Keyword Evergreen Sepanjang Masa

Walaubagaimanapun, kadang-kadang terdapat juga keyword yang lebih evergreen, maknanya sentiasa dicari orang ramai. Keyword sebegini selalunya menyumbang kepada trafik untuk jangka masa panjang. Selalunya yang guna keyword evergreen ni yang saya perasan kakjie lah.

Orang Kanada yang cakap tu… bukan Kak Jie.

Biasanya semua pakar SEO bagi tutorial ajar guna keyword panas di pasaran, contoh melayu dot dot….. atau carian isu semasa artis.

Saya tak pernah menulis mengenai tips dapatkan trafik, mantapkan SEO sebab saya tidak terlalu ghairah untuk semua itu.  Masih juga bermain dengan teknik SEO tetapi bukan terlalu ketara.

Sebulan sekali!

Kebanyakkan keyword blog ini adalah  evergreen –  bukan carian semasa.  Keyword tu ada setiap hari walau pun entri tahun 2007.  Biasanya keyword yang dekat dengan kehidupan kita sendiri dan  yang kita lalui seharian.  Contoh hal² rumahtangga seperti periuk belanga, bas, kereta, anak² dan sekolah.

Sesekali, bila ada isu berbangkit , dapat durian runtuh .  Contohnya semalam.

Blog saya bukan blog hangat dan popular , biasanya graf trafik  turun naik dalam julat yang kecil.    Terkejut pagi tadi tengok graf mendaki macam tu – apa yang orang cari?  Apa berita hot pukul 8 malam tadi?

Semalam saya tak update entri hangat dan seksi .  Itu carian untuk entri lama.

Edit – Hari pun sama, pukul 8 malam berlaku secara mendadak.  Blog saya ada iklan kat Buletin Utama ke?

Pelik sungguh…..

Moral of the story – janganlah takut untuk jadi ‘suam-suam kuku’ jauh dari kerlipan kemasyuran blogger² selebriti lain kerana usaha kita yang kecil², kalau terkumpul tetap datangkan hasil yang setimpal.

  • p/s… bila disebut evergreen, terasa macam Sharifah Aini le pula :lol:
  • p/s… header blog macam budak tadika pun, visitor blog lebih ramai lelaki.  Cuba tengok Tetamu Terkini kat sidebar tu –  lebih banyak avatar jantan! :lol:

©kujie – theme blog ni tak sempat nak usik, hari ni nak AU2 temankan adik intervie kat Pernec.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. trimas kakjie….nice sharing…..masih baru…masih perlukan tunjuk ajar….

  2. Dari postingan Kak Jie nie saya punya tambahan ilmu.
    Terima kasih..
    Jom terjah post menarik dari Rina As ..Cara Meningkatkan Trafik BlogMy Profile

  3. Orang tak tengok header kot…..hehehe 🙂

    Penulisan BEST!
    Jom terjah post menarik dari Harfiz@Bizstudent ..Tingkatkan Trafik Blog Melalui Twitter dan FacebookMy Profile

  4. Nice info. thanks
    Jom terjah post menarik dari SKyper ..[Adsense Tips] Make Your Ads Units More Visible To VisitorsMy Profile

  5. TQ kak jie..nak kena study ni..
    Jom terjah post menarik dari Adzriel AB ..Pleaselah! Jangan le lembap sangat!My Profile

  6. entah kenapa blog saya pun guna keyword evergereen juga..walaupun tak update 3 bulan,tapi duit nuffnang tetap jalan hahahaha..masyuk-masyuk
    Jom terjah post menarik dari ishak ..Profile dan gambar alyssa soebandono pelakon sinetron kejora dan bintangMy Profile

  7. popular la… tapi popular cara lain…
    walaupun ceruk dapur, seluruh pelusuk malaysia orang kenal… :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari shay ..Muhammad Zaim UkailMy Profile