Hadapi dengan senyuman

Sepatutnya lebih bijak daripada berlagak bijak!!!!

Petang tadi dalam sibuk dan tak cukup tangan nak buat semua perkara, saya TERmerayau² kat Site Admin. Macam² yang saya buat. Salah satunya untuk pertama kali saya boleh upload thema sendiri dan tahu bagaiman untuk plugin. Blog saya sudah 2 bulan tetapi memang saya tidak mahir lagi mengenai beberapa funtion yang terdapat dalam Site Admin.

Sebelum ini, blog saya disenggara oleh Am. Mungkin saya ingin bertindak bijak dengan mencuba dan mengusik beberapa perkara yang disetting, akibatnya saya TERDELETE semua komen² di entri terbaru ( di bawah ini ) dan beberapa komen petang tadi.  Akismet saya ‘hilang’ dan  semua komen selepas itu menjadi spam.

Kecewa!:cry:

Tetapi ini adalah pelajaran untuk saya setelah 2 bulan mempunyai hosting dan domain sendiri. Saya  terlalu ghairah belajar dan ingin mengetahui seberapa banyak mengenai WordPress sehingga saya cuai.

Saya telah mendaftar di negara.net . Lihat icon tepi posting ini. Anda boleh klik untuk mengundi entri saya. Coolll…!  Kawan² semua, marilah kita mendaftar.

Saya menyokong Buatan Malaysia seperti juga Msjbox.com

Kepada mereka yang komennya terdelete, maafkan kecuaian saya.

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi….
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua… kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah….
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

– Dewa- Hadapi dengan senyuman

EDIT 13/08/08 : alhamdulillah…kesemua komen² yang hilang semalam, masih ada… :lol:

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. hurt girl says:

    mana satu paling sakit…?
    n mana satu yg harus TIDAK di pilih…?
    penyesalan or penyeksaan?

    • @hurt girl, dua-dua sakit
      tapi rasa sakit itu subjektif- bergantung kepada kekuatan kita menahan
      mana satu TIDAK harus dipilih
      PENYESALAN – seperti nasi menjadi bubur. Menangis keluar darah sekali pun keadaan sudah berlaku.
      tetapi jika memilih PENYEKSAAN
      Berusaha dan berdoa adalah ubat yang mujarab untuk menukar penyeksaan itu menjadi sebaliknya.
      Masih ada peluang…

  2. aeropama dot com says:

    wuhuhu…saya pernah jd mcm tu. tapi saya bukan terdelete komen. tapi saya terjahanamkan database die terus. abis entri permulaan di wordpress ilang. terpakse lah buat balik. penat woo

    sekarang dah sedikit pandai. nak pandaikan lagi tentang wordpress ni..

    >>>Tapo seronok juga macam tu..heheheh… buat kita lebih “kecut” tiap kali nk klik..baca semua arahan secara lengkap..jgn nk shortcut je… 😆
    tgh belajar ni…..hari2 dpt ilmu baru
    hidup rasa bersemangat

  3. erm… bila dah makin tua ni, diya mcm tak mudah melatah. mudah tersenyum jugak kot. hadapi dgn senyuman. smile always mama! sbb senyum ni boleh jd awet muda jugak tau. mcm mama. ahaks 😀

    >>>wahhhhh diya jgn ckp diri dah tua…masih remaja lagi tu..kanak² ribena 😆

  4. hamboi kakjie panjang yerk komen… tu la kaedahnya… trial n error… bila salah… publish kat blog… orang populer cam kakjie ramai nak nolong punya… tengok brapa banyak response..

    >>>fofuler ke am..cess…makcik kantin biasalah….kenal ramai customer… kadang2 jadi makcik cleaner 😆
    tu tgh rajin menulis…bile malas..berjela2 msg lum reply…kehkeh

  5. Jie, saya tak reti apa2, dan terlampau bizibodi nak belajar macam2, maklumlah… kerja sebagai penchachai mmg sibuk… huhuhuh

    >>>ishhhh maksu ni…..kita sama2 ada 24jam sehari….sy tak de pun lebih walau seminit… 😆

  6. okaylah tue… nanti lama2 pandailah… saya nie tak sempat2 nak explore benda baru..

    stress? bacalah Quran dan http://abahfateh.blogspot.com/2008/08/meletakkan-arus-positif-dalam-menangani.html

    >>> saya pun baru nk nengok2 apa yg ade kt situ….tapi mmg senang dr blogspot…masih merindui blogspot ni… 😆

  7. salam kakjie 🙂

    knowledge gained from experience is better than theory 😉

    wp gunakan mysql jadi kakjie boleh backup database melalui cpanel 🙂 atau mysql admin 🙂

    *nota*
    – backup database before add/modified plugins
    – backup data structure or file before edited.
    – make a sql backup as routine 1 perday 1 perweek or 1 permonth 😉

    salam 🙂

    >>> Terimakasih perindu….izinkan teduh dulu 😆
    nak kena buat backup selalu ye..hehehehehe

  8. Kali pertama hilang, kali kedua tak cukup sifat, insyaAllah kali ketiga sempurna sesempurnanya.

    >>> sy masih belajar tok..sbb tu bertukar ke wp…mencuba sesuatu yg baru

  9. Hai K.Jie…saja nak say hai kat sini 😛

    K.Jie mmg rajin cari ilmu, pas tu share dgn kwn2. Moga K.jie dimurahkan rezeki selalu! 😀

    sudah minatnya ke situ..org lain suka ke blog baca catatan peribadi..kisah rumahtangga…kakjie suka baca ttg IT…ilmu yg baik dikongsi utk keberkatan.

  10. EbookFree says:

    stenderd la tu… mana ada orang dalam dunia ni blajar sekali terus pandai… tgk perkembangan baby pun dah cukup. mula2 merangkak pastu duduk pastu baru leh bangun pastu baru leh menapak… memang tuhan jadikan perkara dalam dunia ni berperingkat-peringkat… tapi sekarang dah ada pengalaman kan? maksudnya dah cerdik la tu! kalau tak buat salah tak dapat pengalaman. bila dah dapat pengalaman kite jadi cerdik :mrgreen:

    malam tadi lepas frust nengok dah jadi mcm tu,terus tido..hahahahah…berdoa moga hari ini kembali ceria..
    dah alhamdulillah……….spt sedia kali dan sy mendapat pelajaran pertama 😆

  11. cakap pasal nanges.. pagi am ter emosi plak dalam keta dengar kat hot.fm.. pasal mamat yang nak kawin jumaat ni.. tapi gf dia yang lagi satu tak tau cite pun..

    last hotfm callkan gf dia.. mrasa la live pengakuan dalam radio.. dua2 dihubungkan.. yang paling nanges bile pompuan tu cakap..

    “lepas ni takde lelaki lain dah yang akan masuk dalam hidup saya dan.. awak buat saya macam ni, saya akan terus kuat!!! <– masalahnya boleh ke kita nak hadapi dengan senyuman kakjie.. dalam time2 gini..

    parah masalah ni am, kisah cinta selalunya sukar diduga…
    mula² naneslah…patlima tempayang..sok² bangkit tido tgok mentari dah bersyukur walau selautan air mata kita tumpah…. kita masih bernafas.cewaahhh….cakap senang, kan!
    mula² mmg pedih….ttp Insya Allah…kekuatan akan lahir dari pengalaman nnt
    entah kenapa karenah cinta terlalu mengambil terlalu byk masa kita sebagai manusia dlm mengharungi kehidupan…we need it though, selagi nyawa dikandung badan, walaupun kulit makin berkedut..perasaan cinta ttp di sanubari.. nobody can’t deny tht!
    Jgn tangisi org yg tidak mencintai kita… hidup bukan semata² boleh dinikmati hanya dgn hadirnya DIA.
    Lupakan apa yg berlalu,sisa² yg bisa itu tidak ada apa² melainkan penyeksaan dan penyesalan.
    Moga perempuan itu lebih tabah dan benar² sekuat seperti yang dinyatakan..
    ngeh…panjang pula kak jie membebel 😆

  12. tak pe…cuba dan terus cuba…caya lah

    makasih cikgu…..belajar dr kesilapan

  13. uuwwwaaa!!! sampai hati kak jie delete comment neeza.. nak merajuk laaa.. hehehe.. takdelah.. nama pun ter.. tak sengaja.. kalau sengaja pun takpe.. yang penting kak Jie tahu neeza ada datang jenguk kak jie.. sihat ke, tak sihat ke.. busy ke.. memang kak jie busy kan.. rajin sungguh kak jie menggodey godey domain.. cayalah kak Jie..

    huwaaa…..jgn nanes…pagi2 ni tgok dah elok balik..komen2 tu tak hilang..cuma dia termasuk dlm spam je…lega tul
    tu arr neeza..hari ni pun lagi byk nk settle ni…
    tak dpt arr merayau
    terimakasih krn sentiasa menyokong kak jie

  14. am dah activatekan balik akismet awak tue..

    pasni boleh cuba upgrade wp pulak.. yang komen ilang tu tak dapek nak nolong eh.. suruh la diorang komen balik.. aha!!

    makaseeeeeehhhh….. dh dpt sms panjang giler mlm tadi..nnt lah bila free nk try

    pasal komen tu…heheheh..ada arr pagi ni tgok kt spam ..lega!

  15. xpe kak jie..belajar dari pengalaman.. 😆 ..kak jie wat ape ek..yg gambar2 graf kt entry bwh nie..

    >>>> owhhh tu detail drawing…projekt kt Tapah.
    tu arrr…. wat silap sesekali tak pe kan..
    belajar dr pengalaman..

Trackbacks

  1. negaraku.net says:

    Hadapi dengan senyuman | Hidup Biar Sedap…

    Sepatutnya lebih bijak daripada berlagak bijak!!!! Mungkin saya ingin bertindak bijak dengan mencuba dan mengusik beberapa perkara yang disetting, akibatnya saya TERDELETE semua komen² di entri terbaru ( di bawah ini ) dan beberapa komen petang tadi. …