Bukti Bayaran Dari Innity Dan Keputusan Ujikaji Advertlets

Sepanjang beberapa bulan ini saya telah mencuba program pengiklanan antara Nuffnang, Advertlets dan Innity untuk membuat ujian berdasarkan pengalaman sendiri.

Ini adalah hasil ujikaji saya tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Pendapat ini bebas dan berpandukan pada pengalaman saya sendiri melalui pengiklanan di blog Hidup Biar Sedap – kujie2.com

Innity

Kelebihan Innity adalah kerana kita boleh memilih untuk aktif atau reject iklan yang ditawarkan – Ada 4 jenis iaitu CPC, CPM, CPA dan CPE

Innity telah membuat bayaran pertama pada 11hb Jun 2010. Buktinya setelah saya update buku akaun tadi. Saya tak terfikir langsung itu dari Innity sehinggalah  semak pada  Payment History di laman web Innity.  Bayaran Innity dibayar terus ke dalam akaun Maybank.  Baki terkini juga sudah boleh untuk dicash out.

Advertlets

Selepas 79 hari, bayaran masih belum ditunaikan. Terbukti dakwaan ramai blogger bahawa Advertlets gagal membuat bayaran selama ini adalah betul dari pengalaman saya sendiri bukan berpandukan ‘cakap dengar’ . Advertlets telah mensia-siakan peluang yang telah saya berikan pada entri  Cash Out Pertama Advertlets untuk membuktikan kewibawaan mereka. Saya menanti mereka membuat bayaran pada masa yang tepat supaya saya menulis review yang positif mengenai mereka.

Nuffnang

Tidak dinafikan Nuffnang adalah pengiklan yang paling popular kepada kebanyakkan blogger dan mereka semakin selesa bersama.   Tidak pernah mempunyai masalah untuk membuat bayaran pada waktu yang tepat.

Nasihat saya kepada blogger yang baru berjinak2 dengan pengiklanan di blog, setialah dengan Nuffnang.   Bila dah stabil, baru keluar dari zon selesa untuk menerokai berbagai jenis pengiklanan yang ditawarkan.  Ini adalah pengalaman.

Jangan ikut saya – saya bukan blogger setia dengan sesuatu pihak pengiklanan.   Saya tidak serasi bersama Nuffnang bukan disebabkan bayaran atau perkhidmatan tetapi saya tidak boleh ‘ masuk’ dengan cara sosial Nuffnang. Saya malas masuk kontest, liat nak buat entri puji pujian atau advertorials. Sesiapa yang selesa, teruskan. Masing-masing ada kepentingan yang berbeza dalam hidup ini.

p/s – saya suka tengok Analytics Nuffnang

ManggaAd

Saya telah mendaftar sejak Januari 2010 tetapi tidak pernah mencubanya. Mungkin sekarang adalah masa yang sesuai untuk mencuba ManggaAd.  Bolehlah saya buat preview untuk blogger lain nanti.

Jom kita aktif bersama!

©Kujie -  iklan banner 125×125  di sitebar akan dihentikan seketika selepas bulan Oktober ( habiskan kontrak yang ada sekarang ).  Saya akan sediakan saiz lain selepas itu.

Apesal Tak Klik?

Comments

  1. says

    salam sahabat.. macam mana innity kira impression? boleh cite lebih detail sikit.. adakah dia terima blog macam aku.. atau blog english.. saje nak tanye.. padahal boleh g tgk kt innity je.. aku lebih suka macam ni..

    satu lagi.. aku suka ko punye theme n komen box yg bagi select feed mana utk dipaparkan.. keep it up..
    Jom terjah post menarik dari TanyaLelaki ..Website DIGI Kena HackMy Profile

  2. says

    Assalamualaikum..
    Saya juga masih baru dalam berblogging.. baru 3 bulan..setakat ni dengan nuffnang… baru rm10.00 kira ok ke tak tu?… sebenarnya first berblog tak terfikir pasal jana wang ke atau nuffnang semua tu tak tau pape dan xambil kisah, lagipun sy buat biz online d rumah dan dalam bulan2 blh dpt lebih dari nuffnang.. tp bila tgk nuffnang ni blh buat duit.. w/pun bagi saya dalam 3 bulan baru dpt rm10, saya tak kisah sangat cuma rasa cam seronok berblogging dan suka tgk analitik nuffnang.. tak tau kenapa… dan suka tgk graff keyword seach tu diorg terjumpa blog mama… menarik jer rasa sampai jadi ketagih berblogging ni.. hari2 rasa nak bercerita dan menuntut ilmu tapi ilmu masih pendek lagi.. so kat sini nak tuntut le ilmu dari Kujie.. kalau boleh nak beremail le.. :).. satu lagi yg plg seronok iaitu dapat berkongsi tip2 berbagai2… :)
    Jom terjah post menarik dari Basma ..Panduan Penggunaan Botol Susu PolikarbonatMy Profile

  3. says

    belajarlah bab perniagaan juga – bajet, audit tahunan dan masa sesuai untuk beriklan atau keluarkan produk.

    ramai yg tak ‘baca’ kenapa bulan puasa iklan dia macam ni
    kenapa akhir tahun banyak iklan
    kenapa awal tahun tak banyak iklan

    ini semua bukan hanya letak code dan check earning

  4. says

    Nak tahu pendapat kak jie?

    Pengiklanan ada bajet, ada tahun kewangan, ada target bila masa yang sesuai untuk beriklan atau membuat promosi produk.

    Pengiklanan adalah promosi produk – dan ikut pengalaman Kak Jie, awal tahun semua syarikat pengiklanan kurang beriklan kerana kebanyakkan mereka telah menyediakan bajet yang besar semasa perayaan akhit tahun, krismas dan awal tahun ( new year promotions)

    ini perniagaan – iklan – promosi – duit!

    Lagi satu – pengiklanan ada channel berbeza, melayu, news, women, it dan sebagainya…semua tu kena diambil kita channel mana yang sesuai dengan sesuatu produk.

  5. dinsblog says

    Kak Jie,
    Masa mula2 join Innity earning memang mencanak2…tapi bila dah lama2 earning cam hampes jer…tapi layan jer la…sikit2 lama2 jadi bukit…tak pernah study kenapa earning tak naik2 padahal trafik lebih kurang sama jer.

  6. hasrulhassan says

    salam,
    Saya sedang mencuba 2 advertiser ini: Nuffnang dan ManggaAds; dalam 2 blog berbeza, dua2 masih belum saya terima bayaran sebab duit pun tak berapa masyuk.

    APa yang saya nampak, ManggaAds lebih banyak advert yang seronok dari Nuffnang tapi dari segi kelebihan untuk ahli, lebih kredit diberikan kepada Nuffnang.

    Terima kasih.

  7. says

    Stabilkan trafik blog dulu, bina penjenamaan dan capai kedudukan ranking yang baik..bila ada tu – senang boleh pilih untuk ‘letakkan’ blog kita di mana

  8. Bang Ichal says

    Halo semua, kunjangan pertama neh dari blogger Indoneseia.
    saya juga berminat pasang innity di blogku tapi masih bingung dengan masalah pembayarannya untuk blogger Indonesia.

  9. says

    salam ramadhan kak jie, tu la saya pn dah lama dah tukar innity sejak january tahun ni. tukar pn sbb saya rasa mcm tk berapa ngam dgn NN. Penah email diaorg tanya kenapa tkder peluang advertorial wpun traffic saya lebih tinggi dari blog2 yg buat advertorial utk NN ni, tapi diaorg cam acuh tk acuh jer jawab. So, I just assume i bukan tergolong dalam favourite blogger diaorg lah.

    So, i tukar Innity alang2 dah layak apply, saya pon letak jer la iklan innity tu =)

    Selamat berbuka dah azan dah ni :) kak jie tanak beli coklat?
    Jom terjah post menarik dari Mrs Imran ..Edible image design &amp Chocolate hamper for RayaMy Profile

  10. says

    fy bru je apply innity and diaorg da aprove..mslahnye skrg fy rse berbelah bg nk letak innity kt blog..just nk kepastian, innity mmg berbaloi ke dr nuff? =]

    • says

      kalau selama ini awak selesa dgn nuff, teruskan
      ikut keutamaan masing2…
      kalau ikut erning, mmg innity lebih dari nuff
      tapi nuff ada perkara2 lain yg lebih baik, contoh contest dan even2 yg blogger boleh sertai
      kalau org spt sy yg tak suka even2 segala bagai tu…sy lebih kpd innity
      sbb blogger yg selalu join nuff punya aktiviti lebih disukai nuff
      sbb itu fokus saya adalah ‘ kehendak masing-masing’ bukan baik atau buruk

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.