Batu Belah Batu Bertangkup, Kau Telanlah Aku

Batu belah batu bertangkup, telanlah aku, ambillah aku…aku kempunan …

Mee Bandung Muar!

Beberapa bulan yang lepas, saya pernah meminta tolong pada seorang blogger Muar untuk kirimkan perencah Mee Bancung Muar.  Mungkin terlupa atau kesibukan harian, perkara tersebut diam sejuk beku.  Malulah nak minta banyak kali, kan…

Minggu ini saya minta tolong dengan Blogger Cili Hati.  Esoknya sudah dapat pesanan barang akan dihantar segera.

Terimakasih banyak².  Walaupun beliau bukan berada di Muar tetapi dengan jaringan network yang meluas, seorang ejen beliau  di Muar telah mengirimkan 4 bungkus perencah Mee Bandung Muar.

Terimakasih Megat , terimakasih Famili Azam.

 

Filem Batu Belah Batu Bertangkup diterbitkan pada tahun 1959

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

30 thoughts on “Batu Belah Batu Bertangkup, Kau Telanlah Aku”

  1. “Terimakasih banyak². Walaupun beliau bukan berada di Muar tetapi dengan jaringan network yang meluas, seorang ejen beliau di Muar telah mengirimkan 4 bungkus perencah Mee Bandung Muar.
    Terimakasih Megat , terimakasih Famili Azam”

    Pergh! bila masa pulak saya jadi egen? Kak Jie, saya nak betulkan sikit kenyataan tu. Megat memang berada di Muar dan beliau berniaga kebab bersama saya. Saya yang belikan perencah mee bandung tu kerana Megat tinggal agak jauh dari bandar sedangkan saya memang tinggal kat area bandar.

    Masa kami nak pergi niaga barulah Megat poskan. Pengirim guna nama saya sebab borang tu dah tulis dari rumah lagi. Ingat nak pos pagi sebelum jemput Megat untuk keluar berniaga, tapi tak sempat.

    Syukurlah dah selamat sampai. Macamana rasanya? Puashati?
    Jom terjah post menarik dari ardzham ..Gaduh – dimana kewarasanMy Profile

  2. Ni kegemaran arwah abah gua nih….
    teringat lak mase dulu2 kat benteng tepi sungai tu…meja bulat diperbuat dr batu….
    Bila makan…pehhhhh…tak nampak dh org kat keliling…hehehe
    Jom terjah post menarik dari yas ..LHDN 2011 Sudahkah andaMy Profile

  3. orang ada resdung elok jangan makan mee bandung muar sebab memang guna banyak udang, kalau mee bandung tempat lain guna kacang tanah.

    maknanya kalau mee bandung ada kacang tanah tu bukanlah mee bandung muar!
    Jom terjah post menarik dari ardzham ..Gaduh – dimana kewarasanMy Profile

  4. cemane rasanya kak??
    adik pernah beli satu jenama ni dr muar jugak. duk dlm kotak. sedap mmg sedap. lepas mkan, terkeruk2 idong. gatal nauzubillah. udang apa je la yg dia letak. huhu…

    owh.. lagi satu, lepas makan sure nak tido. :p
    Jom terjah post menarik dari zana ..Anak Haiwan ApakahMy Profile

  5. 🙄 Isk ! Rasa ketinggalan zaman la, pulak.

    Dah banyak kali sampai Muor, tapi tak pernah pun dengar tentang Mee bandung ni. ❓

    Kalau Briyani Benteng kat BP tu, pernah la jugak rasa. (asam pedas kat Pasor BP pun shedap gak…)

    Suka la baca kenyataan ni;
    “Saya Bukan Alien, Saya OK!” 😎
    Jom terjah post menarik dari Abang Zul (9W2FLY) ..BILA PEMBANTU RUMAH MERAJUKMy Profile

  6. macam mana plak mee bandung muar ni?? 🙄
    mee bandung?tak der la suke sangat.tapi kalau dihidang licin gak.hehe 😆

  7. alhamdulillah sampai sudah. nak tengok juga bagaimana akak mempelbagaikannya bila dah siap masak nanti.

    adeh, tiba-tiba kecur pula. jadi terpaksalah malam ni cari mee bandung muar special (kat kedai huhu).

    p/s: hari ni tak meniaga sebab abg zam (norazam) familiazam.com sakit.
    Jom terjah post menarik dari megat ..Perniagaan kebab dan Joe Satriani!My Profile

  8. As salam,

    ingatkan cerita dari filem… rupanya cerita muar… hoho~… bukan senang je ke buat mee bandung ni?

Comments are closed.