Mintalah Kalau Nak, Saya Boleh Bagi

jalan gua musang kuala berang

Petang tadi sewaktu semua penduduk Johor meraikan acara tahunan mengukur Indeks Pencemaran Udara (PSI) , saya mendapat mention di Twitter mengenai kes ini.  ( undang-undang Twitter kena baca dari bawah )
Twitter

Terima kasih Arin yang hantar screenshot ini… perasan juga dia gambar yang keluar kat TV3 tu.

tujuan watermark

Nampak watermark tu? Kalau nak tengok gambar jelas  dari entri yang di gunakan oleh TV3 tersebut , klik sini – Projek Empangan Hidroelektik Hulu Terengganu ( Puah Dam ).  Gambar bukan cantik sangat pun, dari telefon bukan DSLR

watermarkblog
Betullah kata Syafiq, maca tulisan Hollywood tuuu.. Gedabak keluar kat skrin TV

Watermark saya dalam image file photoshop, boleh diselaraskan sais atau kejelasan , nak kabur nak terang bukan bentuk text yang mudah dipadam.

Cerita disebalik gambar berwatermark ini.

Sewaktu gambar ini di upload di blog, saya masih  gunakan watermark  text biasa dari photoscape. Bila saya dah ada watermark yang dibuat khas oleh Encik Ai, saya upload semula gambar tersebut dan letakkan watermark ditengah-tengah image secara pudar memandangkan gambar-gambar di Empangan Hidroelektri Hulu Terengganu ini agak ekslusif.

Bukan mudah untuk dapatkan gambar dari dalam tapak pembinaan tersebut. Bukan semua orang boleh keluar masuk sesuka hati ke dalam kawasan projek mega ini.

Empangan Puah

Gambar ini dari laluan ke Empangan Sungai Tembak – nun jauh di sana projek Empangan Sungai Puah dan Tasik Kenyir,

Kepada pengunjung lain, kalau hendakkkan  gambar dari blog ini, gunalah contact form, minta.    Saya boleh bagi .  Saya ada banyak gambar Tasik Kenyir dan sekitar pembinaan empangan.

kujie2.com di sinar harian

Contoh wartawan Sinar Harian pun tahu nak hubungi blogger untuk meminta entri blog sebagai bahan mereka.  Kisah dulu di sini – Duit syiling baru tak laku

jalan gua musang kuala berang

Laluan Gua Musang ke Kuala Berang melalui Felda Aring.

Nota :  saya suka hijau suka pokok, jadi kebarangkalian untuk tengok gambar aksi duckface , gyiyomi agak tipis di sini…sesekali adalah

97 Replies to “Mintalah Kalau Nak, Saya Boleh Bagi”

  1. betul la, tak patut. dah letak waterwark macam tu pun kena ‘ambil tanpa izin’ jugak. saya pun pernah alami perkara sama, gambar dicuri oleh satu page di facebook. letak watermark kat bucu. tapi kena crop pulak! aduh…

  2. cantik betul gambar kak kujie amik.. saya org ganu pun tak pernah nak lalu kawasan tuh..
    terbaik..
    tuh la..depa ni main redah jeee…kalau mintak cara elok, pasti bagi punya..
    lagi lah nak masuk tv..

    1. tak bagi kredit pun dah ada kat gambar tu… semua orang boleh nampak, cuma tuan blog je tak tau

      kalau dia minta, tak ada masalah pun…. mgkn mereka beranggapan tak akan ada orang yang perasan benda ni, tak ada blogger yang kenal tagline tu
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Gajah Menetek Di Tasik KenyirMy Profile

  3. Kerja nak mudah saja. Ambil gambar dari blog-blog. Letak kat tv. Sekurang-kurangnya mintalah izin bertulis dari tuan punya blog. Watermark pun dah terang ada kat situ.

    1. belajar dari pengalaman… guna watermark yang smart, tak boleh buang dan kedudukan tu kena cover gambar.
      tak semua gambar letak watermark untuk secure, ada yg sekadar letak..bergantung kepada jenis gambar tu..nilai ekslusif

    1. benda ni dah kerap berlaku sebenarnya… bukan kedekut tak mau bagi
      tapi kat blog memang ada ruang utk dihubungi, bagi tau je
      sekurang2 kita pun boleh war warkan dgn rakan2 blogger
      rating rancangan dia pun naik.. kan elok mcm tu
      berhubung…kita pun up entri..tak sapa pun rugi
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Mintalah Kalau Nak, Saya Boleh BagiMy Profile

    1. waalaikumsalam
      sekarang ni tak perlu keluar buat keje, dok depan komputer je… 🙂
      kebanyakkan blog ada ruang utk dihubungi, tak salah pun minta izin
      keadaan jadi lebih mesra… kita pun boleh hebahkan program dia
      dia dapat rating
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Mintalah Kalau Nak, Saya Boleh BagiMy Profile

    1. blogger pun ada mcm2 kategori… ada yg entri dia tak original
      tapi kita jgnlah jadi mcm tu, kan…. kita berdiri dgn identiti sendiri
      kalau dia email cakap nak gambar, kak jie boleh bagi bagi…ada banyak gambar kt sana…
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Mintalah Kalau Nak, Saya Boleh BagiMy Profile

    1. kalau dia contact direct, kita bagi cerita kat dia
      itukan cerita 1st hand.. bkan cerita 2nd hand mcm ni
      lagi parah Kay, kak jie penah dpt email dari penerbit rancangan dokumentari tentang subjek muzium.. dia nak maklumat….

      rasa mcm LOL…kan lebih mudah kalau dia pergi muzium tu, dapatkan bahan 1st hand sebab dia keluarkan program utk perniagaan.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Mintalah Kalau Nak, Saya Boleh BagiMy Profile

      1. LOL and LOL lagi…
        macam tu pun ada…mmg betul2 nak kerja mudah…nak turun buat kerja lapangan pun malas? adeh!

        baik hired blogger2 ni utk buat kerja lapangan…kan senang…hohohoho
        Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Nak Menang Kereta Tak?My Profile

  4. Pernah juga gambar anak-anak saya menunggu giliran berkhatan dijadikan promo video Semanis Kurma. Macam tidak percaya sahaja gambar tersebut disiarkan. 🙂

  5. Macam penulisan kak jie memang dari pengalaman dan gambar pun sendiri shot. Nilainya sangat tinggi. Hak cipta terpelihara. Kalau di siar di media utama, sewajarnya mendapat kredit dan bayaran.

    Artikel saya pula xlah original sgt tp perlukan rujukan dari byk sumber dan saya olah mengikut gaya sendiri, malah gambar pun byk diambil dari FB jer… Itu pun mendapat panggilan utk menjadi panel forum dan menjadi rujukan. Memang teruja bila ada yg ingin berkongsi pengetahuan…
    Jom terjah post menarik dari Bin Muhammad ..Ikan – Hidupan Bernilai di Dalam AirMy Profile

    1. tapi blog ni merapu meraban juga… tak boleh nak serius 100%
      kadang2 sengaja biar santai supaya apa yg nak disampaikan tu boleh diterima
      lagi satu… tak berana nak suka menulis secara detail… selalunya ada maksud dan suka biarkan pembaca ‘mencari’ makna yang hendak disampaikan
      tapi…………… skrg ni tak ramai orang boleh ‘membaca’ antara ‘garisan’
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Gajah Menetek Di Tasik KenyirMy Profile

    1. Waalaikumsalam

      kalau dia email minta gambar, kak jie ada banyak …tak ada masalah pun.
      tanpa watermark pun tak pa… tapi masalahnya tetiba je keluar kat skrin TV

      bukan glamer lah tujuan berblog… benda2 ni cuma sampingan
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Gajah Menetek Di Tasik KenyirMy Profile

  6. saya pun pernah kena, gamba kat blog yg ada watermark terang2 muncul kat brochure syarikat travel agency.. dah email kat staff syarikat tu, tapi dia buat bodo jep.. padahal saya kenal pun owner tu, malas nk panjang kan cite… kata kawan sy yg seorang lawyer, kalau syarikat tu syarikat besar, sedap jugak nak saman… tp.. biarlah
    Jom terjah post menarik dari cikcloudy ..Konsert Yuna di Istana Budaya 6 – 8 September 2013My Profile

    1. hah… kak jie jarang dirujuk sebagai blogger tetapi kerap menerima permintaan banyak pihak untuk menggunakan entri blog.

      ada pelajar nak buat rujukan projek akhir
      ada wartawan nak info
      ada penerbit dokumentari yang nak gunakan entri tentang muzium di blog ini
      ada pemilik syarikat yang hantar email terima kasih kerana pernah membuat liputan mengenai produk terkini mereka

      kurang mendedahkan diri utk tujuan ‘fofular’ tetapi gembira kerana kandungan blog selalu menjadi rujukan beberapa topik berguna .
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Mintalah Kalau Nak, Saya Boleh BagiMy Profile

Comments are closed.