Bayi terbaru saya

comel.......nya

comel.......nya

salam k,jie,

ni la budaknya yg mengidam kulat sisir aritu,hehehehehe
lahir pg tadi lebih kurang pukul 8,baby girl,2.45kg,
hampir ceaser tp otw ke dewan bedah dia plak sibuk nak kuar secara normal
alhamdulillah both mummy n baby sehat…..


– terimakasih krn inform kak jie.

Bayi perempuan ini sungguh bermakna dalam hidup saya.   Inilah budaknya yang mengidam kulat sisir. Ingat lagi kisahnya?

Ada seseorang yang membaca blog ini dan menghantar email beritahu isteri kepada kawannya mengidam kulat sisir @ cendawan kukur?

Saya pula telefon emak di kampung ( Baling , Kedah ) dan adik saya hantar melalui pos. Kemudian saya kirimkan kepada bapa bayi ini.   Kemudian…saya  dah lupa langsung hal ini.   Hanya pertolongan kecil dan saya gembira untuk itu.

Selang 2-3 bulan saya dapat  surat berserta cek yang  dikirimkan  dan saya tidak tahu  dari siapa.  Bila saya publish di blog, barulah diberitahu bahawa cek itu di kirim oleh bapa bayi tersebut untuk saya kerana kulat sisir.

MasyaAllah… Dunia blog boleh menjadi sesuatu yang tidak kita fikirkan. Saya tak kenal beliau dan tidak pernah berhubung.  Tahniah atas kelahiran anak pertama.   Moga dikurniakan rezeki dalam keberkatan

Hanya dari ‘kes mengidam kulat sisir’.    Ada sesiapa nak buat skrip drama ?

What you give you get back!

 Mawar yang cantik ini untuk wanita cantik hati dan budinya

Mawar yang cantik ini untuk wanita cantik hati dan budinya

Saya juga dapat email dan sejambak mawar,  kepada pengirim email tersebut  – I Love You Too …..muuaaach! Macm tau tau je saya baru bersalin dapat bayi.

©Kujie – jangan nak bergossip suruh saya cari pregnancy kit pula ye.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. salam k.jie,

    lama x tinggal komen,hehehe…
    smalam p ziarah baby n emaknya,
    dua2 sehat,cuma baby ada kuning sikit
    nama baby chinta zaharah bin razali…

  2. kalau pandai cari,kulat sisir ade banyak kat chowkit.
    rm15 utk 1 kilo :mrgreen:

    blowies last blog post..Cubaan Meracun Adik oleh Budak 5 tahun

  3. Waaakakakaaaa…………..

    Betul2 buat suspen ni…. Ingat dapat baby baru !!

    Tapi, memang comel baby tu. Ooo….dah lama tak timang baby. 😆

    Ties last blog post..Mokcik dah balik !!!

  4. eee. hhaha. geram ye tgk baby tu. bile ah sy dpt ank sdiri ni

    ubeys last blog post..Mengimbau Kisah: Cinta Untuk Ain (1)

  5. insyaALLAh dia akan jadi pengusaha cendawan ternama di Malaysia nanti

    BAGAKs last blog post..Kaedah Cuba Jaya

  6. Tahniah, Jie… dapat baby baru. Lerrr… tu sound siap-siap kat opah ler tu, tak bagi bergossip… ha ha ha.

    ODs last blog post..Writer’s Block

  7. samanosuke_04 says:

    huhu, tahniah.. alhamdulillah.. bayi laki ke pompuan tue.. kalo pompuan saye booking dulu.. hahahahah!

    samanosuke_04s last blog post..Nudging Nizhny : Luxury.. (part 1)

  8. alahai .. comeynya baby tu
    geram geram !!!

    kata orang .. buat baik di balas baik
    🙂

    Lilys last blog post..Budak Comey

  9. … kulat sisir + blog + bayi baru lahir…. hasil dunia tanpa sempadan.. 😉

    samdaddycools last blog post..Free Desktop Wallpapers Download

  10. ala comeynya baby tu…

    teringat masa melahirkan aimi… aimi pun hampir kena bedah, sebab diaorang cakap aimi lemas… diaorang dah siap semua dah, tinggal nak tolak je lagi…

    aimi dah tak sabar nak kuar, kuar2 jerk terus nangis bagaikan apa… :mrgreen:

    sayang aimi…

    shays last blog post..10 PERKARA SIA-SIA

    • @shay, itulah shay…pengalaman melahirkan..menatap anak utk pertama kali memang lekat dlm ingatan
      tiap anak berbeza …..

  11. wan wma says:

    😯 hahaha…comel! geram rasa nak peluk2!

    wan wmas last blog post..Pintu Taubat

  12. sape ada mengidam, sila bagitau pada kak jie… :mrgreen:

    Lan Bingkas last blog post..Pengapit

  13. tahniah 🙂

    sufians last blog post..Pemasangan Streamyx Sendiri (Jimat RM88)

  14. “mengidam kulat sisir”

    saya baca sebagai “mengidap kulat sisir” , ingatkan 1 penyakit baru, yang dikaitkan dengan hospital yg berkulat.

    lepas tu pula ada cerita cek,

    saya ingatkan cek sumbangan pada bayi tu

    hahaha bodohnya aku

    Hasbullah Pits last blog post..Tutorial : Menambah ‘chatbox’ Google Friend Connect di Blogger.com

  15. Comelnya dia…. =)

  16. comel!!!!

    jadi drama swasta di alam maya la jadinya.. tak nampak orang.. semua pun invisible jek. ekekeke…

    Zanas last blog post..Di Suatu Hari……

  17. Nak bukukan boleh? Tapi serius, saya tgh fikir nak approach publisher ttg dunia blog ni. Bukan saya nya je…Ramai2. Ada berani? Macam2 ada.

    kruel74s last blog post..The week for lessons to be learnt (again!)

    • @kruel74, saya pernah baca beli buku yang dikeluarkan mengandungi entri2 dari blog terkenal. Atau lebih dikenali sebagai “blook”

      Mengikut wikipedia – Blook merujuk kepada – A blook can refer to either an object manufactured to imitate a bound book, an online book published via a blog, or a printed book that contains or is based on content from a blog.

      Nama buku tu ‘Masuk Barisan” dari Geng Jurnal. Tulisan otai-otai blogger seperti Mat Jan, Sinaganaga , Tok Rimau , Attochman, Azhan A. Kamal , El-maniq , Kingbinjai ( saya beli melalui beliau ) , Bluehikari dan Kemat

  18. wahhhh comelnyer. hehe 🙂

  19. Mana tahu lepas ni betul2 pulak Kujie yang dapat baby baru….

    Kak Longs last blog post..Bola berguling

  20. comel nya budak tu….

    zinos last blog post..sabar menunggu…

  21. ingatkan kak jie yg dpt baby baru hehe

    zamzs last blog post..Selamat Hari Guru ~ Semoga Allah Membalas Jasa dan Pengorbanan Semua Guru

  22. haa..teringat entri kulat sisir & cek tuh..wah..bertambah kaum keluarga blogger kan..tuh yg saya suka dunia blog nih..dari tak kenal..jadik kenal even tak penah jumpe bebtui..

    arins last blog post..H1N1

    • @arin, itulah arin….kisah2 yang manis…. rasa gembira apalagi tengok wajah bayi comel spt itu….eeee..mulalah geram!

  23. cntik baby tu kn kn

    mengidam kulat sisir ke maknya ms mengandungkannya. hehe. seb baek bjaya jmpe kulat sisir. 😉

    • @cik kmar, itulah..kisah mengidam..kisah dpt cek tanpa diketahui…mcm2 kisah..

      akhirnya……..itulah hasilnya yg kita nampak

      comel :mrgreen: mcm org yg kirim kulat sisir.. :mrgreen:

  24. comelnya baby tu. mesti wangi.

    cikgu panjis last blog post..Tolong Tutup Mulut

  25. kak jie… kak jie..

    Nak baby nak baby … hehe comey lah baby tu. Nama dah bagi ker. Hehhe.

    • @yati, uik…rasanya awk pun berkemampuan utk dpt sendiri

      mcm intan je

      ‘mama….intan nak adik’

      selamber je…mcm nk beli biskut kt kedai :mrgreen:

  26. eeeee comeinye!!! jeles2!! 👿 suke cium baby 😉 bau besh :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    mrs azmis last blog post..semalam adalah hari ibu….

  27. Salam ziarah.
    Tadi singgah di blog Zino. Jumpa alamat blog ini. Terpanggil pula untuk ziarah. Rupanya tuan rumah baru melahirkan cahaya mata. Tahniah dapat anak yang comel montel 🙂

    Mengidam makan cendawan kukur?. Agaknya besar nanti jadi doktor 🙂

    Abdul Latips last blog post..WAJAH BARU

    • @Abdul Latip, Salam… Terimakasih kerana bertandang ke blog saya. Rasa teruja di kunjungi oleh orang yang hebat separti saudara.

      Tetapi…….ada salah faham di sini, itu bukan bayi saya. Saya tak kenal pun kedua ibubapanya tetapi bayi ini ada kenangan indah saya dari dunia blog :mrgreen:

  28. ale cumelnyer anak kak jie ni!!! lps ni kalo elin ngidam leh la cr kak jie ek??? 😛

  29. akuazwan says:

    dengan berblog je akak dah membantu orang yang mengidam eh. satu pertolongan kecil yang bermakna besar untuk kawan yang dapat baby tu

    boyz ke girlz baby tu, kalau girl boleh la letak nama kak jie.hehe..apa nama penuh akak eh?

    akuazwans last blog post..Berapakah BMI Anda?

    • @akuazwan, seronok kan..berkongsi rasa bahagia dgn orang lain walaupun kita tak pernah berkenalan….

      bab nama pun, biarlah ibubapa dia yang uruskan…. pengalaman kak jie lah…sudahlah anak sorang…nama dlm senarai tu 3-4, minggu pertama tu keliru juga..mana satu nak dipilih..kalau kak jie pun masuk campur..haru biru lah nanti

      tapi………..kak jie mmg hepi2..mcm kak jie pula dpt anak :mrgreen:

  30. amboi gebunya diaa…geramnya tengok! meh sini saya nak cium sikit..

    seronoknya dpt baby girl!!!

    sallys last blog post..Eshah

  31. budak ni memang comel je masa bayi kan… kang kalo dah jadi superhero/superman mula la risaukan kita. jatuh tergolek dog la, panjat grill la. sungguhkan kak Jie… ada je kebaikan yang kita dapat sepanjang hari sama ada kita sedar atau pun tidak…

    suealeens last blog post..Thank you, Allah…

    • @suealeen, tu tahap perkembangan normal dia..kalau tak besar2 kita yg risau..kalau terlebih kita pun risau… 😆

      itulah Sue… Shared joy is a double joy..walau tak kenal dan tak ingat pun sumbangan yang seciput tu..tapi tengok wajah yang comel mcm ni…..hati gembira je :mrgreen:

  32. Fatin Pauzi says:

    Alahai, kecik2 da nampak cantik. chomel… 🙂

    Fatin Pauzis last blog post..Pro & Contra Pembedahan Sedut Lemak (Liposuction)

  33. pesal gelak 😀

  34. alhamdulillah bro.. :mrgreen:

  35. tahniah..comey anaknya 🙂

    kata skopion “what you give you get back” . Kak Jie rajin tolong org, perkara baik akan datang satu per satu, InsyaAllah 😎

    izas last blog post..Takdir Telah Tertulis…

    • @iza, comel kan..geram je tgok
      tgok wajah bayi mcm tu..rasa luruh segala resah segala masalah…
      tenang…aman damai….membahagiakan