Jom Outing Bersama Tarmizi Shukri Dan Ai Media

bokeh

Saya minat ambil gambar cantik, suka sudut menarik tetapi tak ada kemahiran secara formal dalam bidang fotografi.  Kamera DSLR ada tapi tidak pernah digunakan secara maksimum. Pernah mendaftar untuk ikuti kelas fotografi di Kolej Komuniti Hulu Selangor tetapi kelasnya dibatalkan.  Lama-lama keinginan tu sejuk beku macam ‘taik ayam’

Kejap tadi suami saya telefon untuk carikan mana-mana kelas untuk belajar fotografi.  Dia sanggup untuk turun dari Hulu Terengganu.

Secara kebetulan, saya teringat dalam Google Calender, ada satu outing anjuran Tarmizi Shukri dan Ai Media   Cepat-cepat saya registerkan nama suami dan diri sendiri untuk hadiri kelas fotografi kali ini.

Kalau ada kawan-kawan nak ikut sekali, jomlah.  Kelas percuma!

Tarikh: 30 Mac 2014
Masa: 3-6 Petang
Lokasi : Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur
Yuran: Percuma.

Jom Outing Siri 2 ini terbuka kepada semua yang berminat tak kiralah korang pemilik DSLR, kamera kompak, smartphone, lomo atau Instax.  Peserta yang mengikuti Jom Outing ini akan diberi diskaun 50% untuk mana-mana bengkel fotografi anjuran TarmiziShukri’s Blog.

Ini peluang terbaik untuk meningkatkan skill dan pengetahuan dalam bidang fotografi. Dengan kamera yang canggih sekalipun, kalau malas menimba ilmu takkan ke mana. Jadi rebut peluang ni.

Antara aktiviti yang dirancang pada petang tersebut adalah tips fotografi antaranya bokeh dengan kitlens, bermain dengan mode flash untuk mendapatkan gambar yang kreatif, rahsia gambar seperti pro dengan hanya kamera biasa dan banyak lagi.

Selain itu ada juga sesi soal jawab dan perkongsian pengalaman terutama yang berminat menjana pendapatan melalui fotografi.

Kalau nak mendaftar, klik sini – Jom Outing (Siri-2) di Taman Tasik Perdana. Habiskan cuti hujung minggu dengan aktiviti ilmu bersama rakan blogger yang lain.

  1. “Terbuka kepada semua yang berminat tak kiralah korang pemilik DSLR, kamera kompak, smartphone, lomo atau Instax”.
    Memang terbaik ni..saya memang minat ambil gambar dengan iPhone..mungkin ada teknik yang boleh digunapakai..tengok mcm mana nanti..kalau ada kelapangan dan tiada halangan, In Syaa Allah..err..daftar last minit boleh ke?
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Pendaftaran Sekolah Rendah Bagi Sesi 2015/2016My Profile