Keyword Evergreen Sepanjang Masa
Blog Tutorial

Keyword Evergreen Sepanjang Masa

Walaubagaimanapun, kadang-kadang terdapat juga keyword yang lebih evergreen, maknanya sentiasa dicari orang ramai. Keyword sebegini selalunya menyumbang kepada trafik untuk jangka masa panjang. Selalunya yang guna keyword evergreen ni yang saya perasan kakjie lah.

Orang Kanada yang cakap tu… bukan Kak Jie.

Biasanya semua pakar SEO bagi tutorial ajar guna keyword panas di pasaran, contoh melayu dot dot….. atau carian isu semasa artis.

Saya tak pernah menulis mengenai tips dapatkan trafik, mantapkan SEO sebab saya tidak terlalu ghairah untuk semua itu.  Masih juga bermain dengan teknik SEO tetapi bukan terlalu ketara.

Sebulan sekali!

Kebanyakkan keyword blog ini adalah  evergreen –  bukan carian semasa.  Keyword tu ada setiap hari walau pun entri tahun 2007.  Biasanya keyword yang dekat dengan kehidupan kita sendiri dan  yang kita lalui seharian.  Contoh hal² rumahtangga seperti periuk belanga, bas, kereta, anak² dan sekolah.

Sesekali, bila ada isu berbangkit , dapat durian runtuh .  Contohnya semalam.

Blog saya bukan blog hangat dan popular , biasanya graf trafik  turun naik dalam julat yang kecil.    Terkejut pagi tadi tengok graf mendaki macam tu – apa yang orang cari?  Apa berita hot pukul 8 malam tadi?

Semalam saya tak update entri hangat dan seksi .  Itu carian untuk entri lama.

Edit – Hari pun sama, pukul 8 malam berlaku secara mendadak.  Blog saya ada iklan kat Buletin Utama ke?

Pelik sungguh…..

Moral of the story – janganlah takut untuk jadi ‘suam-suam kuku’ jauh dari kerlipan kemasyuran blogger² selebriti lain kerana usaha kita yang kecil², kalau terkumpul tetap datangkan hasil yang setimpal.

  • p/s… bila disebut evergreen, terasa macam Sharifah Aini le pula :lol:
  • p/s… header blog macam budak tadika pun, visitor blog lebih ramai lelaki.  Cuba tengok Tetamu Terkini kat sidebar tu –  lebih banyak avatar jantan! :lol:

©kujie – theme blog ni tak sempat nak usik, hari ni nak AU2 temankan adik intervie kat Pernec.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

57 thoughts on “Keyword Evergreen Sepanjang Masa

  1. seo ni, kena train dari awal. Kalau jadi, memang sampai 2201 tahun nanti masih kekal trafik ke blog kita tu. Sebab tu, keyword yang kita guna tu, kena pandai pilih. Kene cara, trafik masuk walaupun kita mintak jangan, jangan..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Komisen ke 11 dari Paid-to-PromotenetMy Profile

  2. Saya rasa pengunaan keyword akan kekal selamanya kerana Google pun membina Algorithm berlandaskan keyword density juga cuma hasil carian mempunyai ketepatan keyword yang dicari oleh pengguna. Sebab itu jangan tertipu kalau taip perkataan yang dicari keluar gambar lain 🙂

  3. hehe. bila nampak kat twitter link ni, saya tersenyum. cam pernah dengar je perkataan tu. last2 betul sangkaan saya. hehe. terima kasih kerana mention kat atas tu.

    ps: seo doctor dah try, cuma tak reti nak tambah tag h1 kat theme, sebab tu masih belum 100% score. pasni ada masa nak try seo digger, nak gali dalam2 keyword panas sesuatu blog. hihi

    ps: betul kata kakjie, saya pun rasa kalau nak amalkan seo untuk setiap entry macam boleh hilangkan “naturality” sesuatu entry tu ditulis, asyik nak pikir keyword je hehe 😆
    Jom terjah post menarik dari Affan ..Oh Tidak! Laman Oh Artis digodam!My Profile

  4. Dalam entri ni ada satu link Kak Jie bagi – Tips SEO – Cara Menggunakan SeoDigger

    baca dan guna tool tu untuk check keyword blog kawan2 kita…

  5. ada yang kak jie baca, tapi tak faham untuk nak terangkan pada kawan2 lain…sebab tu selalu suruh dia org banyak membaca

    bukan cikgu yg baik 😆

  6. Ramai pembaca perempuan, Kak Jie tau
    kawan² lama…tapi macam Kak Jie juga…sebab dah lama bertahun2 – dah tak tau nak komen apa..baca saja

    Ini biasa…sebab tu kita tak boleh nak berprasangka apa2 kalau kawan2 kita makin lama makin menyepi..dia ada cuma dia lebih diam dan membaca saja

    sbb kak jie pun mcm tu… :mrgreen:

  7. Masih kena edit lagi ni..ada perkataan yg perlu ditukar dalam BM dan tukar colour font ke…tgh fikirkan

    hehehe…adik beradik bergaduh 😆

  8. tak cakap awai2 nak datang komen
    kalau tidak, nak bentang karpet merah

    kak jie yg patut rasa bangga…cikgu boleh singgah sini 😆

  9. semalam study tentang bounce rate dan dicadangkan supaya kita buat analisa keywords dan baik main dengan keywords yg sering bagi bounce rate rendah untuk dapat bounce rate keseluruhan blog lebih bagus. Analisa boleh dibuat secara detail guna google analytics.
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..iPad 2 untuk teman setiaMy Profile

  10. kak jie..saya x nak cakap pasal keyword …
    tapi nak puji lar penampilan terbaru kak jie punya blog..
    nampak segar, ceria, fresh, padat dan sendat berbanding dulu…
    saya siap tgk balik,betul ke nie URL kak jie.. 🙂

Comments are closed.