Salam ceria buat pembaca Kujie2.Com. Alhamdulillah, hari ini sekali lagi anda bersama dengan En. Kreuger yang baru jer lepas bagi tidur anaknya. Hehehe.. biasa lah… saya pon macam jugak acik-acik kat sini. Orang dah bekeluarga. Jadi masa banyak diperuntukkan untuk keluarga dulu. Pantang bagi peluang, mukadimah mesti nak panjang kan? Baiklah.. saya teruskan dengan agenda Cik Kiah dengan Pak Maidin nak mengelola mesyuarat AJK Tingkap.
Saya yakin masih ramai yang belum tahu pasal kewujudan blog Aggregator KakiKomplen. Motif utama kewujudan blog ini adalah sebagai satu pusat himpunan blog-blog berdaftar yang dikompilkan menjadi satu sumber berita blogger tempatan. Pendek kata, ianya sama lah fungsi macam blog PING, IMCurtian, NegaraKu.net (satu ketika dulu) dan juga yang terbaru adalah GengBlogger.
Kewujudan blog ini bukanlah untuk menandingi mana-mana blog PING yang sedia ada, sebaliknya ianya adalah himpunan RSS rakan-rakan berdaftar yang disuap masuk secara automatik. Buat masa ini, suapan RSS Feed untuk rakan yang berdaftar akan berjalan secara automatik. Selepas mendaftar dan diluluskan oleh admin, anda tidak perlu login setiap kali anda melepaskan entri terbaru. Sebaliknya blog ini akan melakukan kemaskini PINGnya dengan sendiri.
Secara amnya saya rumuskan apa yang boleh dilakukan oleh Aggregator KakiKomplen adalah:
- Blog anda tidak dicuri sama sekali.
- Anda mendapat pingback untuk setiap artikel anda.
- Tajuk artikel akan di Tweet oleh @KakiKomplen
- Tweet Meme akan dibawa ke blog anda.
- Catatan penuh juga terus ke blog anda dalam masa 15saat
- Mempunyai arkib dan kategori yang menarik untuk perkongsian bersama
- TERBARU: LiveKomplen® – untuk buat aduan secara live menggunakan telefon bimbit dan email.
Macam mana? Uji pandu KakiKomplen.Com sekarang dan rasailah kelainannya. Sekiranya ada perkara yang anda rasa boleh dipertingkatkan, sila majukan cadangan anda pada catatan ini ataupun hantarkan email terus kepada:- admin[@]kakikomplen.com.
Nota1: Admin[@]kakikomplen akan bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri. Jadi sebarang pendaftaran akan diluluskan setelah cuti semesta KakiKomplen tamat. Jangan marah ye~
Nota2: Kak Jie dah sampai kampung ye? Sampaikan salam saya untuk orang kampung ok. Saya akan bertolak balik besok. Gurun, Kedah nunn… nak kene naik flight dengan unta la jawabnye. hehehe..
Post Lain Yang Berkaitan:


Terima kasih atas info tu. Lepas nak cuba la…
Jom terjah post menarik dari shaharil ..Nasihat Di Pagi Selasa
yearghh..kakikomplen memang terbaek…

Jom terjah post menarik dari Lee ..Eid Mubarak
memangbest lah kakikomplen ni
Jom terjah post menarik dari denaihati ..Freemasons askar Dajjal agenda takluk dunia
dah daftar dah pun untuk kaki komplen tu
cuma tang pingback tu yg tak reti, nape sy tak dpt pingback tu huhuhu
Jom terjah post menarik dari mijie ..Sesi teh tarik bersama pokli dot com
wahhh~macam menarik jek kak jie?muehehehe~
pegi ke sane!!=)
Jom terjah post menarik dari nabiel ..Bila RinduRase Sangat Kerinduannya