Kenapa Innity Bukan Nuffnang
Blogger

Kenapa Innity Bukan Nuffnang

Saya bertukar menggunakan Innity bukan bersebab earning semata-mata. Ianya berhubung kait dengan prinsip seorang isteri seorang ibu, ada sempadan agama dan budaya yang perlu saya patuhi.

Itu saja. Bukan bersebab wang ringgit semata². Kalau duit yang saya utamakan, semua orang akan nampak blog ini berkelipan berkilau iklan kiri kanan atas bawah.

Bukan tak ada pengiklan yang mencari untuk beriklan  tetapi ada produk² yang tidak selari dengan prinsip saya.

Dengan Innity saya ada kuasa ke atas diri sendiri dengan memilih dan mengabaikan iklan yang saya tidak mahu dipaparkan di blog ini.

Innity tidak melihat personaliti seorang blogger tetapi mengiktiraf pencapaian sesebuah blog.  Ini juga  sebab menarik kenapa saya selesa bersama Innity.

Di syarikat mana sekali pun, earning ada pasang surutnya – kita kena faham pengiklanan adalah perniagaan bukan projek syok sendiri.

Bagi pendapat peribadi saya, Nuffnang tetap sesuai dengan sesiapa saja yang boleh menerima sistem mereka. Cuma saya yang tidak boleh masuk dengan sosial budaya Nuffnang. Itu saja.

jawapan untuk email
soalan kenapa…kenapa…yang kerap ditanya

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

60 thoughts on “Kenapa Innity Bukan Nuffnang

  1. saya baru je buang kod nuffnang tadi…bila ranking blog dah ok nanti baru nak letak iklan kot…(innity kot nanti itupun kalau lepas) 😉
    Jom terjah post menarik dari SyafzMagz ..Kucing VS InternetMy Profile

  2. salam, akak 1st time dtg sini.. nice!

    tertarik ngan tajuk.. hmm

    sy masih dalam di lema nk amik antara 2… hmmm… sbb nuff mmg pilih kasih~
    Jom terjah post menarik dari sjiehan.com ..10 ragam parking kenderaanMy Profile

  3. Masih setia dengan nuffnang.. walaupun bukan anak emas.. tapi masih boleh lepas bayar broadband setiap bulan.. Tuhan dah tentukan rezeki setiap orang ..kalau bukandari berblog rezeki anda.. mungkin ada sumber rezeki dari tempat lain..yg penting jgn berhenti berusaha.. kalau dok salahkan sana.. salahkan sini.. tak kemana.. betul tak kak Jie
    Jom terjah post menarik dari myvitrd ..10 Anniversary Super Blogger Contest Hadiah Utama iPad 2My Profile

  4. Saya tak layak lagi untuk innity.. untuk nuffnang pula saya makin hari makin sakit hati.. unique visitor 5 angka.. tapi income 25 sen walaupun saya status Glitterati!! Yerlah, bukan tujuan saya buat blog untuk dapat duit tapi bagi saya tak adil jika orang mempergunakan blog saya. Buat masa sekarang, saya gunakan adsniaga. biarlah status glitterati saya hilang.. janji puas hati..
    Jom terjah post menarik dari Rozeman ..Jom ke Galeri P Ramlee &amp Rumah P RamleeMy Profile

Comments are closed.