Blogger Yang Tersepit

Encik Rohaizad betul-betul buat saya tersepit!

Walau telah diberi ruang dan waktu hampir seminggu tetapi saya tetap juga tersepit sesak nafas untuk memenuhi permintaan beliau. Betullah kata Encik Suami ” suka buat kerja last menet….”

Sekarang 11:50 pagi, saya baru mengarang entri untuk perenggan yang kedua – tetapi sudah tergambar dalam kepala apa yang hendak diceritakan tetapi rasanya saya terpaksa menaip sepantas mungkin .

Kisahnya – sesiapa yang merasa dirinya sempoi dan kental, sahutlah cabaran untuk menulis satu entri dengan tajuk Blogger Yang Tersepit dan mesti dipublishkan selewat-lewatnya jam 12 tenghari 2hb Ogos 2010. Rasa ego tercabar, saya pun tanpa persediaan tanpa ‘research’ , bersetuju untuk menyahut cabaran tersebut seminggu dulu.

Credit: Laurence Dutton

Apa nak buat, terlupa bahawa saya merancang bercuti hujung minggu ini dengan adik ke Kuantan dan biasalah – time bercuti mana nak ingat blog walau setegar mana sekali pun saya seorang blogger!

Lagi 7 minit!  Tengok ramai blogger dah ramai hantar post ‘Blogger Yang Tersepit’ ini… mesti dia orang tak tersepit lagi – dah lolos dari bebanan perasaan.

Berbalik pada kisah blogger yang tersepit. Saya sebagai manusia biasa tidak mungkin bebas dari perasaan tersepit atau dalam bahasa mudah berbelah bahagi dalam perhubungan dengan blogger. Paling sering – tersepit untuk menegur mana yang patut mana yang tidak.

Hari ini, saat ini saya tidak ingin tersepit lagi!

Saya ingin beritahu seikhlas hati rasa yang saya tanggung!  Saya ingin meloloskan diri dari rasa yang menjerut ini.

Saya tidak gemar blogger yang terlalu mengejar pageview sehingga mengamalkan satu entri dalam satu mainpage. Saya lihat ramai blogger yang sedang mempraktikkan cara ini.   Mereka mengejar kepuasan diri sendiri hingga mengabaikan pembaca mereka.

Saya tidak suka dimanipulate keterlaluan untuk kepentingan tuan blog. Blogger ini hanya berminat mendapatkan keuntungan diri sendiri tanpa memikirkan keselesaan pengunjung.  Kalau pun ingin mendapatkan pageview yang tinggi, buatlah secara bijak dan smart supaya saya sebagai pembaca tidak rasa diperbodohkan.

Argghhh…………….. leganya kerana terlepas dari cepitan perasaan yang jauh terdampar di sudut hati!

11:58 – sempat tarif nafas sebelum lepaskan entri ini dan bersedia menerima serangan!

p.s -lepas publish entri ini, pergi blog Rohaizad dia cakap dia extend sampai tengah malam ni ……….. nak kena buat entri blogger yang tersepit tak suka TOC diubah ikut suka hati ni…:lol:

©kujie – saya tersepit untuk siapkan entri ini dengan menjadikan blogger lain sebagai sasaran melepaskan diri! dammm!  Dalam keadaan tersepit saya juga menyepit.

Apesal Tak Klik?

Comments

  1. Alin says

    Tersepit…. :roll: sebagai pembaca x kisahlah Ape pon cara blogger2 nie nk buat, yg prnting isinya…..kalau cntk jek x de isi buat ape…. biar ikhlas yg tersurat & tersirat… mereka punya cara tersendiri….salam

  2. aimannajmy says

    wahh betul2 tersepit bila diri dikepitkan dengan idea2 yang menyempit..huhu raya nnt jgn lupa buat kuih sepit hehe

  3. says

    saya masih tersepit. Tak sempat nak join contest. Harap en rohaizad lanjutkan lagi masa. Haha. Sampei sekarang ni pun tak balik kerja lagi. Ape eh nak mengarang mcm ni?

    P/s: selalu dapat tau contest last minit. Hari tu contest kak jie. Ni contest en rohaizad plak. Ni mcm dah dapt idea entri tersepit neh.

    Kalau sempat mlm karang saya buat. Harap toc jangan ditutup awal ye. Untung dapat komen pakai mobile.

  4. cuz says

    cepat betul tulis entri..huhu 10min je dh boleh klua 1 entri..mmg pro kak jie ni..huhu
    saya ada 1 pertanyaan..
    “Saya tidak gemar blogger yang terlalu mengejar pageview sehingga mengamalkan satu entri dalam satu mainpage.”
    saya tak faham yg ni..mcm mne diorg tulis tu??saya ni noob kak..sori le klu soalan ni mcm soalan bodoh..huhu
    Jom terjah post menarik dari cuz ..PIZZA HUT – Kejamkah Aku!My Profile

  5. ann says

    hahaa.. wah cepatnya kakjie buat entri, ann pun hampir lupa tadi, sambil menunggu flight bru terperasan. Ye la sibuk nak bercuti gak.. ohohoo bestnya cuti. Esok startlah tersepit rasa nak sambung berehat ngan timbunan kerja. haha :)
    Jom terjah post menarik dari ann ..“Blogger yang tersepit”My Profile

  6. arin says

    bayangkan tgh jalan lenggang lenggok, sekali kasut tersepit cam gambar kat entry kak jie ni.naya wwwoooooo.

  7. says

    saya pun dah menarik nafas lega
    cuma saya kurang faham yang pasal tarik readers dengan 1 pageview tu. sori kujie, budak tua yang baru nak belajar ni.
    kalau boleh nak faham supaya tidak membuat perkara yang tak baik ni kan.
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..Blogger TersepitMy Profile

  8. says

    teruk rasanya – nak cari idea dalam masa 10 minit
    jadi tulis saja apa yg tersimpan dalam hati
    mungkin pengakuan tersebut mencederakan hati orang lain
    argg…tapi rasa lega
    jahat juga ni..perasaan ni :lol:

  9. says

    hahaha…entri tulis dalam masa 10 minit
    tanpa draft- sekali ayat je
    lintang pukang … tapi rasa lega
    betul2 lepas dari rasa tersepit :lol:

  10. says

    kita bermula dari zaman yang sama menteil..ada banyak perkara yang kita belajar dan praktikan secara bersama…
    tapi….cuma dpt luahkan rasa tersepit saja
    tak mungkin dapat mengubah keadaan tersebut lagi
    :|

  11. boy_bersahaje says

    Hehehehe, mesti rasa release kan kak lepas dapat siapkan entri ni. Saya dapat rasakan tekananya hahahahaha

  12. says

    setuju dengan kak jie pasal satu entry di mainpage..
    jangan ingat reader suka cara macam tu, dan jangan ingat diri tu dah pemes sangat sampai ingat readers sanggup nak korek semua cerita.. haha.. geli lah!

    ermm.. nak join ke? tersepit nie.. lapar ada.. malas pun ada.. =)
    Jom terjah post menarik dari menteil ..Pemasangan Garmin Mobile XT SE SatioMy Profile

  13. says

    bukan contest tapi suka-suka sesama blogger untuk keluarkan entri tajuk sama serentak

    masa dah extend sampai 12 tengahmalam
    boleh cuba :lol:

  14. says

    opps..silap,bukan contest..namun entry bersama..menarik..huhu..kalau tahu semalam pun dah buat..apapun,thanks kak jie..apa yg kak jie katakan di atas betul..time kasih kerana selalu memperingati..sayanggg blog kak jie..hik3…
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Prestasi EyriqazzCom July 2010My Profile

Trackbacks

  1. [...] Satu Entry Pada MainPage Perkara nie pernah diutarakan Kak Jie tatkala dia tersepit baru-baru nie.. Sebenarnya dah lama aku perhatikan benda nie sangat annoying [...]

  2. [...] – Kakak aku yang seorang ini memang tidak akan sesekali mengalah. Kalau ikutkan, beliau memang tidak akan ikut sertai projek ini tapi lagi tersepit, lagi kencang dia berblogging. Dahsyat betul… so akan datang kalau ada lagi projek blogging seperti ini… kamu anggap jelah yang Kak Jie confirm ada. Entri tersepitnya di karang betul-betul dalam keadaan TERSEPIT. Terbukti sudah! [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge