Pili Bomba Dari Angkasa

Satu hari saya merayau di kawasan perkampungan orang asli kejiranan saya
dan terpandang pili bomba ini.

Tak ada yang pelik dan tak kena dengan pili bomba ini tetapi saya suka warna kuning dan latar hijau yang segar.

Nampak sedap dan subur!

Kedudukannya ditepi jalan Kampung Orang Asli Ulu Melaka, Serendah.  Kalau nak ke Air Terjun Serendah, mesti melalui jalan ini.

Semalam waktu saya google map kedudukan rumah  dalam entri di sebelahnya pusat serenti, di depanya orang asli , saya terpandang kedudukan pili bomba ini  100 kaki dari udara.

Comellah pili bomba ni………..ko ado? dalam google map , okey!

Ini pula pili bomba di taman perumahan ‘orang tak asli’ -  orang yang mendakwa bertamadun tapi pili bomba pun tak pandai nak jaga.

Kadang² bukan orang setempat yang rosakkan tetapi kawasan industri yang terbiar seperti ini memang biasa menjadi mangsa vandalisme,

Jaraknya dengan kawasan perkampungan orang asli tak sampai pun 1 kilometer.

Dua keadaan pili bomba dari dua kawasan yang berbeza , orang asli dan orang aspal ( asli tapi palsu) – seperti kisah pili bomba antara dua darjat!

Nota :

Pada asalnya entri ini saya siapkan untuk peraduan hadiah mewah – cabaran foto pili bomba ondscene. tetapi sebagai seorang Admin di ondscene.my tentu saja penyertaan saya akan menimbulkan pertikaian ala-ala Juara Lagu 2010.
Jadi, saya menjemput kawan² untuk menyertai peraduan ini. ...saya tak boleh masuk bertanding  jadi peluang untuk  anda menang lebih cerah… hiks!

Antara hadiah-hadiah  mewah yang ditawarkan Kamera Digital – Telefon Bimbit – Perkakasan Elektrik – Peralatan Audio-Video – Peralatan Elektronik – Pili Bomba Alat Pemadam Api – dan pelbagai lagi atau mungkin bertemu jodoh dengan abang bomba!

Untuk maklumat lanjut – siba baca di Cabaran Foto Pili Bomba Ondscene

©kujie – saya boleh claim hadiah lain kot…. siren bomba! :lol:

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (contohnya, perubatan, perundangan dan sebagainya yang berisiko) sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Polisi: Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap komen yang ditinggalkan oleh para pembaca. Setiap komen pembaca adalah tanggungjawab mereka. Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Terimakasih , kalau penggunaan ayat saya salah, saya minta maaf. Mungkin zaman saya belajar BM dulu dan fahaman BM awak sekarang berbeza.

    Kadang² bukan orang setempat yang rosakkan tetapi kawasan industri yang terbiar seperti ini memang biasa menjadi mangsa vandalisme.

    Pemahaman saya ayat ini merujuk kepada bukan penduduk setempat…bukan penduduk tempat gambar pili bomba itu di ambil.

    Dalam entri ini juga tidak menyebut nama tempat secara tepat.

    Saya pun tak faham dimana salah faham berlaku. Kalau awak terhina atau aib kerana pili bomba itu diambil di tempat awak…bukankah saya ada menyebut “bukan orang setempat yang rosakkan”

    Saya perlu masuk sekolah untuk belajar menulis dalam BM lagi ke?

    Saya perlu rujuk dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka untuk menterjemah ayat ini.

    Sedaya upaya saya menggunakan dua ayat berkait supaya tidak menyentuh sentiviti mana-mana pihak. Saya tak gembira jika ada orang tersentuh mengenai isu ini, kerana bukan tujuan entri ini ditulis.

    Saya sangat2 berharap awak faham kerana salah faham isu ini akan menyebabkan fitnah.

  2. multihunter says:

    salam.terima kasih di atas komen dan ambil gambar.tidak perlu untuk mengaibkan sesetengah tempat.
    mungkin ada cara yg tersendiri.tetapi kite juga perlu menghormati sensitiviti orang lain juga.

  3. apelah ko mamat, aku bace ok je
    dia kata bkn org setempat, bukan org situlah

  4. Tujuan:

    1. Memberikan kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya kita sama-sama menjaga pili bomba khasnya dan peranan anggota Bomba dan Penyelamat amnya.

    2.Mendedahkan kepada umum sebarang salah laku masyarakat kita yang tidak bertanggungjawab terhadap pili bomba.

    Pertandingan ini dibahagikan kepada 2 kategori:

    A- Kesalahan – Foto mengenai sebarang salah laku seperti termaktub di dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1998 (Akta 341) Seksyen 26. Boleh juga rujuk artikel ini

    B – Unik & Pelbagai – Apa sahaja foto mengenai pili bomba. (Contoh – pili bomba unik , rosak / vandalisma , antik dan sebagainya.

    Itu dari entri asal http://ondscene.my/cabaran-hadiah/cabaran-foto-pili-bomba-ondscene

    p/s – dah ade org share kat fb – baguslah – bolehlah lebih ramai orang sedar tentang perkara ni, pentingnya pili bomba dan akta2 kesalahan

  5. ibnuhassan says:

    salam

    Terima kasih atas pendedahan, sekurang2nya ada perhatian oleh penduduk disana. secara lazimnya memang tempat yg diambil gambar itu asing dari pandangan orang lain.(empunya gambar) lebih mengetahui keadaan disana.

  6. tak pa…. macam salah faham bila baca entri
    mgkn ‘ nak bagi tau orang atas’ tu bukan ugutan

    kalau awak nak bagi tau orang atas, baguslah
    memang itulah sebaiknya….warganegara yang bertanggungjawap
    bukan senang orang muda untuk ambil kesedaran tentang persekitaran mereka

    sebab kes ni…pihak atasan bomba yang minta orang ramai ambil gambar….baca balik kat blog ondscene.my

    http://ondscene.my/ondscene/cabaran-foto-pili-bomba-ondscene

  7. memang ip same…tu kawan saye…kami berdua duk serendah…sy pn leh gak hack ip org…pakai wire shark je pun bleh…click2 dapat…akak tau ke sape yg wat…nape nk ckp penduduk kat situ x bertamadun…

  8. ok….tempat sendiri memang ati ni panas klu org kutok…tu je..nk bgtau orang atas sebab pili bomba tu…bukan sebab post ni….jgn cepat melatah ye….ade ugut ke kak oi.. sy pn nk mntak maaf klu salah berbahasa

  9. umar farish tak perlu tukar nickname..ip nombor sama je

    betul tak? pili bomba tu rosak tapi tak cakap org situ buat
    dah tulis – bukan orang setempat

    cuba bezakan dua ayat tersebut

    tak pa..kita boleh bagi pendapat, saya boleh terima..
    tapi tulislah dengan elok2..cuba baca balik komen awak di atas tadi

    kita , semulajadi akan sakit hati melenting kalau terkena hidung sendiri
    tapi apa kata kita ambil pengajaran dari pili bomba yg rosak tu untuk kita baiki hidup kita

    kita berjiran dgn kampung orang asli tu…. hari2 nampak dia org
    apa kata kita ambil sifat2 positif dia utk baiki diri kita

    cuba klik ada link kisah orang asli yg saya tulis, cuba baca keseluruhan cerita

    memang entri ni dibuat untuk pihak bomba seperti yang saudara baca dari blog ondscene….saya tahu saudara datang ke blog ini dari blog ondscene

    pihak bomba yang suruh orang ramai ambil gambar mana2 pili bomba yang rosak yang disalah guna mengikut akta bomba

    Mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1998 (Akta 341), Seksyen 26, mana-mana orang menutup, mengepung atau menyembunyikan mana-mana pili bomba hingga menjadikan tempatnya sukar dipastikan, atau mengganggu mana-mana pili bomba, atau menggunakan pili bomba selain daripada tujuan menentang kebakaran adalah melakukan suatu kesalahan.

    Mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1998 (Akta 341), Seksyen 58, mana-mana orang yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini yang tiada penalti diperuntukkan dengan nyata baginya apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit (RM 5000.00) atau penjara selama tempoh tidak melebih tiga tahun atau kedua-duanya.

    baca keseluruhan kes….pihak bomba yang minta orang ramai ambil gambar………..

    dari gambar2 yang dikirimkan orang ramai, pihak bomba boleh pantau atau datang baiki

    cuba awak fikir….bila bomba tau kes ini, dia datang tengok….

  10. salam…boleh celah..”Ini pula pili bomba di taman perumahan ‘orang tak asli’ – orang yang mendakwa bertamadun tapi pili bomba pun tak pandai nak jaga”. ni sape tulis….berok ke…klu nk melenting pn pikir lu kak..kesian orang duk kat situ x bertamadun pe nye…tulis pakai otak bukan kaki..nk tulis pn kene ade etika…maaf klu salah berbahasa…

  11. tak baca ke umar farish?

    terus nak melenting

    Kadang² bukan orang setempat yang rosakkan tetapi kawasan industri yang terbiar seperti ini memang biasa menjadi mangsa vandalisme,

    Ada ke ayat ni hina tempat orang – kita bukan sempurna , semua orang ada buat silap jadi kalau yang tak betul tu , kita kena terima dan baiki tak perlu nak ugut2 orang tanpa identiti

    entri ni memuji sikap orang asli – tu menghina ke?

    sikap baik tu, kita patutnya ambil untuk diri sendiri….

    mungkin cara kita melihat isu ini berbeza, tapi ubat tu pahit

  12. sape yg kne maitain pili bomba tu sbnrnye….ko amek gambar kat desa melor kan..ko dok situ ke kujie….agak2 skit nk kutok tmpat org…ko ckp x de otak la yg duk kat situ….pondol mane ko jijik sgt tu…bg skit gambar…bnde ni ak akn bgtau org atas..jgn jd kufur nk hina org…x tau cite jgn cite..

  13. nanti ramai yang terkejut bila tiba² pili bomba menjadi subjek kepada photog² sekalian..hehe
    Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..Kesian Kat Orang Nanti- Especially Ibu² MengandungMy Profile

  14. amboii.. menarik posting pili bomba ni.. ada peluang nak menanggg niii

  15. hasil seni kak jie… bior le deme nak kata apa. share dgn kitaorang.. he..he

  16. agaknya tu kira pusat kg tu kot… senang nak tarik paip ke mana2 kalau ada kebakaran… :grin:
    Jom terjah post menarik dari shay ..Kata Orang Sambil Menyelam Minum AirMy Profile

  17. betul tu kak
    Jom terjah post menarik dari slimdiet2 ..Cabutan bertuahMy Profile

  18. entahnya.. tak sempat nak baca…
    masa turun alat timbang berbayar 20sen tu, jarum penunjuk berat terus jadi kosong!

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Kesan banjir di kampung nan tercintaMy Profile

  19. hehehe…porch bag maza tu berapa kilo?

  20. sebab tak fikir panjang…tak fikir masa susah

  21. itulah yang nak dihighlighkan pasal entri ni

    kisah dua darjat pili bomba

  22. abis tu………semua hadiah best2 tu kak jie tak dapat
    jeles lah pula…..tak kan nak minta ‘abang bomba ‘ pula kot :lol:

  23. ada banyak……yang nampak 4-5 pili bomba dah rosak macam tu
    maklum kasawan lot kedai yang terbiar

  24. erk…. salah satu khidmat masyarakat anggota bomba untuk lelaki yang nak jadi dewasa………..kena ingat tu..hantar kad ucapan terimakasih kat bomba…kehkeh :lol:

  25. tak semak sangat pun..cuma rumput saja subur…dan warna hijau segar ….tepi jalan tepi padang

    hehe….teori dia
    kalau mcm tu..kalau dah guna waktu kebakaran, kena pasang baru lah ye? :mrgreen:

  26. kak jie ni memang suka warna2 hijau pokok..kat rumah ni tanam semua pokok2 hijau tak de bunga

    ngam pula dgn model kuning tu..cantik sgt
    entah org lain pandang tak cantik..diri sendiri je dok puji..haha

    tak malu betul :lol:

  27. wah…….kalau tanya cik abang dia……….100 pili bomba pun dia boleh tunjukkan

    cari yg special tau….

  28. hah….p cari lagi
    belum ada penyertaan macam tu…menarik ni

  29. tengok dari google map tu dah jelas………kedudukan dia di tempat lapang..kat situ ada padang bola takraw :lol:

  30. orang lain hantar penyertaan pili bomba yang berbagai2 tapi kak jie pula suka background pili bomba tu………..cantik!

    kalau ada camera canggih msti dpt snap dari berbagai sudut…yang tu ambil dari dalam kereta je..tak beranai nak turun ….

    nanti orang asli tu pelik tengok…ni bangsa apa tak pernah tengok pili bomba ke :lol:

  31. haha..sapa berani nak pi buat kacau kawasan tu, kan
    nak lalu kampung depa pun dah kecut…tak pasai2 nanti dia keluarkan ” Licence to Kill” :lol:

  32. sebab hanya pili bomba yang warna kuning saja yang dibawah tanggungjawap jabatan bomba

    hahaha….kisah dua darjat :lol:

  33. Pejuang Kesenian Extreme says:

    Ada satu kerja pulak nak cari pili bomba untuk diambil gambar…haha
    Tapi tak pe,kontest ni kreatif,lain daripada yang lain..
    Tapi kenapa gambar pili bomba kuning je yg boleh diambil..
    ni dah membezakan darjat ni..haha
    Jom terjah post menarik dari Pejuang Kesenian Extreme ..Kisah Menjengkelkan Seorang Blogger Ketika Mula BerbloggingMy Profile

  34. :roll: Ramai yang lega bila baca pengesahan yg Kujie tak bertanding.

    Tak jumpa lagi yg seunik entry ni, pasal tu tak dak entry lagi.
    Jom terjah post menarik dari Abang Zul (9W2FLY) ..KENAPA BAS EKSPRES NI LAJU SANGAT My Profile

  35. Tua… :roll: sapa tu ? :lol:
    Jom terjah post menarik dari Abang Zul (9W2FLY) ..KENAPA BAS EKSPRES NI LAJU SANGAT My Profile

  36. pili bomba di kawasan rumah org asli tu mmg dikawal rapi barangkali. orang2 tua mungkin sudah mereka cipta cerita agar tiada siapa pun menganggunya melainkan atas tujuan pembersihan.

    manakala pili bomba yag terbiar itu sememangnya tiada penjaga. tu yg jadi mangsa tu

  37. betul la kak jie. orang belah sana suka guna perkataan yang dipendekkan…
    Benci = benar-benar cinta…ish ish ish :lol:

  38. memang cantik pun kak jie.. colornya macam baru lagi. 3 warna hijau kuning merah.

  39. pili bomba tu duk tengah padang ke kak kujie…? ada rumah ke dekat2 pili tu… :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari shay ..Kata Orang Sambil Menyelam Minum AirMy Profile

  40. Fitrihadi says:

    baru-baru ini ada nampak pili bomba yang baru kaler kuning kehijauan.. macam pisang hampir masak je tengok..tapi lebih terang dan menyerlah..lupa nak tangkap gambar adeh…
    Jom terjah post menarik dari Fitrihadi ..Ish Time-Time Lapar Ni Teringat Murtabak Raja @ XXXL Yang Banyak Di Bulan PuasaMy Profile

  41. Errr…… sat !
    .
    .
    .
    Kita tak ingat kat mana nak cari pili bomba ni ekk… Ooo.. nanti kita tanya abang, hehehe… :mrgreen: :mrgreen:

  42. Su rasa la… air dari pili bomba tu ada baja tambahan yg buatkan rumputnya tumbuh dengan subur.
    Jom terjah post menarik dari suara ..Saya bukan along- saya cuma nak tolong!My Profile

  43. hehehe
    macam mane yang tgh2 semak tuh cantik jek paip bombanye?
    maybe belum digunakan lagi tuh kak..
    yang dah karat tuh rasa bomba dah guna lah tuh
    Jom terjah post menarik dari Nabiel ..AKU DAN FOLLOWERS 13 – MYLIFE AS QISHIEMy Profile

Trackbacks

  1. [...] link ini - Pili Bomba Dari Angkasa innity_pub = "eb86d510361fc23b59f18c1bc9802cc6"; innity_zone = "14744"; innity_width = "*"; [...]

Titipkan Sebaris Kata, Bukti Kehadiranmu:

CommentLuv badge