Hari ini saya ingin bercerita mengenai nuffnang.com. Sebenarnya ramai bertanya saya mengenai ini tetapi saya agak keberatan untuk bercakap sesuatu yang bukan bidang kepakaran saya. Saya bukanlah blogawan hebat dalam mengaut wang beribu-ribu lemon dari nuffnang.

Saya menjadi nuffanger hanyalah pada 03-Jun-2007 kerana terikut-ikut dengan blog orang lain tanpa dipromosi oleh sesiapa. Pada awalnya saya tidak faham apa kegunaan dan kelebihan nuffnang. Boleh percaya ke benda ini?

- saya masih simpan kesemua email dari nuffnang.


3 bulan selepas itu pada 09-Sep-2007 saya mendapat Campaign yang pertama - Pacmee Skyscraper. Sehingga hari itu hampir setiap minggu saya akan mendapat email dari nuffnang sehinggalah saya bertukar domain.

Apabila saya bertukar domain pada bulan Jun, saya harus bermula dari bawah semula. PR saya jatuh menjadi 0 dari kedudukan PR4.

Blog saya tiada kempen sehinggalah saya menerima email untuk kempen 09 Nov 2008 - 15 Nov 2008. Selepas berbulan-bulan tiada kempen, tentulah ini sesuatu yang sangat saya harapkan.

Hendak dijadikan cerita, dalam minggu tersebut, blog  ini mengalami masalah loading time. dan atas beberapa nasihat saya cuba disable dulu nuffnang dari blog ini

Kujie Reply:

@perindu, yang nuffnang tu - kak jie ade Campaign dari 09 Nov 2008 to 15 Nov 2008, takut masa tu kakjie  lupa pula nk ‘gantung sepanduk ‘ :mrgreen:

mybloglog - kakjie guna script lama, letak kat footer.

hahaha..kata orang masinnya mulut. Memang saya terlupa untuk gantung sepanduk nuffnang untuk tempuh tersebut. Saya dapat email dari nuffnang lebih kurang macam ni…

Dear Puan Seri Kujie… ( yg ni saya edit sendiri ):lol:

Of late you might have noticed that you have gotten fewer ads, and thus less earnings on kujie2.com/. While we have tried selling your ad space, advertisers have chosen not to place ads on your blog due to the suboptimal placement of your Skyscraper unit, or perhaps due to the clutter that surrounds your ad unit.

Could we trouble you to perhaps correct your blog placement so that it might make it easier for us to sell your ads to our advertisers?

Your leaderboard and skyscraper ad units should be visible when your blog loads; the large rectangle ad unit should be below the first post. All ad units should be visible on the main page.We hope that this will help us sell your ad space more effectively. Thank you.

muahahaha…padam muka. Akhirnya kempen pertama yang saya nanti-nantikan untuk blog ini dibatalkan. Bukan salah sesiapa tetapi kecuaian saya sendiri. Saya cuma gantung sepanduk pada Leaderboard tetapi Skycraper saya melurut jatuh ditimpa hujan… he he he

Saya pun dengan muka ayu gedik-gedik,  mata blink- blink menghantar surat pemohonan maaf dan berharap diberi peluang sekali lagi.

3 hari selepas itu saya mendapat email dengan Incoming Advertisement on your Blog!. Saya mendapat 3 kempen serentak.

Week(s):
1. 16 Nov 2008 to 22 Nov 2008
2. 23 Nov 2008 to 29 Nov 2008
3. 23 Nov 2008 to 29 Nov 2008

Please do not remove the Ad Unit from your blog during the period(s) of time above or you will not be paid the full amount for the ad.

Saya bukanlah internet marketing, saya menggunakan domain dan hosting sendiri ini pun kerana iklan-iklan yang saya dapat dari nuffnang sebelum ini. Dan apa yang saya dapat saya pulangkan kembali kepada pengunjung saya. Lebih dari 10 orang pernah menerima ‘kejutan’ kiriman poslaju.

Biarlah itu antara saya dan dia sahaja . Tak perlukan saya jelaskan secara terperinci…Seperti yang biasa kita dengar, pastikan tangan kiri anda tidak mengetahuinya. Tetapi apa yang saya pulangkan pada kawan-kawan saya bukanlah sedekah kerana mereka tidak layak menerima sedekah tetapi adalah hadiah atau cenderamata tanda ingatan atas beberapa keperluan pada masa itu.

Kata sedekah dipinjam daripada kalimat al-Qur’an, sadaqah. Ia, menurut Kamus Dewan bererti “pemberian kepada fakir miskin dll (dengan ikhlas)”

Golongan yang layak menerima sedekah adalah orang-orang miskin, dan amil yang mengurus hal ehwal mereka, dan orang-orang yang hatinya disatukan (mua’allaf), dan orang-orang yang berhutang di jalan Allah, dan orang-orang musafir. Sementara hamba-hamba pula dimerdekakan dengan pemberian sedekah.

Kesemuanya tujuh golongan yang menerima sedekah, menurut Al-Quran pada ayat 9:60

Insya Allah saya akan cash out dari nuffnang untuk 2 keperluan masa ini, salah satunya adalah untuk seorang kawan yang amat memerlukan sumbangan bukan saja dari saya tetapi dari anda semua.

Saudara Megat yang mengalami beberapa kesukaran dan misteri dalam hidupnya. Saya berharap kawan-kawan saya yang baik hati ( semua kawan-kawan saya hebat dan ‘wangi’ ) dapat membantu saudara Megat dengan sokongan dan peransang untuk beliau menempuh segala dugaan ini dengan lebih tabah.