Tips Mudah Blogger : Komen Salleh Groger Samsa

Tiba-tiba hari ini saya ternampak keyword Salleh Groger Samsa yang agak ketara.  Agak pelik kerana saya tidak pernah buat satu pun entri mengenai beliau atau komen satu ayat pun di Facebook atau di Twitter.  Saya sekadar ambil tahu apa isu hangat dan terkini.

Saya juga tak ada tag mengenai ‘Salleh Groger Samsa’ di blog ini.  Kemudian saya lihat keyword tersebut di bawa oleh Encik Google ke entri Hari Bertemu Pelanggan Vol 9. Tetapi di dalam entri tersebut saya tidak menulis  walau sehuruf pun mengenai keyword ini.

Jadi – dimanakah rahsianya ?

Sebelum ini saya faham dan tahu, teknik ini mempunyai rahsia SEO tetapi tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk disahkan.


Rahsianya adalah pada backlink  commenluv yang telah diindek oleh Google. Nampak tak kesan baik meninggalkan komen pada sesuatu blog? Pengunjung yang mencari Salleh Groger Samsa  keberangkalian besar akan klik link tersebut.  Itulah kebaikan yang pengomen dapat. Mungkin fakta ini perlu disahkan oleh Encik Rohaizad.

Kalau tuan blog yang sibuk tak buat kunjungan balas, janganlah terus cop dia sombong….  awak komen kat blog dia pun ada benefit yang awak dapat tanpa disedari.  Kalau bukan dia yang datang berkunjung, kemungkinan  awak dapat tempias trafik dari blog dia sangatlah tinggi.

Tetapi jangan cari fasal dengan tinggalkan komen sehingga komen tersebut masuk dalam server Akismet sebagai spam. Awak rugi berganda kerana selamanya komen² awak yang lain dilabelkan spam walaupun di blog wordpress yang lain.

Ada satu lagi rahsia yang agak berseni dalam ilmu meninggalkan komen dan membaca komen.  Caranya dengan membaca komen pengunjung lain. Terus terang saya akan membaca komen orang lain di satu² entri jika entri tersebut berbentuk tutorial kerana biasanya pengunjung yang hampir sama ‘niche’ akan sesama sendiri menurunkan ilmu menyokong entri tersebut.

Saudara Mijie ada menulis mengenai kepentingan membaca ruangan komen di dalam artikel blog. Ini adalah tips-tips mudah blogger yang  “kita selalu lihat, tapi kita tidak lihat betul-betul”

Blogger yang ingin maju , ingin trafik ingin meningkatkan ranking  dan sebagainya perlu banyak membaca dan rajin selongkar entri² blogger lain yang berkaitan. Bak kata Blogger yang terdesak nak kurus tu, blog itu cuma platform sahaja. Yang menghidupkan atau yang mematikan itu ialah kita sendiri, TUAN PUNYA blog jadi monetizekan diri sendiri bukan blog.   Teknik pasang MATA KAIL pun kena betul, baru dapat memancing piranha.

p/s – Saya masih boleh membaca blog Salleh Groger Samsa walaupun blog tersebut telah dikunci…. beberapa google’s cache boleh di akses.  Ada orang tanya macam mana caranya?   Saya tak nak share, rasa bersalah pula nak memanjangkan kes yang begini.  Saya baca untuk diri sendiri supaya dijadikan modal untuk berleter anak²…pok pek ..jgn jadi mcm tu… bla..bla… kan mama selalu tegur…bla..bla..bla…jgn tulis mcm² kat FB…bla..bla..bla…

Teknik berleter walaupun tidak berkesan 100% tetapi ada juga nampak kesan baiknya. Saya nampak wall FB Along lebih suci..:lol:

p.s – kalau mak² korang baca FB korang, agak² apa dia komen?   Tanya Along… sebab dia tahu saya baca wall FB dia. :lol:

Tulis tentang tips blogging tetapi masih dengan style berleter macam makcik² – hujung² kelaut entrinya!

©kujie – zaman sekarang mak² kena intai dan ambil tahu aktiviti online anak².

Apesal Tak Klik?

Comments

  1. hafizarshad says

    kak jie dah tak yah nak blogwalking dah..klu nak pun..just buat moonwalk je….heheh….=) betul kata kak jie tu..bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian…=)

  2. says

    Kak Jie perlu terangkan macam ni sebab, sekarang dah tak sempat nak blogwalking nak balas kunjungan blogger lain

    harap2 mereka faham…

  3. says

    tapi Kak Jie je skrg ni dah kurang aktiviti tersebut

    tak sempat……..nak reply komen sendiri, nak membaca

    blogger perlu membaca….ok :lol:

    lagi pun kak jie rasa kak jie lebih kepada pembaca blog dari penulis blog

  4. says

    Kak Jie tak merungut Joe… hehehe… berblog , melawat blog org lain, menulis komen dsbnya adalah pilihan diri sendiri jadi tak perlu kita nak susah hati kalau tiada feedback sepatutnya dari pihak lain… itukan pilihan kita :lol:

    page tu dan commenluv utk wp..erk…. :razz:

  5. says

    Kak Jie ni mana sempat nak sering2 blogwalking
    dulu mungkin… tapi itulah putaran
    bersusah² dahulu
    sekarang ni…. ada banyak aktiviti offline yang lebih utama
    blogging adalah salah satu cara berhubung dgn kawan2

  6. says

    selalu ada..tapi entri ni dikeluarkan lanjutan dari entri sebelum ni..bab komen mengomen juga

    saja screenshot nak buktikan biar org jelas :lol:

  7. says

    commenluv ni baik juga utk tuan blog mcm kak jie yg tak cukup masa dan ruang nak balas kunjungan blogger lain

    dia org dpt backlink..itu je kot yg boleh disumbangkan

  8. says

    Kak Jie tak add Along… tak nak lah sampai kawan2 dia pula lari… remaja , kan…

    tahu apa aktiviti dia…apa yg tak kena tegur di rumah, depan2

  9. says

    blogspot ada intensedebate

    terimakasih link tu..dah baca, ada beberapa blog yang menulis mengenainya…spt selalu Kak Jie baca sekadar peringatan utk diri sendiri…dan tak suka dgn cara beberapa org menegur dia – memaki segala bagai.

    Perkara yang benar tidak akan berdiri dengan sikap manusia yang mempertahankannya dengan cara yang tidak betul.

  10. mrs jamal says

    part yang last tu sy suka..kene tinjau aktiviti anak2..

    pss: teringin nak join iklan produk kt blog kak jie..layak ker? camana caranya?
    Jom terjah post menarik dari mrs jamal ..Gangguan SeksualMy Profile

  11. MasaDahTime says

    itulah di antara sebab saya letak commentluv di blog saya. rugi siapa yang tak letak commentluv kecuali blogger yang memang super duper terkenal macam pelakon, penyanyi, ahli politik, jutawan dan lain-lain… :smile:
    Jom terjah post menarik dari MasaDahTime ..Raja Azmi kena tangkap!My Profile

  12. hafizarshad says

    apis pun tak paham kenapa kita perlukan sangat pembalasan comment daripada tuan punya tanah. Bukankah memberi lebih baik dari menerima…pape pun…apis hepi mengomen kat sini…=)

  13. arin says

    cousin saya , baya2 teenagers ni la. dia add mama dia. tapi dia secured kan .dia customized sape leh tengok sekian dan sekian ( wall, photos etc ). hehehe..

  14. says

    sebab itu lah konsep tinggalkan komen bukan sekadar hai hai bye bye….

    ada rahsia tersembunyi dari meninggalkan sebaris kata di kotak komen blog orang lain… terutama blog yang mempunyai ramai pembaca.

    Kita bkn saja memperkenalkan penjenamaan diri kepada tuan blog tetapi kepada pengunjung yang lain.

    Cara kita menulis komen juga boleh menarik minat orang lain

  15. says

    Kak Jie nak bagi tips lagi ni…. pendapat tu salah
    sepatutnya kita kena pandai sesuaikan diri dalam setiap jenis entri..

    ada entri sekadar ramah mesra…faedah kita dapat adalah dengan memperkenalkan diri secara beransur2 dalam komuniti sebelum di terima. Kita boleh mendapat pembaca dari berbagai jenis nichie

    Komentar juga adalah satu proses penjenamaan
    kadang2 kita bukan saja berhubung dgn tuan blog tetapi dengan pengomen yang lain..dengan cara ini kita boleh mengembangkan komuniti kita-

    faedahnya?

    lu fikirlah sendiri…hehehe :lol:

  16. says

    ooo ini rupanya rahsia yang buat saya tertunggu-tunggu sampai petang, huhuhu kakjie memang betul la commentluv tu google index dan kadang2 kita boleh dapat trafik melaluinya

    selain itu komen yg dibuat oleh pengunjung juga membantu dalam menambahkan on page seo (keyword) kepada blog kita

    p/s:terima kasih highlight entri saya kakjie, macam kakjie cakap juga “wah durian runtuh”
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Kepentingan membaca ruangan komen dalam artikel blogMy Profile

  17. afiq aiman says

    ya betul…saya suka komen jika entri macam ni je..kalau entri yg xde input lgsung just jadi silent reader je..ekeke
    Jom terjah post menarik dari afiq aiman ..Alahai PelajarMy Profile

  18. says

    Kak Jie tak pernah buat tutorial nak dapatkan banyak trafik, banyak duit, banyak Buffered dan sebagainya …apa yang sering kak jie titik beratkan adalah etika dan diri tuan blog menjual produk blog meraka..baiki diri sendiri kerana semua yang dikejar tu akan datang sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge