Blog Tutorial

Jangan siakan backlink CommentLuv anda

Terimakasih kepada Kak Jie kerana memberi ruang untuk saya berkongsi sedikit info di sini.

CommentLuv ialah satu plugin yang memberi dofollow backlink secara otomatik kepada  blog pembaca, sebagai ganjaran kerana meninggalkan komen. Tak hairanlah jika blog-blog yang dilengkapi dengan CommentLuv mendapat bilangan komen yang banyak.

Dengan CommentLuv , tuan punya blog dapat banyak trafik sebab ramai yang datang baca dan tinggalkan komen. Pembaca (yang tinggalkan komen) pula dapat referral trafik dan link juice ke blog mereka. –win-win situation…bagus.

Tapi tunggu dulu, kepada pengkomen CommentLuv yang menggunakan servis Feedburner, saya ada satu berita buruk:

Link juice yang anda diidam-idamkan tu, mungkin tak sampai pun ke blog anda!

Eh biar betul, kenapa pulak? Sebab backlink ke blog anda dah kena hijack!

Mari kita tengok samada backlink anda kena hijack atau tidak. Dan kalau kena hijack, siapa yang punya angkara.

Memeriksa backlink CommentLuv

Ikut langkah di bawah:

  1. Buat satu komen untuk post ini. Anda boleh juga check komen CommentLuv terdahulu, tapi kalau nak senang buat saja komen baru.
  2. Selepas komen tersebut dipublish, hoverkan mouse pointer ke atas link post anda.
  3. Perhatikan URL yang dipapar pada footer browser, jikalau ia adalah permalink post anda, anda selamat.
  4. Tapi sekiranya URL tersebut bermula dengan “http://feedproxy.google.com/”, anda sudah tergolong di kalangan pengkomen-pengkomen yang rugi (macam khutbah pulak). Sebab backlink (dengan jus-jus sekali) sudah dihijack oleh Feedproxy.

Macamana nak dapat balik backlink

Senang saja, setkan Feedburner supaya menggunakan permalink post, bukan redirect melalui Feedproxy. Caranya begini:

  1. Log in ke akaun Feedburner anda dan klik pada tajuk feed anda.
  2. Anda akan dibawa kepada tab “Analyze”. Klik pada link “Configure Stats” di sebelah kiri, di bawah “ Services”.
  3. Kemudian untick pada kotak “Item Link Clicks” dan klik butang Save.

Tapi ingat, perubahan tak akan berlaku serta merta. Feedburner akan ambil masa beberapa jam sebelum membuat perubahan. Selepas itu datanglah balik ke sini  untuk komen dan periksa URL anda sekali lagi. URL kali ini (dan semua yang seterusnya) sepatutnya akan bertukar kepada permalink.

Bila dah bertukar kepada permalink, barulah ada link juice mengalir dari post ini ke post anda. Macam ni baru berbaloi tinggalkan komen di blog CommentLuv kan?

Entri ini dihasilkan oleh Blogger Sentral

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

166 thoughts on “Jangan siakan backlink CommentLuv anda

  1. NOTA: Tabik hormat pada kak kujie, lancar je nak turun naik di blog. Saya sukalah di sini. Tapi kalau pergi di blog DH, aduhai, slow bangat/kata ore Indo. Nak komen di commentluv, selalu je menunggu utk dptkan permalink kita, lama tunggu keluar error pulak. Nak pengesahan komen kita pun menunggu jugak.
    Jom terjah post menarik dari sensasi2020 ..iphone 5 Gadget ImpianMy Profile

  2. Hai kak kujie…
    Kenapa di sini ada link entri saya, tapi di blog DH, selalu error je, mcm prob dkt feedburner dan commentluv je, puas setting kat sana, sampai naik muak., masih sama. Ada ke cara nak setting di feedburner yg betul step by step. Guna nama sebenar yg di daftar di gmail atau nama domain blog bila nak daftar di feedburner tu. Kalau di feedburner selalu error dgn feedmedic for ???????.
    Jom terjah post menarik dari sensasi2020 ..iphone 5 Gadget ImpianMy Profile

Comments are closed.