dari azieazah ..Bekal Hari IniMy Profile

  22. kat mane ade jual cermin 2 arah ni.. :p
    Jom terjah post menarik dari Ezany-Kun ..Ini Statistik Belog Saya Sep-Dis 2010My Profile

  23. Salam kak jie,

    Terima kasih dengan perkongsian info di atas.Sebelum ni tak tahu pun.Lepas ni kena bagitahu kat isterilah.

  24. harap2 orang tersayang baca entry ni =p
    Jom terjah post menarik dari mijae ..Tips kepada waiter-waitress yang selalu bengang dengan kastemeMy Profile

  25. camne ingat nya pon nak test cermin tu .. mesti ade masa lupa jugak kui kui.. so paling penting doa la .. jgn Allah buka aib dan kemaluan kita kat orang lain.. hehe

  26. Wow! Excellent tips!

    **thumbs up
    Jom terjah post menarik dari Pala Maldini ..MESYUARAT PIBGMy Profile

  27. oooo…..bagus gak tips ni, tapi sekarang ni ada yang lagi pandai, letak cam kat ruang tertentu….yang tu memang tak les test dahhhh…usha je la keadaan sekeliling…..
    Jom terjah post menarik dari Amry ..Tips Menjimatkan Petrol Siri 2My Profile

  28. info terbaik! ini dah kira soalan bocor ni. hehe. kat mana nak praktik ek kak? hehe.
    Jom terjah post menarik dari megat ..Terima kasih PPAD MuarMy Profile

  29. apa kata kalau maza cadangkan, masuk dlm bilik persalinan itu tutuplah mata dgn kain hitam yg dililitkan ke belakang mata.. kendian salinlah pakaian dgn selamatnya… confirm kalau terakam aksi itu, seluruh dunia tak kenal kita..

    hahahha
    (just teasing lorrr)
    Jom terjah post menarik dari maza ..Di Ambang Zaman BaruMy Profile

  30. hahahhaa….

    kami suami isteri bila ke hotel tak begitu hiraukan sangat..
    sbb biasanya kami tidur dalam gebar, berpakaian litup dan duduk diam2 aje.. wink! wink!

    hahahaha
    Jom terjah post menarik dari maza ..Di Ambang Zaman BaruMy Profile

  31. kata seorang sahabat yg baik2 itew…

    fomfuan selalu diskodeng disebabkan punyai keluk, lekuk, curam, cerunam, bukit, longkang dan setembam kuih bom Malaysia atau seleper padang pasir…..kalau kaji tentangnya pasti akan sentiasa menemui new discover.. hehehe

    psst: lelaki pun ada yg skodeng tau.. cuma fomfuan itu malu2 mau mengaku.. errr..lelaki skodeng lelaki pun ada..* lagi ngeri u… hahahaa
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Di Ambang Zaman BaruMy Profile

  32. uiks..rasanya entry ini entry recycle yg pernah kujie tulis dolu2 di blog yg lagi satu itew.. hehehhe

    tapi tak apa, asalkan berguna, recycle patploh-patkali pun tetap bagus kerna saling ingat mengingati gitew.. heheheh
    Jom terjah post menarik dari maza ..Di Ambang Zaman BaruMy Profile

  33. huiiishhh
    baru tahu!
    Jom terjah post menarik dari joegrimjow ..Apabila DARA perempuan diragutMy Profile

  34. wife saya sangat takut kalau nak pergi ke hotel. habis semua pelusuk ceruk dia suruh saya periksa. haha.. termasuk bilik air dan tandas. pantang ade objek mencurigakan… konfem dia suruh saya bukak dan belek. hadoi ai.. dah rupa macam citer mr & mrs smith dah
    Jom terjah post menarik dari Kreuger ..Look whose talking nowMy Profile

  35. pernah dengar gak info ni tapi tak baca betul-betul.penting gak ni, mana tau terkena kat isteri atau famili
    Jom terjah post menarik dari slimdiet2 ..Azam 2011- Misi melangsaikan hutangMy Profile

  36. Tie takut gak bila berada dalam bilik persalinan. Biasa tak fikir tentang cermin tapi intai dulu kat mana cctv tu. Kekadang ada yang menghala tepat dari atas. :sad:

  37. memang kena sentiasa alert ni..
    Jom terjah post menarik dari Mus ..Bergambar Bersama Ikan Duyung Di Pekan Kanowit- SarawakMy Profile

  38. haha. kak jie, saya pernah terbaca artikel pasal ni dulu dan sejak tu saya buat ujian kuku tu pastu lama kelamaan sudah lupa hehe..thanks kak jie for the reminder.
    Jom terjah post menarik dari fina fento ..Cerita 1 haribulan satu dua kosong satu satu di LangkawiMy Profile

  39. ok serius baru tauuuuuuuuuuu ni ma! thanksss!
    Jom terjah post menarik dari yonna ..Makin SusahMy Profile

  40. minta kakjie remove post ni, mcm ni kantoi la kegiatan skodeng saya! HAHAHAHAH :P
    Jom terjah post menarik dari blowie ..Azam tahun baru 2011 yang diperbaharuiMy Profile

  41. tak pernah tahu tips nie .. terima kasih kerana sharinf kak jie .. entah2 lupa nak buat bila gembira sangat nak test baju comey :lol:
    Jom terjah post menarik dari Zqah ..Perubahan Blog 2011My Profile

  42. klu mandi kt hotel, mesti selalu intai2 kt ceiling.. ada lubang ke tak.. tak penah t fikir pasal cermin. :lol:
    Jom terjah post menarik dari zzeffa ..Moments and HappinessMy Profile

  43. Selalu amal terutamanya waktu check-in hotel..takut woo.. Kang tak pasal2 ada video 3gp.. isk!
    Jom terjah post menarik dari Hakila ..MaaflahMakcik bukan sombongMy Profile

  44. laki atau perempuan, siapa yang tak takut kena intai kan? huhu..mesti la takutttt..
    Jom terjah post menarik dari sayaanonymous ..Anonymous &amp Contest Menang Domain!My Profile

  45. nampak mudah tetapi selalu lupa

  46. anon pun takut kena intai juga ke? :lol:

  47. samalah…selalu lupa
    bila baca balik email tu..terus lagi p cucuk cermin
    tapi bila kat tandas hotel atau tempat awam..terus lupa
    tak ingat apa ujikaji lagi dah…dok seronok nak test baju baru :lol:

  48. wahhh..bagusnya info! bagus2..baru anon tau..thanx
    Jom terjah post menarik dari sayaanonymous ..Anonymous &amp Contest Menang Domain!My Profile

  49. Lelaki tak cukup comel kot untuk di intai… huhuhu… dah banyak kali baca tips ni, tapi bila dah kat luar tuh, tak pernah nak praktikkan,
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..1111 telah mengenali EizilMy Profile

  50. ooo mcm tue..tenks 4 da info! =)
    Jom terjah post menarik dari shaa ..9 jenis setanMy Profile

Titipkan Sebaris Kata, Bukti Kehadiranmu:

CommentLuv badge