Diari Mat Kilang Sudah Terbit!

Assalamualaikum,

Menemui kakakku Puan Kujie yang dihormati lagi disayangi oleh sekelian pelawat blog kujie2.com. Moga Puan sekeluarga berada dalam sejahtera dan dilimpahi Allah dengan keberkatan dan kelapangan jiwa hendaknya.

Saya mohon maaf andai kehadiran warkah ini menganggu hari-hari bahagia Puan Kujie. Adalah sebab saya menulis warkah ini kerana ingin bertanya kepada Puan sama ada Puan hendak saya menghantar kepada puan satu naskah novel “Diari Mat Kilang” ataupun tidak.

Alangkah tidak malunya saya ini seperti terhegeh-hegeh pula hendak Puan memiliki novel pertama saya yang tidak seberapa ini. hehe..

Maaf sangat kalau saya ganggu Kak Jie ye, sengaja bertanya sebab nanti boleh saya bungkuskan sekali dengan tempahan lain yang saya terima kemudian dihantar sama ada esok atau hari isnin.

Ok Kak Jie, terima kasih banyak ye

Nuaeman

Terkejut giler  ‘gajah’ dapat email separa formal ni.

Masih ingat post saya Kisah Blogger Kisah Aku Kisah Dia Suamiku? Nueman , blogger yang saya kenal lama telah menggunakan ‘Kujie’ untuk salah satu watak novelnya – Diari Mat Kilang.

Novel Diari Mat Kilang Sudah diterbitkan. Dapatkan di kedai buku berkaitan atau hubungi terus penulisnya di blog.nuaeman.com

Tak sabar nak baca, apa watak saya…hehe :lol:

13 Replies to “Diari Mat Kilang Sudah Terbit!”

Comments are closed.