Berita Senduk

Dah makin tua² ni, saya tidur awal.  Jarang lagi berjaga depan komputer.  Tiada siapa nak ditunggu.  Dah tak kisah kalau kawan² Twitter ajak bergossip atau saham  shareholders di Empire Avenue melonjak setelah menerima berita kenaikan harga gula dipasaran. …hiks!

Lepas update entri gedik kat bawah tu,, masuk tidur diiringi bunyi orkestra katak memanggil hujan.  Meriah orkestra tu, bangun pagi pun masih berbunyi.

Tepat 11:52pm ( check received calls log ) telefon berbunyi.   Biasanya kes special atau kes hangat saja saya dihubungi terus.  Kalau kes biasa², info cuma melalui sms.

” i kat tempat serbuan ni…  banglo….. kotor…jijik…… xpired….  ais krim malaysia…. bla…bla…bla….  dah tidur ke? kalau dah tidur, tak perlu updatelah…esok je “

Off telefon, sambung tidur.  Langsung tak ada ciri² wartawan.:lol:

Walaupun saya ada infomasi tentang kes ini,  tak baiklah bocorkan ‘Berita Senduk” ( scoop news ) orang lain. Tungguuuuuu………………! lagi 9 hari!

eh….eh…. marah ke? Jangan marah………nanti kena jual! Kalau nak main jual beli, join Empire Evenue tu. Boleh beli rumah banglo, kereta spot. Paling koman pun beli ‘gerek’.

Sementara kita tunggu Berita Senduk diluluskan untuk siaran, saya nak berkongsi satu infomasi yang juga sangat berguna kepada seseorang pembangun laman web seperti blogger.

Dalam entri Bila Jumpat BLog Seperti Ini, Saya Nak Buat Apa, seorang blogger ( Perindu – kawan blogger sejak tahun 2006 kalau tak salah. Saya ada ramai kawan² blogger yang ‘senyap’ tetapi muncul bila betul² diperlukan ) telah meninggalkan komen yang patut saya kongsi bersama.

Salam kakjie 🙂

Sekadar berkongsi ilmu disini…

Bagi seseorang pembangun laman web sejujurnya mereka kena mengambil tahu layout sesuatu laman itu bergantung kepada jenis iklan atau cara susunan.

Untuk memudahkan pembangun laman untuk melihat kesesuaian laman web dengan kepelbagaian pelayar ( baca browser ) ( tak semua pengguna menggunakan pelayar yang sama ). Pembangun laman web boleh menggunakan laman web http://browsershots.org/ sebagai rujukan 🙂

selamat membangun laman web yang menarik 🙂

Ada berpuluh² jenis browser di http://browsershots.org yang hampir separuhnya saya tak pernah dengar. Tick pada browser yang berkenaan  untuk check blog kita pada pandangan pengunjung yang menggunakan berbagai jenis browser.

pukul 9 ada kelas, sampai 11 pagi…
kemudian nak pergi Pejabat Pos, renew roadtax.

15 Replies to “Berita Senduk”

  1. selama ni kome tak pernah cek pun blog kome tuh sesuai dengan browser apa.. sebab kome pakai chrome jer.. firefox jrg jrg.. skang nampak gaya kena cek lah..
    Jom terjah post menarik dari naza ..Retak Dek FacebookMy Profile

Comments are closed.