Jawapan dari Nuffnang
Blogger

Jawapan dari Nuffnang

Kenapa tiada buffered nuffnang, kenapa iklan nuff tido?

Daripada meneka dalam kesamaran, saya lebih berminat bertanya direct kepada nuffnang dan inilah jawapan dari Blogger Relations Executive Nuffnang, Robb Chew.


p/s – yang diblurkan tu –  jawapan peribadi untuk saya je lah… :lol:

Pengiklan mempunyai bajet belanjawan yang terbatas sedangkan penulis blog terlalu ramai, jadi pengiklan akan memilih blog yang bersesuaian dengan bajet belanjawan mereka.

Industri pengiklanan juga mempunyai waktu puncak dan waktu tidak sibuk ( peak and low season) dan tentunya kita sedar dalam tempoh beberapa bulan sebelum akhir tahun  ramai blogger dapat ribu riban ernings. Ramai blogger yang mendapat buffered 4-8 kempen sekali gus.

Kebiasaannya awal tahun industri ini akan mengalami waktu ‘kering’ .   Macam pokok getah – sekarang musim daun gugur, susu tak de!   Tiada apa-apa yang hendak dirisaukan , hanya perlu bersabar dan biarkan pasukan jualan nuffnang bekerja untuk mengaut lebih berkempen apabila tiba masanya.

Buffered saya pun ada satu je… kempen OSIM tu pun dapat rm 0.00 sebab saya tak letak code iklan nuffnang. Iklan tersebut untuk LB ( LeaderBoard ) tetapi saya telah keluarkan code tersebut.

Soalan cepumas – Saya ada akaun Innity, kenapa tak beralih arah seperti kawan-kawan yang lain ?

Saya suka berbeza dengan orang lain…………. it’s me!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

94 thoughts on “Jawapan dari Nuffnang

  1. Salam Jie…..oooo…patutlah Nuff akak tdo jek..huhuuuu…ate x terpilih la kiranya dah eh..musim gugur, musim kering gitu eh…hadooiii…habis tu camne, kena tunggu je la yaa…hehe
    .-= ummi´s last blog ..Mee Udang Che Iza =-.

  2. salam…saya baru nak belaja2 guna nuffnang ni..

    😉
    .-= hanim husin´s last blog ..Pesan Nenek… =-.

  3. ooo…. patutla selalu tido je nuff ni.. tapi logikla apa yg nuffnang ckp tu. matilah advertisor nak bayar iklan2 tu kalo 24 jam tak tido. makin rancak la nuffnangers tolong klik-klik iklan. hehe.. 🙂
    .-= Amir´s last blog ..Kebanjiran warga asing di Kuala Lumpur: Malaysia Truly Asia =-.

  4. hehe..ada akaun innity dan nuffnang. Ada banyak blog. So, pilih ajelah blog-blog mana yang sesuai.. :mrgreen:
    .-= titan´s last blog ..Komisen ke 44 dari TNX =-.

  5. harap2 nuffnang bleh bertahan ngan low peek season yng diorang hadapi sekarang..yg penting payment jgn sangkut sudah..haha

  6. salam kak jie.

    terima kasih kerana berusaha mendapatkan jawapan dari nuffnang dan kami juga yang dapat manfaatnya.

    patutlah, dalam sehari tu sekali-sekala je iklan tu aktif. sejak masuk bulan 2 ni iklan kat blog kakchik pun hanya keluar yang skycrapper dengan between blogs je, itu pun lewat malam.

    ehem, banyaknya buffered campaign kakjie w/pun hanya satu.
    .-= KakChik´s last blog ..It’s time to have some fun! =-.

    1. @KakChik, sebulan dua ni dapat kempen 2-3 saja tetapi dalam amoun yang agak besar…kalau dapat kempen 7-8 dulu, amount kecik2…sama je la rasanya

      saya bertanya sebab saya baca ramai blogger dok keluh kesah bab nuff dia orang yang tido lah..itu ini begitu begini

      saya lebih mudah menyelesaikan masalah dengan berntanya dengan pihak nuffnang sendiri…baru puas hati 😆

      boleh juga dikongsi dengan kawan2

      1. @Kujie, hehe, kakchik la tu yang termasuk dlm kalangan yg tertanya2 pasal iklan nuffnang yang tak aktif dan malas nak tanya tuan empunya 😀
        hari ni iklan skycrapper kakjie memang aktif, iklan digi tu. mesti tahap 5 bintang tu.
        blog kakjie ni walaupun minimalis je tapi menarik dibaca sebab tu orang tak puas berkunjung.
        .-= KakChik´s last blog ..Hanbok: What a beautiful dress! =-.

  7. 🙄 beralih kepada pengiklan luar plak
    .-= Extremist Thinker´s last blog ..Beriadah Sensasi Di Kelantan =-.

  8. kak jie… lewat kebelakangan ni innity pon mengambil strategi yang sama. dah 2 3 hari kering je getah tanpa boleh ditoreh.. kalau torek jugak.. maunye sampai umbut pon tak dapat getah… iklan pon macam kureng dah.

    P/S: mungkin sebab blog saya tak best. haha
    .-= Kreuger´s last blog ..Berkongsi LATITUDE dalam talian, apa pendapat anda? =-.

    1. @anyss, mula-mula tahun 2007 pun mcm tu juga…dah daftar lebih setengah tahun baru teringin nak letak…. sampai skrg ni..on off je letak code tu..kadang2 letak bawah..kadang2 keluarkan

    1. @beliamuda, menunggu masa yg sesuai join innity ni
      .-= denaihati´s last blog ..Keputusan Entri Popular HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.

  9. patutlaaaaa…dah makin slow skrg buffer sy…thanks kak jie utk info ni 🙂
    .-= zati´s last blog ..Puncak Titiwangsa RnR, Jeli =-.

  10. “Saya suka berbeza dengan orang lain…………. it’s me!”
    Bestla..leh gantikan dengan tagline hidup biar sedap..tp,pnjg sgt lak..hehe
    .-= oh!dawie´s last blog ..Ada apa dengan Coke ?? =-.

    1. @oh!dawie, tagline blog kak jie dah lebih 3thn – kadang2 rasa nak tukar, mcm tak sesuai tapi dah lama bina penjenamaan, kena lancar tagline baru kot 😆

      1. tagline kakjie nie dh 3 thn?lamenye..hehe..sy xde tag line pon..hehe.erm,idea tagline hidup biar sedap nie kakjie amek kt iklan aiskrim ke ek?
        .-= oh!dawie´s last blog ..Ada apa dengan Coke ?? =-.

    1. @Incik RestNrilekS, akhir tahun nak habiskan bajet…g meeting kat Langkawi..hahaha

      eee..ngeri nak cakap macam ni….tak semua orang faham 😀

  11. ” Saya suka berbeza dengan orang lain…………. it’s me! ” – hahaha…. lepas org lain dah pakai innity…baru la kita pakai plak……………. 😉 😉

    1. @syin, rasanya Kak Jie kumpulan awal antara KITA-KITA yang pakai Innity… kejap je 2 minggu
      lepas tu tengok ramai kawan-kawan yang turut sama berlaku curang… 😆

      Kak Jie balik ke pangkal jalan… 😆

        1. @luth textile, tak juga.. kak jie guna Innity 2 minggu saja – rasanya awal bulan Disember hingga 23 Disember – itu pun masa tinggalkan blog bercuti.

          2 minggu tak cukup untuk buat analisis yang tepat.

  12. hohohoh saya pon suka berbeza dengan yang lain.. sebab tu tak pasang innity.. (statement penipu..) 🙄
    .-= topo´s last blog ..4 Tips Yang Boleh Menjadikan Shoutbox Anda Lebih Kacak =-.

    1. @topo, tak beza pun topo….lebih ramai yg guna nuffnang..cuma bila ramai yg beralih arah dengan innity…mula2 ikut lepas tu..tak nak

      nak jadi lain dari org lain di kalangan komuniti lah konon2…tu 😆

      1. @Kujie, hohoho padahal topotato.com tak layak pon pasang innity.. 😳
        .-= topo´s last blog ..4 Tips Yang Boleh Menjadikan Shoutbox Anda Lebih Kacak =-.

  13. Rancang nak kuarkan nuffnang dari senarai iklan di blog cuma sedang mencari altenatif yang lain yg lebih baik. Dah setahun tak cecah RM25 pun yang lagi satu tu dah dapat ratus pun…mungkin belum rezeki dari nuffnang kot.

    1. @denaihati, bagi yang ‘berselera besar’ dan ingin ‘mengaut lebih’ nuffnang mungkin bukan tempat yang selesa – kecuali beberapa kes selebriti ( itu platform lain )

      Bagi Kak Jie yang bergerak secara slow aman damai – tak kejar itu ini – nuffnang ok je 😆

      1. @Kujie, saya pun tak mengharap pulangan ribu riban cuma mungkin nuffnang belum rezeki untuk saya.
        .-= denaihati´s last blog ..Keputusan Entri Popular HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.

    1. @Mr Kamikaze, dia cakap “bersesuaian dengan bajet mereka.” kalau pengiklan tu bajet sikit, dia nak blog yang trafik sedang2 gak….

Comments are closed.