Kenapa Saya Tak Join Nuffnang?

Waktu saya jumpa Blogger Azman , isterinya dan Edwin ( entri di sini) saya ditanya

” kenapa Kak Jie tak join party-party dengan nuffnang?”

Soalan ini timbul bila saya beritahu saya pernah dijemput secara personal melalui telefon untuk join beberapa aktiviti  nuffnang seperti projek Ogawa, Johnson& Johnson dan beberapa jenama susu lain.

Kenapa ye – sedangkan disitulah tempat yang sesuai untuk mempamerkan diri dan mempopularkan diri?

Jawapan mudah – life saya bukan begitu. Saya bukan berblog untuk berada di bawah kerlipan kemasyhuran dan perhatian. Saya tak boleh mengelak diri untuk dikenali kerana saya memang berusaha memantapkan blog ini dengan berbagai teknik SEO  tetapi ada sempadan dan ‘zon selamat peribadi‘ untuk keselesaan diri sendiri.

Saya seorang isteri dan seorang ibu, ada sempadan agama dan budaya yang perlu saya patuhi. Saya bukan muda remaja lagi – dah melewati usia 40 tahun pun.

Bukan tak pernah, ada juga sekali saya ikuti aktiviti nufnang . Tayangan perdana filem James Bond – saya angkut seluruh ahli keluarga – saya dan suami tengok Bond tajaan nuffnang dan GoMobile, anak-anak tengok movie lain yang hampir sama waktu.

Bukan bermaksud saya menyorok identiti diri kerana  semua biodata diri saya di sini adalah benar dan saya biasa bertemu blogger – rasanya lebih 100 kawan online yang pernah saya temui.  Ada ramai juga kawan-kawan blogger yang pernah berkunjung ke rumah saya.

I am special because I am me and there’s nobody anywhere just like me . You’re special too, but I can’t be you!

Cara kita melihat dan menilai sesuatu berbeza.  Kehidupan peribadi saya setakat yang boleh dikongsi – tidak semua pintu dibuka untuk setiap orang.

©Kujie – malam tadi berskype dengan mak mertua – suweeet kan!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. juanita says:

    Hmm…saya mula2 join NN ni mmg sgt2 la teruja.
    penah dpt jemputan churp2 ke party. Tkezut saya bila restoren tersebut dipenuhi dgn arak & etc. kemudian acara gilang2 gemilang nye juga begituuu..ohh tidakkk….
    Jom terjah post menarik dari juanita ..Tak Buat Tak DapatMy Profile

  2. ehh.. sorry2.. silap tagline lah.. tu tagline orang lain.. al-maklumlah sebab blog2 femes kan.. sampai tersilap tagline mereka.. hehe.. 😆
    Jom terjah post menarik dari Oh! budu ..Penangan Tukar DomainMy Profile

  3. tahniah! teruskan usahamu.. hidup untuk memberi! yeah…
    Jom terjah post menarik dari Oh! budu ..Luahan hati Khairul Fahmi Che MatMy Profile

  4. suka dgn cara akak kujie2 berkata & blogging..
    ada betulnya kata akak kujie2 ni, saya setuju sangat 😛
    Jom terjah post menarik dari Cik wan ..New PostMy Profile

  5. hohohoh.. takkan le kak jie tak layakk
    Jom terjah post menarik dari aried ..Keputusan Perlawanan Bola Kelantan lawan Selangor Suku akhir KeduaMy Profile

  6. Kak Jie tak layak

  7. huhuh..kak jie dah tak pkai nuffnang adv ke skrg?? knpe
    Jom terjah post menarik dari aried ..Keputusan Perlawanan Bola Kelantan lawan Selangor Suku akhir KeduaMy Profile

  8. mrs jamal says:

    memang respek abis..patutnyer sume isteri yang bergelar blogger harus jadikan kak jie sbg icon..jangan kerana glemer kita jadi lupa diri ..ramai y macam tu…

  9. setiap blogger ade prinsip masing-masing..sy hormati keputusan kak jie..
    Jom terjah post menarik dari Fiz ..Download Ost Janji kekasih -Afgan-PadaMu Ku BersujudMy Profile

  10. nak skype dengan kak jie lah..boleh..hehe
    Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..Dari Kotak Spam ada Phishing Durjana!My Profile

  11. modern jgk ek mk mrtua..siap main skype lg 2!
    : )

  12. huhu…ala, kak kujie ade style sendiri. baru la ade kelainan sket dengan blogger yang lain. 🙂
    .-= aidi-safuan´s last blog ..The Big Pig Island VS The Middle Pig Island =-.

  13. Tintataghyir says:

    Puan Kujie, mahu tanya sedikit, pulg in apa yang Puan pakai untuk terus diberitahu pada pengomen melalui email yang komennya sudah dibalas? Terima kasih.
    .-= Tintataghyir´s last blog ..Jangan Sesekali Lakukan Di Stesyen Minyak!! =-.

    • @Tintataghyir, Plugin WP Thread Comment

      Bila setting > Email notify the parent commenter when his comment was replied > tick Anyone replies

  14. Sweet Thinker says:

    kalau xjoin party tp dpt tv lcd kan best. 😆
    .-= Sweet Thinker´s last blog ..Payung Yang Ditakuti Oleh Kaum Wanita =-.

  15. Gua x join nuffnang sebab nuffnang hanya berparty di KL.. gua orang sarawak ! LOL 🙁
    .-= Eldy´s last blog ..Duit Paypal gua dah terima =-.

  16. Ayah Aiman says:

    blh kak kujie share sikit info mcmana nak meramaikan follower / commenter dkt blog kiter??? al maklumlah, saya msh baru dlm dunia blogger nie..
    .-= Ayah Aiman´s last blog ..BANTUAN anda diperlukan!!! =-.

    • @Ayah Aiman, soalan macam nilah paling susah nak jawap sebab dia bukan objektif 😆

      followers kat blog ni bukan dalam bentuk nyata – ada sidebar kt tepi tu ada gambar berderet2 followers – kebanyakkannya silendt reader yang ikut sejak 3 tahun

      3 tahun bukan 3 bulan! – point pertama

      ada banyak komen bukan semestinya popular atau terbaik – point no 2

      cubalah membalas komen pengunjung – walaupun sekarang saya sendiri tak sempat nak balas semua komen – nak blogwalking lagi.

      saya menulis tentang diri saya – perkara yang dilalui dah pengalaman sendiri – tetapi bukan sepenuhnya nak diceritakan … biasanya tiap entri saya selitkan juga beberapa panduan dan info

      dan yang paling pentin – semua ini bukan kita dapat dari permintaan – datang secara semulajadi – kita tak boleh menyenangkan semua orang tetapi sekurang-kurangnya kita tidak menyakitkan hati walau ‘seorang’

      what you give, you get back – buatlah baik dgn semua orang – sepanjang 3 tahun berblog saya tidak pernah ( mungkin ada le kot , tapi dah lupa, tak berkesan kat hati sangat ) komen dari pengunjung yang tidak dikenali yang berbentuk negatif.

  17. kalau kat sarawak nie,ada nuffnang buat program kan bagus….
    .-= ishak´s last blog ..Wanita pun punya ego ? atau ? =-.

  18. Ayah Aiman says:

    mcmana kak kujie blh dpt jemputan utk hadir akitivit tajaan nuffang tu yer??? kalau blh kongsi lah sikit dgn AA…
    .-= Ayah Aiman´s last blog ..BANTUAN anda diperlukan!!! =-.

  19. tp kak jie nampak mcm remaja2 je.. hehe….
    .-= ohmalaysia´s last blog ..Sebiru nasi kerabu =-.

  20. tintataghyir says:

    Prinsip yang sangat baik.

  21. emm, betol, ada perkara yang lebih elok dirahsiakan, bila keterbukaan mengundang mudharat yang lebih besar.. aihh.. ape saya cakap nih, saya pun tak faham. 😀

    Walupun dunia tanpa sempadan, Kehidupan mesti ada sempadan.
    .-= amirulfaiz´s last blog ..Lapang sebelum sempit. =-.

  22. Saya setuju ngan kak gie..
    Saya LIKEs ayat kak gie…udah macam fb plak..
    anyway..

    I am special because I am me and there’s nobody anywhere just like me . You’re special too, but I can’t be you!

    😛

    • @Kerch, he he he …. macam selalu kak jie cakap – pandangan tiap orang berbeza bergantung dari berbagai sudut – dan tiap orang akan menegakkan prinsip masing-masing bersama dalil2 yang difikirkan sesuai untuk memenangkan diri sendiri 😆
      mcm kak jie juga 😀

  23. ada sesetengah party yang di anjurkan tuh memang agak kurang sesuai dgn kita..tapi itu semua terpulangla pada individu..cuma macam kak jie ckp kita ada batas dan sempadan..nak bersosial x salah tapi kena ingat norma2 kehidupan kita sebagai suami/isteri,ibu/bapa dan seorang muslim… 🙂
    .-= pjan´s last blog ..Tersepitkah kita… =-.

  24. Kak Jie~~~

    Saje nak tinggalkan jejak. Hehe.
    .-= MK´s last blog ..BatteryBar: Ketahui Caj Bateri Laptop Dengan Lebih Terperinci =-.

  25. Nak blajo Nuffnang dgn kak Jie.
    Bleh tak?? Ala, blehlah erkkk! :mrgreen:
    .-= Eriyza´s last blog ..Senilukis Ikan Di Muka =-.

    • @Eriyza, earning kak jie ciput je lah…. kak jie tak de idea utk dapatkan earning nuffnang..kak jie blog – kita belajar SEO lah…yg tu lagi best 😆

  26. Wah mak mertua pun pandai berskype..
    saya pun tak layan skype..
    betul tu kak jie.. terpulang pada masing2.. ada sempadan yang tak blh dilepasi..
    .-= zool´s last blog ..Blog Kucing tak comel =-.

  27. tanpa kesana pun kak jie dah popular.. 🙂 saya tak rasa satu keperluan untuk Kak jie menyertai party-party tu pun..

  28. Saya juga dah tua utk join aktiviti2 macam tu.. (cuma nuffnang belum pernah jem[ut saya je)…
    .-= samdaddycool´s last blog ..Buaya di Corus Paradise PD : FAKTA atau AUTA? =-.

Trackbacks

  1. […] Saya tidak serasi bersama Nuffnang bukan disebabkan bayaran atau perkhidmatan tetapi saya tidak boleh ‘ masuk’ dengan cara sosial Nuffnang. Saya malas masuk kontest, liat nak buat entri puji pujian atau advertorials. Sesiapa yang selesa, […]

  2. […] bukan bersebab earning semata-mata. Ianya berhubung kait dengan prinsip seorang isteri seorang ibu, ada sempadan agama dan budaya yang perlu saya […]

  3. […] Saya tidak serasi bersama Nuffnang bukan disebabkan bayaran atau perkhidmatan tetapi saya tidak boleh ‘ masuk’ dengan cara sosial Nuffnang. Saya malas masuk kontest, liat nak buat entri puji pujian atau advertorials. Sesiapa yang selesa, […]