Hari bertemu pelanggan vol – 4

By Kujie, 24/04/2009 10:14 am
Hari ini saya nak balas beberapa A Letter From Heaven yang tiba di kotak email.

nizam wrote:

awak seorang penulis ke?ada ikat kontrak dengan mana-mana produksi?

Maaf, saya hanya suri rumahtangga sepenuh masa. Terikat sebagai isteri kepada En. Saipul Anwar Hj. Daud.

noor azura bt zairuddin wrote:

assalammualaikum….saya nak tanya, benarkah tarikh lahir berkait rapat dengan perlakuan seseorang dalam rutin harian.seperti saya, dilahiirkan pada 4/9/1985.saya sukar untuk membuat keputusan yng tepat dalam sesuatu keputusan dan berfikir panjang samaada keputusan yang dibuat itu betul ataupun tidak.Sekarang saya masih mencari identiti saya yang sebenarnya.Saya memerlukan pendapat doktor mengenai masalah yang saya hadapi ini.Terima Kasih..


Waalaikumsalam. Saya bukan Doktor Fadzilah Kamsah walaupun saya ada adik bernama Fadzilah. Kajian mengenai bulan lahir dan sikap seseorang dikaji mengikut pattern tingkah laku individu melalui pemerhatian dan kajian yang panjang untuk dijadikan panduan untuk kita dalam menghadapi kehidupan yang tersendiri. Apa pun ingatlah takdir kita Allah yang tentukan. Sejarah dahulu kala , sistem numerologi dijadikan rujukan dalam sesuatu tindakan.

Mengikut teori kajian Dr Fadzilah Kamsah , tarikh lahir anda 04/09/1985

4+9 = 13 ; 1+3 = 4

4+9+1+9+8+5 = 36 ; 3+6 = 9

4+9 = 13 ; 1+3 = 4

Jadi nombor anda 4 , 9 dan 4

4 = Rajin

9 = Glamour

Mohd fadzrul wrote:

ingin berkawan dgn gadis2 yg single.

Yeah…. kepada pengunjung blog yang masih single mingle, silalah contact saya untuk dapatkan email beliau.

emelda wrote:

Saya kesunyian. perlukan teman.. saya sedang dalam kesedihan. Tiada tempat mengadu.

Saya tetap bersikap adil dengan pengunjung blog yang masih bujang teruna. Email saya untuk dapatkan email emelda yang saya pasti bukanlah Emylia Rosnaida tunangan Adlin Aman Ramli.  Jangan bersedih emelda, kenang saat indah dan kelebihan juga sifat positif yang ada pada diri awak.  Hitung apa yang anda milik saat ini dan tentunya ianya tersangatlah banyak.  Jadi bersyukur dan anda patut gembira dengan kehidupan yang tidaklah seburuk yang disangka.

Mohd fadzrul boleh contact saya untuk dapatkan email Emelda atau sebaliknya… :mrgreen:

RINA wrote:

a’kum…buat pertama kalinya saya amat tersentuh bila melihat gambar samsun di wad pesakit.

ramai yang tidak mengenali arwah dengan lebih dekat.suami saya ada melihat video klip terakhir sebelum arwah menghembuskan nafas yng terakhir. X sampai hati rasanya….. saya adalah sebahagian daripada memori hidup dia. perkahwinan saya dengan suami adalah pertemuan dari aktiviti yang pernah dia anjurkan dan jalankan. terima kasih kepadanya. Arwah adalh penyuntik semangat saya dan suami.

sekiranya ada gambar atau sebarang kenangan darinya, bleh attach dalm e-mail ini. terima kasih…..

Dalam sejarah saya menjadi blogawan, inilah email yang membuat  saya gembira. Entri saya mengenai seorang kawan suami yang meninggal kerana barah ptostat  telah menyebabkan seseorang menjejak beliau di sini dan rupanya mereka punya kenangan terindah.  Entri berkenaan di SINI dan di SINI

Moral of the story : Buatlah sesuatu yang baik bukan saja untuk diri kita tetapi manafaat untuk orang lain.

Amrie wrote:

Salam..thanks kak yang kamu reply tentang Teman tapi Mesra tu saya dah faham macam mana mau buat.

Sama-sama kasih…:mrgreen:

Nama: amirul

Subject: perencah roti john

Message: salam….skg dah ada produk baru…tak yah susah2 nak buat roti john.dah ada perencah roti john skrg nie….saya dah cuba…fuyoooo memang sedap…mmg tak pernah rasa sebelum nielah..

wah…. sesiapa ada maklumat mengenai perencah roti john boleh reply di kotak komen ya. Saya teringin juga mencuba.

Hello Kujie,

We at MalayOnline.Net Forum would like to wish you a happy birthday today!

Ini email pagi Sabtu minggu lepas, aiyo … no need to remind me of my age la (makcik tak sedo diri )

Mohamad Iskandar wrote:

assalamualaikum,soalan saya ialah bagaimana hendak membahagi perenggang dalam posting kita seperti yang anda buat read the rest, atau baca seterusnya,

puas saya cari dlm internet tapi tak faham, tq kerana membaca komen saya.

Inilah pertanyaan paling kerap saya terima. Bagaimana membuat ‘read more’ pada blogspot. Kalau gunakan platform wordpress senang kerana tidak perlukan apa² skrip, Hanya klik ” more ” sewaktu menulis entri.

Sila rujuk kepada entri saya mengenai cara-cara membuat ‘read more ‘ di SINI atau cara kedua dengan merujuk entri saya di SINI

Saudara juga boleh rujuk tutorial saya di Forum Sembang Komputer.

Moga dapat membantu.

mersik wrote:
Salamz Kujie,
Pekabo? Lama tak ke mari. Sedor2 je umah dah berubah corak. hik hik.. saja je menyapa2.
Salam ceria

Website:mersik.blogspot.com

Alahai pokcik…lama sungguh tidakku dengar mersik bicaramu. Tahun ini tak dapatlah kita intai mengintai di Pesta Buku. Kawan-kawan, silalah berkunjug ke blog Pokcik Mersik dan kalau beruntung dapat membuat temujanji di Pesta Buku 2009.

Email menggoda dari…..Redalert

Dreaming of Taipei

Dreaming of Taipei

Anak-anak saya ada SPM dan PMRlah tahun ni….jangan goda wahai gadis berskirt merah! Nasib baik akaun Airasia gunakan email saya….walaupun yang ditulis Dear Saipul Anwar. hiks!

Ada email yang tidak dapat saya balas. Saya ingin copy petikan pada page Penafian/ Read Me yang terdapat di bahagian atas blog ini.

Never contact the writer for more details on events or personal information than what they have already provided on the site. Chances are if the information you seek isn’t readily available, they have found it too personal or innapropriate to share. If you are close to the person they will eventually tell you privately, so intrusive questions are not necessary, just leave it alone. If you are meant to know, you will.

NOTA :
Hari bertemu pelanggan vol – 1
Hari bertemu pelanggan vol – 2
Hari bertemu pelanggan vol – 3

©Kujie – 2 hari saya nak siapkan entri ni tau…..:lol:

Post Lain Yang Berkaitan

42 Responses to “Hari bertemu pelanggan vol – 4”

  1. [...] dah lama dah nak buat sesi menjawab segala persoalan bersama topo ni.. terutamanya bila aku terbaca hari bertemu pelanggan kak jie.. ye la saban hari pelbagai kemusykilan yang dilontarkan kepada aku.. hohoho yang mana kemusykilan [...]

  2. OD says:

    Fuiyoo… nak tulis emel kat Jie jugak ler. Nak gak nama kuar kat entri Hari Bertemu Pelanggan Vol 5 nanti! Ngeh.

    ODs last blog post..Shopping Day… erm…

  3. titan says:

    hoho..dasatnya dia.. :twisted:

  4. MK says:

    Ha3, ramai betul pelanggan Kak Jie eh. Kalau saya tak terbalas la emel2 tu semua.

    Anyway, happy belated birthday Kak Jie :)

    MKs last blog post..Senarai Blog Komputer Dalam Bahasa Melayu

  5. zool says:

    Siap ada hari bertemu pelanggan tu..
    Dah cam agensi plak…

    zools last blog post..Jus Buah Melaka

  6. shay says:

    kak kujie dah jadi DR yerk sekarang ni… :mrgreen:
    kak kujie kita pun nak ngadu masalah nih, boleh kah.,..? :grin:

    shays last blog post..AWARD 2009….

  7. samdaddycool says:

    …hmmm saya pun nak mengadu masaelah pada kak jie…. Masalah saya berbunyi begini, ” camne nak bagi akaun bank saya penuh dgn duit setiap hari…??” :mrgreen:

    kikiki… gurau tengahari sabtu… sebab kak jie glamer…

    samdaddycools last blog post..Masbuk ketika solat Jumaat

  8. maza says:

    uiks… ekau tak jawab laie email den tu ha..

    “soalan dan aduan den:-

    Siapakah dalam blog ini paling encem?”

    oleh kerano ekau dah tak dapek jawab, biar lah den jawabkan..

    Iaitu… jeng..jeng..jengggg…
    hehhee

    “DEN”

    wakakakak

    mazas last blog post..Perjalanan Terhenti Lagi: Sg. Buluh

  9. Neeza says:

    bagus betul Kak Jie.. Jadi tempat orang tanya soalan.. dapat pahala Kak Jie, bantu orang memerlukan..
    Tak lama lagi, Kak Jie boleh buat rancangan radio sendiri.. “Bersama Kak Jie
    huhuuu… :mrgreen:

    Neezas last blog post..Games anak-anak dolu dolu.. ;)

    • Kujie says:

      @Neeza, zaman skrg ni sapa yg dengar radio lagi neeza…tak mcm kita dulu..itulah satu2 sumber hiburan..skrg ni semua info cari kat internet :mrgreen:

      • Neeza says:

        Kalau Kak Jie jadi host buat program sendiri, mesti ramai yang dengar..
        kalau tak pun, buat satu ruangan di internet… “Kak Jie menjawab soalan” heheheee…
        Barulah che’ abang tak yah gi kerja.. sebab Kak Jie dah buat duit banyaaakkkkk huhuuuu…

  10. TokNabe says:

    sesiapa yang meninggalkan persoalanan, nampaknya tidak mengecewakan mereka.

    TokNabes last blog post..Benang dan Jarum

    • Kujie says:

      @TokNabe, kadang2 sy tak pasti mereka silap membaca biodata…..ada yg ingat saya ni pakar rujuk penanaman vanilla…sedangkan entri tu siap sy letakkan link utk mereka dptkan maklumat lanjut.

  11. Lan Bingka says:

    patut masuk finalis ABPBH ni…

    Lan Bingkas last blog post..Nak ’smackdown’

  12. kruel74 says:

    Makcik Si Siantan betul… :mrgreen: Kalau bday weekend lepas apa agaknya perangai ya?

    kruel74s last blog post..T.M.I.

    • Kujie says:

      @kruel74, yg tu kena tenung mangkuk….sbb kebal sikit :lol:

      kadang2 tak de idea…dr surat2 merekalah sy buatkan entri :mrgreen:

      menghargai mereka yg sudi menghubungi

  13. AwekCute says:

    menarik la pasal teori dr fadzilah kamsah tu.. thanx for sharing.. Mohd fadzrul jom kite berkawan.. hohoho

    AwekCutes last blog post..Faraj Wanita

  14. pjan says:

    isk isk rajin sungguh kak jie..penat saya baca artikel yang kak jie tulis..tapi apapun blog kak jie best..
    kak jie saya nak gak email emelda leh ka
    hahahaha :mrgreen: :mrgreen:

    pjans last blog post..Aksi Si Kucing

  15. Mak Su says:

    waduh Jie… saya ingat apa tadi. kot-kot macam POS ker, dewan bandaraya ker, ada hari bertemu pelanggan. bravo buat Kujie!! hervat :razz:

    Mak Sus last blog post..Hari ini, aku ingin cakap banyak

  16. AyKay says:

    Kak,

    pas ni boleh diversified services
    1. kolum cari cinta

    2. kolum psikik

    3. klinik motivasi.

    kalau nak tenaga pengajar FOC, kontek2 i, boleh tolong carikan… :-)

    selamat bertemu pelanggan.

    bila nak jumpa saya, kat giant 13 shah alam

    AyKays last blog post..Rediscovery Diri – Log No 4 , adab2 cari ilmu

    • Kujie says:

      @AyKay, tgh dok fikir giant 13 tu tang mana
      stadium ke?

      :mrgreen:

      rasa berbesar hati kalau ada yg sudi tulis email hantar direct melalui blog..rasanya mereka pun visitor sekali lalu saja…saja utk meluahkan perasaan :mrgreen:

      • AyKay says:

        @Kujie,
        kak, my place dkt je dgn stadium tu. sure p situ every week, but not for the sport cuma utk p pasar minggu beli daging n sayur :grin:

        akak bole buat promo dkt giant13, utk sesi jumpa visitors, pastu buat blog jadi tpt consultation…. nampak tak RM$$$$$ yg nak masyukkkk tu.. :razz:

        ramai kat sini yg boleh jadi marketeers ni

        AyKays last blog post..Rediscovery Diri – Log No 4 , adab2 cari ilmu

  17. KampungBoy says:

    wa…blog nie dah jadi ruangan mencari cinta
    ramai dapat surat peminat gak ek
    kak kujie :grin:

    KampungBoys last blog post..Bantulah Che Nat

    • Kujie says:

      @KampungBoy, erk…. kalau sapa yg berkenan
      manalah tau…ada jodoh

      tiap hari mesti ada sekurangnya satu
      rasa best sgt…rasa mcm dekat je dgn pengunjung :lol:

  18. fiezabaiduri says:

    mujur tak de surat nak mengorat eh. :lol:

    ke mmg ada? ahaks!

    fiezabaiduris last blog post..Malukah kita?

  19. en_me says:

    kakjie yg glamerr tewww.. ahaks

  20. ubey says:

    satu!. hehe. glemer tul kak jie. hiih

    ubeys last blog post..Cara2 Menjadi Dewa Dalam Arena Memancing (1)

  21. Kujie says:

    @ubey, sbb satu2nyalah lebih menyerlah… org mudah ingat..special edition la konon2nya :mrgreen:

Panorama Theme by Themocracy