Google maps untuk ke JKR Jln Sultan Salahhuddin

Saya ade tapi tak de – bukan ke mana pun. Ada dalam talian maya tetapi tinggalkan blog sendirian kerana saya ada ‘tugas sukarela’ menaiktaraf blog seorang bintang yang bersinar.

Blog Iza si Bintang Comel

Blog Iza si Bintang Comel

Akhirnya inilah hasilnya. Klik SINI untuk mengenali si Bintang Comel.

Blog template klasik yang tidak pernah ditukar sejak 3 tahun lalu berubah secara drastik ditangan saya. Buat macam hak milik sendiri. Cara saya, create satu blog untuk ujikaji bunyi ‘pop’, download template dan submit pada ‘pelanggan’ , tunggu kelulusan.

Dapat saja lampu hijau 2 jam sudah cukup lama untuk disiapkan. Lebih mudah untuk ubahsuai blog template klasik dari blogger edisi baru. Sidebarnya mudah untuk di copy paste.

 

Projek hari pertama selesai. Petang adik saya datang dari Kedah, saya keluar menjemput mereka di R&R Rawang. Keesokannya mereka ke JKR, Jalan Sultan Salahuddin untuk beli borang tender. Naik komuter dan turun di Bank Negara , berjalan kaki melalui Jalan Dato Onn dan ambil kanan ke arah Jalan Sultan Salahhuddin.

Sebelum keluar, saya dapatkan direction dari Google Maps. Opah ade bertanya macam mana nak gunakan Google Map. Mudah sangat-sangat.

1-  Buka Google Maps
2 – Pada Search Maps – isikan Malaysia. Zusssss! sekelip mata  dah sampai Malaysia macam gosok lampu Aladin.
3 – Klik Get Direction ( di sebelah kiri ) Masukkan tempat A dan B.  Pilih dengan memandu kereta atau berjalan kaki.

Contoh saya pilih ‘by car’  – 34.4km lebih kurang 33 minit.

Direction dari Serendah ke JKR Bukit Perdana

Direction dari Serendah ke JKR Bukit Perdana

Kemudian terfikir untuk menaiki komuter, saya pilih ” walking” dari KTM Bank Negara ke JKR Jln. Sultan Salahhudin.  Jaraknya 0.8km mengambil masa kira-kiran 10 minit.

Berjalan kaki dari KTM Bank Negara ke JKR Jln Sultan Salahhuddin

Berjalan kaki dari KTM Bank Negara ke JKR Jln Sultan Salahhuddin

Tutorial Google Maps ini untuk Opah. Sesiapa yang ada GPS canggih, sila abaikan.   Walaupun saya biasa melalui laluan ke situ tetapi Google Maps berguna untuk  kita merancang perjalanan, terutama untuk kali pertama.

©Kujie – Sedang menaip entri ini saya dapat sms dari Along ” A’kum . Selamat Hari Ibu mama, tgok bulan di luar. Hadiah untukmu dr anak yg jauh dr pandangan matamu” Hati saya montel seperti bulan di langit ….:lol:…….. sesiapa jangan ambil, bulan milik saya malam ini

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. munirah aziz says:

    salam kak jie, biar sy kenalkn dlu diri sy. sy munirah aziz merupakan student UiTM tahun akhir dlm bidang landscape architecture…sy tertarik dgn topik yg kak jie tulis mengenai Serendah Waterfall dan perkampungan org asli. sy ingin membuat kajian disana sebagai case study thesis sy. diharapkan kak jie sudi berkongsi maklumat dgn sy mengenai keunikan dan keistimewaan yang terdapat disana…harap kita dpt berhubung lg:smile:

  2. Betul.. Google map memang praktikal.. Yang best, siap boleh print out lagi tu..

    samdaddycools last blog post..Selamat Hari Ibu 2009

  3. Active Blogger says:

    hehe…nnt nak pergi Poli Tech Kuantan boleh tengok google maps lagi…nak hantar adik pergi sanalah pulak…baru jek pergi MRSM Jasin :mrgreen:

    Active Bloggers last blog post..Nombor Pin Google Adsense Aku Dah Sampai

    • @Active Blogger, kak jie yg dah selalu outing..keluar sana sini pun masih guna google maps. utk merancang perjalanan

      suka merayau kt kampung , jengok sana sini :mrgreen:

      • Active Blogger says:

        @Kujie, kak jie jalan2 j…tak pe la…sy pun kalau jln2 je sesat pun tak kisah…tp kalau betul2 nak ke satu dstinasi sesat itu menyakitkan hati dan membuang masa….

        maklumlah kita nak sampai tepat pada masanya 🙂 lagi2 kalau nak mendaftar kan ada limitnya…kalau lambat tertinggallah satu dua aktiviti 🙂

        Active Bloggers last blog post..Active Blogger Kini Do Follow

  4. ahaks. kebetulan masa tu x ujan atau awan mendung. hehe. btw selamat ari ibu jua

  5. Google Map sekarang ni pun dah boleh pakai dalam handphone….. boleh gantikan peta.

    Selamat Hari Ibu.

    TokNabes last blog post..Sempena Hari Ibu

  6. Ho ho…bulan kat ganu ni kelabu je.. Hujan mencurah2 semalam…..sejuk ketar!!

    Selamat Hari Ibu…………. :mrgreen:

    Ties last blog post..Awards dan ular

    • @Tie, kt sini hujan gak tie…masa maghrib tu….lepas je hujan..langit terang dgn bintang dan bulan…suka hati si punggok :mrgreen:

  7. hohohoho best giler hadiah hari ibu kak jie… hohoho tahun depan bulan itu mak topo yang punya.. hahahaha janga siapa berani amek..

    topos last blog post..mengenali kamen rider bersama topo…

    • @topo, setahun booking tu topo………….jgn time tu bulan gerhana sudahhhhhhhh..

      tapi mmg best tgok bulan mlm tadi

  8. saya memang selalu guna google maps ni, senang…siap dengan anggaran masa perjalanan…

    Lan Bingkas last blog post..Award Mei 2009

  9. Kujie, kami di tepi pantai tadi. Anak2 saudara bising tegur bulan warna merah macam hari siang. Memang bulan sgt cantik malam nie! Rupa-rupanya Kujie dah book awal-awal!

    Kak Longs last blog post..Tanda tangan

  10. ibuaiman says:

    salam
    selamat hari ibu kak jie. semalam ada hari anugerah di smt sepang. harap2 tahun depan kak jie dpt jemputan spesel dr sek sbg waris pelajar cemerlang : 🙂

    • @ibuaiman, salam cikgu
      selamat hari ibu juga… juga ibu kepada anak
      insyaallah….

      p/s – dendiam ye cikgu….. budak2 tu curi2 guna hp
      sy tak pasti siapa punya…sbb hp along ada kt rumah…simkad pun ada
      kawan punya dia ckp..sms 2-3 kali je :mrgreen:

  11. Mommy Lyna says:

    aha. saya pun baru sampai KL ni. memang google map la jadi penunjuk jalan. nakgi kedai belakang rumah pun tanya google map… tak biasa la katakan.

    tanya cik Garmin ntah ke mana2 ditunjuknya. heh.

    Mommy Lynas last blog post..Blogging – The Why & Wherefores

    • @Mommy Lyna, selamat hari ibu mommy lyna
      seronokkan berjalan dgn google maps….. tak keluarkan peluh pun :mrgreen:

  12. Mula-mula, Selamat Hari Ibu, Jie. Tepat 12.01 tengah malam. Kalau 12.00 tengah malam, terlalu biasa. Ngeh ngeh ngeh. Pasal Google Map tu, tak reti ler opah, Jie. Opah pakai Gagor adik-adik dan anak-anak sedara opah aje la bila balik ke Mesia nanti. Gagor tangan dia orang ler dan tanya, tu jalan tu, nak pergi ke mana? Gitu ler teman… huhu…

    Jie, bila lak nak ke sini tolong opah memperindahkan blog opah tu? Keh keh keh… sempat lagi tu.

    Anyway, opah doakan semoga hari ini dan hari-hari seterusnya, Jie dan para ibu di Malaysia diberkati ALLAH dan dilimpahi kasih sayang, rezeki dan dilindungi dari segala bahaya. Amin… 😀 😀 😀

    ODs last blog post..Mere Mortal

    • @OD, sama-sama opah…time tu sy dah tido..semlm pening2 lalat…muntah2….biasa, kan sy mcm ni.

      opah ni kan..org dah ajor byk kali tak moh menerai…gagor adik badik kena pujuk rayu..beli jiwaa..kalo gagor dgn google maps ni…free je…………..tak kuarkan peluh pun 😆

      aminnnnnnnnnnn…ucapan hari ibu utk semua ibu2 di mana saja berada

  13. ilmu nih.
    boleh la dipraktikkan nanti.hehe..
    tocey..

    yups, bulan sangat indah malam ni. 😉

    fiezabaiduris last blog post..New hobby new friends

  14. Malam ni bulan mmg sinarnya terang semacam. Tadi tepon omak den pun 1/2 jam bercakap

    kruel74s last blog post..It’s smoking

  15. oh ho ho 2 jam ja rupa2nya..hehe 😳 :mrgreen:
    thanks kak jie.. untuk kesekian kalinya.
    malam ni bulan bulat betoi, terang dan agak condong ke ufuk sana (lupa mata angin apa heee)
    selamat hari ibu kak jie 🙂

  16. amboi kak Jie.. dah jadi consultant buat blog ni hehehe..

    nak separuh bulan tu boleh? heheh..

  17. selamat hari ibu kak jie!
    saya pon pakar sesat di KL..and tima kasih le kat makcik google sbb ader google map tuh..hehehhe..