Event Berbayar Atau Tidak, Tentukan Sendiri

gambar tiada kaitan dengan entri- cuma rindu

gambar tiada kaitan dengan entri- cuma rindu

Seminggu dua lepas, kecoh jugalah dunia blogging tentang isu event free event berbayar.  Saya pun tak tau nak cakap apa.  Dalah hidup kita bukannya hanya ada hitam dan putih, ada pelbagai warna yang menyebabkan tiada satu keputusan jelas betul atau salah.  Semua tu saling berkait.

Ada blogger tanya saya panduan atau apa yang sepatutnya kita ambil tahu apabila membabitkan urusan pengiklanan atau event blogger. Saya ni kurang pergi event, bukan sebab bayar atau tidak tetapi kriteria utama saya adalah kesesuaian atau tidak dengan diri sendiri.  Saya tak akan mengukur kemampuan dari ‘kasut orang lain’, saya sering merujuk kepada kesesuaian sendiri.

Blogger berumur macam saya ni, tak semua majlis sesuai untuk saya.  Ada banyak yang saya perlu tapis sebelum terima.

Untuk adik-adik blogger,  ini adalah sedikit panduan yang boleh diambil kira sebelum menerima sesuatu job melalui blogging.

Pastikan menerima email secara rasmi, jangan berurusan ‘cakap mulut’ kerana kalau apa-apa terjadi, awak yang akan terbelit sendiri.

contoh email pengiklanan

Ini contoh email rasmi mengesahkan sesuatu projek.  PR yang bagus akan sediakan semua detail untuk blogger ‘jagaan’nya.  Bukan jenis lepas diri sendiri.

Beberapa perkara penting yang perlu diperhatikan dan diambil berat adalah:

  • Tarikh dan waktu – baca email terbaru sekiranya ada perubahan waktu
  • Keperluan – baca dengan jelas apa yang dikehendaki oleh pelanggan.  Setiap event berbeza kehendak dan format sasaran.
  • Draft entri – ada pelanggan perlu dikirimkan draft sebelum diluluskan untuk disiarkan.  Ada pelanggan tidak memerlukan draft.
  • Bayaran :  Tak semua dibayar.  Lihat secara jelas email tersebut.

Kalau dah setuju dengan penawaran tersebut, barulah buat job tersebut.  Kalau dah setuju buat, jangan merungut.  Kalau tak puas hati, tolak dari awal. Senang hidup dunia akhirat.

Kalau berurusan dengan blogger yang merangkap PR, sila pastikan secara jelas bab bayaran tersebut.  Jangan salah faham kalau beliau menerima bayaran kerana itu atas kapasiti seorang PR bukan sebagai blogger.  Sama ada dia berurusan dengan kita menggunakan term “free” atau “bayar”, kena diputuskan secara jelas.

Ada blogger menjadi PR, dia menerima bayaran tetapi menawarkan job kepada blogger tanpa bayaran.  Itu adalah bentuk perniagaan dia, kita tak boleh komen atau komplain.  Keji tak keji , itu adalah jalan hidup dia. Apa yang kita boleh buat adalah, terima atau tidak.  Kalau tak setuju, jangan terima.  Tak akan ada kes berbangkit.

Ada juga kes yang saya dengar, PR gunakan cara kotor.  Biasanya PR berstatus Blogger.  Dia setuju untuk jadi wakil walau blogger tersebut belum menyatakan persetujuan dan dia sediakan bahan.  Siap bagi dateline lagi suruh up entri di blog. Blogger yang terpaksa terima itu tersepit untuk menjaga reputasi sendiri dengan pihak pengiklan atau job yang menjerat diri sendiri tidak mengikut piawaian dan term sendiri.

Saya kurang ada masalah dengan pengiklan sebab saya jarang terima job.  Saya ada banyak sekatan untuk menerima job yang betul-betul saya nak buat.

Saya ada sekali saja pergi event dengan satu syarikat pengiklan yang top sebab tak bayar blogger…  Selepas tidak dibayar , saya dah turunkan entri tersebut dari blog.  Ini mungkin cara saya mendapatkan pengalaman.

Kepada adik-adik blogger junior, network blogger memang penting tetapi yang lebih utama adalah contents blog itu sendiri.  Jadi kalau setakat nak menempek di majlis orang sedangkan dikira dicampur ditolak tak berbaloi pun, tukar strategi.  Kerja keras untuk memantapkan blog sendiri.  Bila blog dah cukup stabil, ada UV yang stabil , InsyaAllah awak akan senang untuk mendapatkan advertorial.

Baca juga

Jangan lupa, peribadi juga dinilai.  Diri kita yang mudah berususan, yang tak cerewek dan tak mudah berkira akan senang didekali untuk projek seterusnya.

sambar

Kalau betul rezeki… sambar saja!

Saya nak bagi nasihat panjang lebar pun payah , anggap saja ini sebagai ‘manual book’ ringkas.  Keputusan akhir terletak di tangan sendiri.  Sambar saja mana yang berkenan.

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. artikelnya sangat menarik dan saya bisa belajar dari sini untuk lebih detail lagi terimakasih kak jie…
    Jom terjah post menarik dari resep kuliner ..Pepes Gurami PrestoMy Profile

  2. baik, faham kak sifu 🙂
    Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie @ Nis Azmier ..So inilah dia kononnya Tuhan HarunMy Profile

  3. Bestnya kalau dapat tulis sponsor review jugak, especially direct dari company dan bukan PayPerPost. Penat dah buat PayPerPost ni. Terima kasih atas perkongsian Kak Jie. Sangat berguna.
    Jom terjah post menarik dari HipMommy ..Brickfields – Do You Know That This Hotel is Full of BED BUGS?My Profile

  4. banyak yang saya tak tahu rupanya 🙂

  5. nak atau tak nak aje benda nih.

    terima atau tak. Terpulang. Dah terima..jangan banyak bunyi lepas tu.
    Jom terjah post menarik dari encik bakul ..Bukti bayaran terbaru dari kerja JOBDIRUMAHMy Profile

  6. oh ada juga PR Blogger main kotor yer..haish…
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Papa Jom TidurMy Profile

  7. Terima kasih kak..

    Sebagai panduan nanti2 di masa depan 😀
    Jom terjah post menarik dari Myra Jay ..Jom BERBEKAMMy Profile

  8. Setuju dengan kak jie
    Itu semua terpulang pada kita.tak banyak sangat join
    Kadang tanya dulu boleh bawa wife tak.kalau boleh tu yg menarik
    Event free kalau rasa nak pergi pergilah bergantung pada kita tak suka janganmmengungkit.tak bagus tu

    Panazzz betul isu blogger skrg nie boleh masuk Melodi nie
    Jom terjah post menarik dari Faizal pj ..Tip Memberi Makan ‘ Solid Food ‘My Profile

  9. Kena jadi bijak dalam hal ni, bukan nak kejar glamour semata-mata.Memang gah di mata kawan2, sedara mara bila kita post kat laman sosial yg kita ni join event sana-sini, tapi hakikat nya O, tak dapat apa2, yang dapat hanyalah letih, yang paling best bila dapat goodies yang hempeh kita mula mengadu kal wall itu ini, tapi hakikatnya kita yg redo nak pergi.

    Seperti yang Kak Jie kata,tak salah nak join event free, tapi kena bijak la,tak kan 10 event kita pergi semua free kan? kaya benor kamu! hehehe – mohon jangan terasa 🙂
    Jom terjah post menarik dari azman ..Buat Duit Dengan AffiliateTemplate Foto BesarMy Profile

  10. lebih kurang sama la kalau deal ngan advertiser..gitu le contoh emelnya..cuma saya deal,depa bayar dulu dan saya akan tanya berapa maksimum boleh bayar….biasanya duit akan masuk dulu..dan entri akan publish.kekadang tu just copy paste je, dan publish..then copy paste URL..kemudian, kalau ada lagi dia sendiri akan carikan lagi..:D

    masa tu memang best dan takyah pening ikut dateline bagai,sharing social dll…blogger kena pelbagaikan source of income kalau betul-betul kesemua incomenya dari blog sahaja..:D
    Jom terjah post menarik dari reezluv ..Alcatel OneTouch Idol X dan Ninetology Z1My Profile

  11. Pandangan Kak Jie begitu diterima ..
    saya sokong ..
    di mana hala tuju blogger itu ditentukan kita sendiri .
    setakat ni sy tak dapat mana2 invitation lagi ..
    Jom terjah post menarik dari Sayur Paku ..Limitasi Boarding Pass Air AsiaMy Profile

  12. Terima kasih Kak Jie kongsi pengalaman dan pandangan, bagus untuk blogger yang baru nak menapak.
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..Ujian HidupMy Profile

  13. baik kak Kujie… akan diingat pesanan-pesanan ini…
    Jom terjah post menarik dari Akuro San ..Resepi Perniagaan Cupcake Dari RumahMy Profile

  14. dah lama xsinggah. hehe. ada eh kes xberbayar ni? xtau kenapa jadi pelik, dah orang xnak bayar awal2 buat apa terima. haha. papepun, berblog lah dengan berhemah 🙂

  15. hahaha… macam2 sekarang ni.. percaya lah pada rezeki masing2 🙂
    Jom terjah post menarik dari Nizam Ijam ..GSCHorrorFest bersama NuffnangMy Profile

  16. kak jie! :)hhehehe..nasihat yg amat bguna ni 😀
    Jom terjah post menarik dari Farisya Anastasyia ..Mana perginya kualiti syarikat keselamatan?My Profile

  17. 🙂 ♥ kak kujie…
    Jom terjah post menarik dari dayah ..bila bini aku nak tikam akuMy Profile

  18. panduan buat blogger-blogger baru ni…
    Jom terjah post menarik dari blogger lelaki ..Kasihnya Lelaki Kepada Anak PerempuanMy Profile

  19. Bila kita terlalu ikut org jadi macam tulah…saya ikut diri sendiri kak..rasa mana ok dan sesuai saya terima..kalau tak ok saya tak terima, tak kira bayar atau tidak. Jgn bagi org lain buatkan keputusan utk kita..benda ni sendiri boleh fikir dah besar panjangkan huhu
    Jom terjah post menarik dari AkmaOmar ..Kenapa SuperIbu Patut Pilih Saya Untuk Menyertai Contest iPhone 5SMy Profile

  20. entri menarik sebagai panduan untuk semua blogger.
    terima kasih kak Jie 🙂
    Jom terjah post menarik dari ciklaili.com ..Takwim / Kalender Persekolahan Tahun 2014My Profile

  21. setuju dgn kak jie 🙂
    sop pula ikut kelapangan akan join event sama ada free atau berbayar. kalau berbayar usaha lebih skit le utk join.. hehehe
    skrg mungkin ada yg mula ambil kesempatan ke atas blogger kot?
    Jom terjah post menarik dari Sop ..Cabaran photoshoot macro dengan DSLRMy Profile

  22. Apabila diberikan kepercayaan perlulah menghasilkan artikel yang diminta dengan baik. Kalau tidak sukar untuk menerima kepercayaan di masa hadapan.

    Tidak semua event yang berbayar jadi tepuk dada tanya selera. Kalau hendak dibayar perlu ukur baju sendiri dan berdiri dibumi yang nyata. Jangan terbuai keseronokkan diri sendiri.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Template FotoBESAR untuk WordPressMy Profile

  23. pokok pangkal diri sendiri kujie kan…SA xde pengalaman lagi..nak jugak merasa…bukan pentingkan bayaran (walau penting) tp untuk yang baru start mencuba kena la faham dulu kan..mula2 susah..mana tau esok2 senang pulak kan…
    Jom terjah post menarik dari suriaamanda ..Angin Kencang Laut BergeloraMy Profile

  24. Ternyata kita berbeza Kak. Ukuran saya pula bukannya atas wang ringgit tetapi atas ramai atau tidak awek cun berambut karat yang join.. hehehe #JokingOnly
    Jom terjah post menarik dari Abang Ensem Berketak ..RPGT Naik Menguntungkan Pelabur ‘Seasonal’My Profile

  25. kalau blogger dah minat nak gi event walaupun tak berbayar tak ada jadi isu ni kan. Pokok pangkal diri sendiri.
    Jom terjah post menarik dari kak ina kl ..Semua Anak Mak Sayang Tapi……….My Profile

  26. memang betol apa yang kak jie bagitau walaupun berbeza dengan pengalaman orang lain… hot jugak pasal benda ni dan saya belom pernah join mana2 event, teringin jugak nak timba pengalaman…
    Jom terjah post menarik dari Farzli ..Pengucapan awam mampu beri kesedaran !My Profile

  27. tepuk dada, tanya selera..Suka analogi akak, ukur kasut pada kaki sendiri…
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Patah Tumbuh Hilang Tak BergantiMy Profile

  28. pengalaman yang sangat berharga, belajar berdasarkan pengalaman buka ikut hati…..sharing is caring…!
    Jom terjah post menarik dari sukma ..Kek Pandan GebuMy Profile

  29. suka dengan entri tersebut. saya pun baru tahu berkenaan dengan masalah baru-baru ni. Apapun selepas nie, pergi event yang dirasakan sesuai. Berani pergi berani tanggung..
    Jom terjah post menarik dari Bahrain ..Barbie Sudah Bertudung?My Profile

  30. Terima kasih kak jie di atas nasihat. Memang tak pernah lagi buat advertorial.
    Jom terjah post menarik dari Zali ..Majlis Konvokesyen AngahMy Profile

  31. I approve this 🙂
    Jom terjah post menarik dari Affan ..Busuk.org Memperkenalkan Sistem Baru – AutopingMy Profile

  32. Meletup juga kes ni, pandangan beberapa blogger yang otai mgenai benda ni.. saya memang kurang menyertai event atas kekakangan masa, kerja memang kurang cuti, ada cuti pun sekadar balik kampung..

    berkenaan event berbayar atau tidak, kita buat 200%.. buat sehabis baik.. Ikhlaskan diri, jika ada masalah terus terang dan kalau ada payment tunggu la dulu.. Kerja memang dah habis buat, takkan terus payment dapat.. Itu shja.. Penjelasan dah di buat, bagai menutup longkang sendiri yang telah terbuka luas di mata blogger.. Jerat yang di pasang memakan diri..
    Jom terjah post menarik dari Irwan Alessa ..Kisah Harga Gula NaikMy Profile

  33. Terima kasih kak jie. Saya amik utk pedoman saya. Mana yang rasa ok, hati rasa ok, saya layan jer =)

    thanks kak jie!
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Akhir Piala Malaysia! This is Pantai Timur!My Profile

  34. salam Kak Jie, nice entri ni..

    tapi saya tak faham part ni lah:

    Ada juga kes yang saya dengar, PR gunakan cara kotor. Biasanya PR berstatus Blogger. Dia setuju untuk jadi wakil walau blogger tersebut belum menyatakan persetujuan dan dia sediakan bahan. Siap bagi dateline lagi suruh up entri di blog. Blogger yang terpaksa terima itu tersepit untuk menjaga reputasi sendiri dengan pihak pengiklan atau job yang menjerat diri sendiri tidak mengikut piawaian dan term sendiri.

    boleh tak kak jie tlg explain lagi? dah baca banyak kali still tak dapat faham apa yang kak Jie cuba sampaikan 🙂

    Sorry kalau menyusahkan.. hehe
    Jom terjah post menarik dari Azri Johan ..Manchester United Power Nak MampusMy Profile

  35. Bab payment..macam kak jie cakap..terpulang pada individu..macam saya, kalau event tu free tapi menarik untuk pergi, tetap saya akan pergi..cuma kalau dah pergi dan rasa tak best, takdelah saya nak mengungkit pun..hehe..
    Jom terjah post menarik dari hafizrahim ..Resipi Cheesy Wedges BujangMy Profile

  36. Betul tu kak. Pastikan ada black n white. Mudah nak rujuk di kemudian hari. Pastikan maklumat tu jelas. Ni blogger pantang dengar event jer, terus eksited nak join..
    Jom terjah post menarik dari amirnawawi ..Woi Blogger, Jangan Lupa Tulis Kat Blog Ya.My Profile

  37. panduan yang bagus kak.. walau pun dah lama menulis..saya tak ada skill mengiklan diri ni.. menulis pun bertatih lagi.. thanks kak..
    Jom terjah post menarik dari kesoma.rai ..Cara buat perbandingan penapis airMy Profile

  38. Maklumat yang sangat berguna, kita adalah blogger bukan pekerja. Kita adalah pengurus dan boss kepada diri sendiri. Orang lain adalah client kita. Betul ke erk?
    Jom terjah post menarik dari saljuhumairah ..2 Tip Berdoa Untuk DiamalkanMy Profile

  39. “baca email terbaru sekiranya ada perubahan waktu”,
    tuler lain kali baca dulu kan tak pasal2 datang awal tunggu lama…haha.

    “Ada juga kes yang saya dengar, PR gunakan cara kotor. Biasanya PR berstatus Blogger. Dia setuju untuk jadi wakil walau blogger tersebut belum menyatakan persetujuan dan dia sediakan bahan. Siap bagi dateline lagi suruh up entri di blog. Blogger yang terpaksa terima itu tersepit untuk menjaga reputasi sendiri dengan pihak pengiklan atau job yang menjerat diri sendiri tidak mengikut piawaian dan term sendiri.”
    yang ini sangat tak setuju sebab tanpa persetujuan anda menjual nama blogger yang disukai oleh client sedangkan blogger tidak setuju dan tidak tahu apa2, akhirnya bayaran entah ke mana entri pula dipaksa publish..
    Jom terjah post menarik dari ejam ..Kad Jemputan Dari Kak Ina KLMy Profile

    • Hahaha…nama pun entri pengalaman sendiri. Bab tak baca email lengkap tu dah terkena. Dpt email tak baca attachments. .. hahaha…dok tunggu sampai sakit perut. Nasib baik time ubah lewat sejam je bkn patlima jam

  40. Pengalaman itu nasihat berguna. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Eridy ..5 langkah menjaga keselamatan blog wordpressMy Profile

  41. ada bernas juga pandangan kak jie ni..
    xpernah dapat mana2 invitation..
    so, xtau sangat tentang ni..
    ehehehhee
    Jom terjah post menarik dari mie ..Gambar Hari Pertama Percutian Di Bali IndonesiaMy Profile

  42. setuju dengan k jie.. pandangan peribadi yang tidak menyebelahi mana2 pihak..
    Jom terjah post menarik dari sohoque ..Seri Pajam Property Launch – Nada AlamMy Profile

Trackbacks

  1. […] saya bersetuju dengan rakan blogger “Event Berbayar atau tidak, Tentukan Sendiri ” . Tepuk dada, tanya selera. Kalau itu keputusan yang diambil, jangan pula nanti cepat […]