Jadilah Blogger Yang Pertama

Tiap kali Intan balik sekolah dia mesti tanya … beli paper tak..beli paper tak? Semua anak²,  balik sekolah mesti cari suratkhabar dulu – mesti baca paper dulu.  Baru nak cari nasi.

Tapi sejak 5 tahun terakhir ini, kami jarang beli suratkhabar. Baca online.  Tapi saya kerap juga beli akhbar sebab  Intan cakap dia suka baca Dunia – Ragam Global. Tak kisahlah… itu lebih baik dari baca mukadepan kisah rogol, bunuh, lari rumah, dilarikan jin atau berita seks.

Minggu lepas saya tunjukkan dia satu berita menarik dunia dari internet. Saya baca melalui Google Reader dan bookmarks beberapa akhbar online antarabangsa.

Besoknya, gambar dan berita yang kami baca di internet keluar di akhbar.

” mama……..intan dah bacalah kisah ni….”

Lusanya berita itu menjadi bahan update beberapa blogger.

Nampak tak?

Betapa gembiranya dia kerana menjadi orang lebih awal mengetahui dari suratkhabar. Dia rasa dia lebih ‘bijak’ dari wartawan akhbar.

Itu perasaan anak berumur 11 tahun.

Awak nampak tak?


Climbing Wall tertinggi di dunia – dikenali sebagai Excalibur terletak di Groningen, Belanda.

Sebagai blogger, anda juga boleh menjadi orang pertama melapurkan kalau anda rajin mencari dari sumber yang lebih global. Bukan mengambil dari akhbar online tempatan yang sumbernya juga dalam talian di depan skrin anda.

Climbing wall setinggi 37 meter (121 kaki) – sumber : newlaunches.com

p/s Google Alert juga boleh membantu untuk mendapatkan infomasi terkini.

©kujie – saya tak ada idea untuk alihbahasa Climbing Wall di dalam Bahasa Melayu.   Carian dengan Google, Rock Wall dan Climbing Wall benda yang berbeza.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

34 thoughts on “Jadilah Blogger Yang Pertama”

  1. Salam…
    saya baca segala yang boleh dicapai tetapi bukan semua saya akan ‘baca’..yang menarik je menjadi perhatian, kadang kala muak juga dengan cerita yang berlandas topik yang sama.

  2. saya suka baca surat khabar konvesional sebab dah tahu antara muka masing…. dan tahu dah hari ini seleksi apa, hiburan ke, sains ke, pendidikan ke….

    lagi satu seronok membaca dengan gaya bebas…. kalau online terbatas, depan pc jer…. Bile nak ada komputer senipis kertas???
    Jom terjah post menarik dari zikri ..Chuck Ep 6My Profile

  3. hehe…saye masih lagi beli paper sbb dah terbiase sejak kecil…so, isteri saye dgn comelnye bertanye…”eh..nanti bace online jugak kan?”…hehehe…

    tips bgus ni…thanks kak jie…saye jugak nk jadi yg pertama… :mrgreen:

  4. kak kita pakai google tak boleh la nak masuk blog akak nih… pakai firefox baru boleh… dah lama tak singgah sini…

    kita pun dah lama tak beli surat khabar, berita yang tersiar kat akhbar tu, tak abis2 berita yang sama…
    Jom terjah post menarik dari shay ..Kearah mencantikkan BLOGMy Profile

  5. kadang-kadang teringin nak jadi blogger pertama, tapi rasanya tak cukup tegar lagi nak kejar headlines dan nak hadap benda yang tak suka. Better mind my own business, tulis benda yang ada terasa nak tulis jer.

  6. huhu..tajuk entri ni mmg sesuai sgt dgn situasi malam ni.. aried mb antra yg awal ckap tntg esok kelantan cuti.. tiba2 lepas entri aried publish, tgk kt whosamungus ade 60 orang duk online dalm blog.. lor… patut le, tgh baca sal entri cuti..huhu
    Jom terjah post menarik dari aried ..Esok- Kelantan Cuti!!My Profile

  7. ari2 memang kena beli paper psl anak nak nengok berita sukan (minat bola) tapi kenkadang saya mesti nengok berita di media online alternatif, ada keseimbangan disitu…

  8. entah la..saya masih suka suratkhabar tradisional..sebab suka membaca sambil baring atas sofa bawah kipas..nak baca dalam handphone, handphone tak canggih..netbook nak bawak masuk bilik membaca atas katil, line internet tak laju pula.. sebenarnya saya lebih suka baca blog yang letak news dalam blog dia kemudian dia analisa sendiri pro dan cons sesuatu perkara, tak terkecuali link2 berkaitan dengan topic yang menunjukkan dia buat research terhadap topic tersebut (macam Kak Jie la.. 😛 ), kalau setakat tempek news dalam blog, kemudian maki2 marah subjek dalam news tu, malas rasanya nak baca..just my 2 cents. anyway, happy weekend Kak Jie dan Intan.
    Jom terjah post menarik dari Linarahim ..A Prosaic UpdateMy Profile

Comments are closed.