Kejutan 20102010 – Pengantin Blogger

Entri dibawah tu, post berjadual.

Ini kisah hari ini.  Kisah kejutan blogger datang bertandang secara mengejut.

Tenghari tadi saya terima panggilan dari nombor tak dikenali. MUngkin saya pernah save tapi bila bertukar telefon, memori hilang.

“Kak Jie, saya nak datang rumah Kak Jie….Sekarang kat Bkt Sentosa”

Sah² blogger! Memang dia kenalkan diri tapi tahap pendengaran saya yang kurang j, saya tak jelas siapa dia.

“Terus jumpa simpang tiga, ikut kiri arah utara sampai balai polis, jumpa trafik light masuk kanan…jumpa…jumpa….”

Hari ini hari Rabu – antara hari paling sibuk dalam seminggu. Kebetulan pula hari ni giliran saya bawa makanan untuk kelas pengajian. Bertukang kat dapur sepagi.

Rumah saya tak ada budak² – kemas apa yang patut dan tunggu tetamu tak terduga yang saya pun tak tahu siapa!

Sekarang ni mudah bagi direction dengan budak²muda, masing² ada GPS. Sekejap saja dah sampai. Kebetulan kereta saya park kat luar, WAJA tetamu saja terus masuk park kat garaj.

Apa yang pertama sekali saya nampak?

Sepasang tetamu dan yang perempuannya merah inai dijari kaki dan tangan! Tengok pemandu lelaki saya dah tahu siapa dia…. pernah nampak gambar dalam beberapa blog.

@life4hire rupanya dan semestinya pengantin perempuan tu @callister

Ya Allah budak² ni… kahwin tak ajak!

” Kami kahwin mengejut Kak Jie….rancang tahun depan tapi …..’makcik ni’ nak interview minggu depan, tak pasti nak posting kat mana…..bincang dengan family dia orang cadangkan kami nikah dulu “

Si Yam tu panggil Callister ‘ makcik’ huhuhu….. gurau manja suami isteri gaya klasik!

Dia orang menikah cara elok² tau walau sorang pun tak dijemput!  Tak apalah – selesaikan hal wajib.  Semoga perkahwinan ini dirahmati Allah dan berkekalan bahagia ke akhir hayat.

p/s =  macam tradisilah pula – azmanishak kahwin dulu pun bawa isteri berinai di jari jumpa saya- macam sambut menantu le pula 😆

©kujie – life4hire adalah blogger yang banyak membantu saya membina kujie2.com.

46 Replies to “Kejutan 20102010 – Pengantin Blogger”

  1. terima kasih la kak jie kerana sudi menerima tetamu yang tak diundang ni…dah lama ingat nak singgah rumah kak jie ni…masa jer tak sesuai..alang2 balik tengah hari dr ipoh..kitorang singgah la..haha…tak sangka siap ada blog post lg dari kak jie..terima kasih banyak2…
    Jom terjah post menarik dari life4hire ..Kereta ajaib berjalan atas air!My Profile

  2. dia org tu diam2 je
    tak de update status jiwang kt fb ke, kt twitter ke
    alih2 dah nikah pun 😆

    cukup syarat rukun dah boleh lah tu 😆

  3. Yam telefon Kay tanya direction – mula² suspen je
    kak jie cakap dok sorang..ye lah..tak manis la pula kalau terima tetamu lelaki
    rupa² dia datang berdua 😆

  4. betullah tu
    blog masing2 tak berupdate
    tiba2 muncul depan rumah
    dah tu dgn status terkini 😆
    tapi tumpang gembira – bahagia

  5. kak jie… bukan stakat kak jie jer terkujat. saya pon. tadi sebelum dia datang umah kak jie.. dia call saya dulu tanye direction. tapi saya tak tau. dah la tak pernah pergi umah kak jie. pas tu tanye dia… dah nikah ke belom? dia kate dah… WADEFISSHHHH!!!! muahahaha.. tak hajak pon. tapi perkara ni saya dah tau dari awal lagi. mungkin saya orang pertama dia cerita pasal perkara yang dia cerita kat kak jie seperti entri kat atas. same la tu…

    tahniah untuk Yam dan Saie. Semoga berbahagia ke akhir hayat hendaknya. amin~
    Jom terjah post menarik dari Kreuger ..Mencabar kredibiliti dengan memprogram database menggunakan IRC ScriptMy Profile

  6. Ya Allah

    patutlah sms tak reply
    email tak balas

    orangnya tak de kat M’sia

    tgok Iza komen di sini baru teringat 😆

    nyanyuk dah

  7. awat…………rasa mcm blog anak² dara ye.. 😆

    itu yg specialnya… pengantin tu mmg blogger yg dah kenal lebih 2 tahun….tiba² buat kejutan mcm ni 😆
    rasa mcm makcik² pula bila terima tetamu macam kes bertandang rumah sedara mara lepas kahwin 😆

  8. :mrgreen: sweet je, pengantin baru datang bertandang. tapi suspen juga bila taktau gerangan niii. gelabah.

    kita rasa sikit pelik bila blog kakJie ni warna pink. hehe.
    Jom terjah post menarik dari cha ..Syasya oh syasyaMy Profile

Comments are closed.