Blogger

Litar Sepang GPA1

Semalam saya melepak di Litar Sepang dari jam 11 sampai 5 petang. Kenapa Uncle J tak sms saya bagitahu Kasawari datang Sepang? Lepas publish post semalam , saya sign out dan bersiap keluar. Saya dapat seludup sandwich sebuku besar jumbo gardenia dan sekilo limau manis ke dalam kerana selalunya kalau F1, pemeriksaannya lebih teliti. Kalau saya tau kasawari pun ada, bolehlah kita bentang tikar berkelah…he he he..

( Ini kali ke 2 tau UJ… sampai hati!!! dulu masa sms uj masa isteri dia kemalangan dulu, kasawari yg reply dari hp uj tapi dia tak cakap pun)

Saya tak nak cerita tentang perlumbaan semalam, boleh baca dari akhbar hari ini. Gambar pun kalau nak tengok cari dalam picasa adik saya , Azni.

” Hi kakjie, wawa ni. Kakjie punya entrance gate mana ye? Kita org kat gate k1″
” KakJie kat N1.08″
” KakJie apa plan lepas ni? Kot² boleh jumpa tunjuk muka ke :)”
” Balik, tgh jln keluar”
” Depan kereta satria oren”

Sebelum sesi berbalas sms ini, kami ada 2-3 kali bercakap tetapi dalam situasi telinga pun disumbat lebih mudah jari yang berkomunikasi…daripada menjerit sampai nak keluar anak tekak.
( sila abaikan muka saya yang legam berjemur ituuuu ye..)

Akhirnya saya dapat juga jumpa orang Merlimau wawa dan suaminya sebol serta anak lelaki mereka Omar & Hamzah.

Saya rasa wawa lebih lembut dari entry²nya di blog…he he he.. kalau entry dia agak keras dan tegas dan penuh emosi seperti memberontak tetapi in person lemah lembut dan cute. Saya tau lah dia lembut ke tidak…sebab saya dah peluk dia….. ha ha ha… Anak² lelaki mereka pun comel.

Jie ~ bilalah dapat peluk kawan saya yang gebu itu ye…. mesti gebu sebab sedut udara segar di bawah bayu…:p

p/s >>> semalam saya double triple gembira, Liverpool menang, Arsenal menang dan Manchester United KALAH…!!!!!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

19 thoughts on “Litar Sepang GPA1

  1. kasawari sy duduk kat N1.o8, bawah tu..tapi anak², suami, adik² & kawan² yg dgt merayau kesana ke sini, sy yg tak boleh nk gerak…kena tunggu barang..dia orgnya peralatan kamera pun sekilo, belum majalah , stikers & 5-6 botol air minum…

    belum ade jodoh la tu, lain kali kita jumpa…

    nat ayat tu copy & paste dr mana..ha ha ha…..

    mz pakcik..arsenal tu 2nd team sy..no hal..:p

    aj aittt…….. bila masa tu, kita tunggu ye…..belum abis lagi mana leh banjer :p

  2. arsaili pakai sekontena pun, blm tentu putih melepak..pigmen kulit dah standard legam….:p

    pB owhhh…. lama dah tak p Bgn Lalang tu…len kalo lalu lambai² tau..

    wana leh kali kita janji jumpa kt sana ye..:D

  3. hamboi kak… sukernyer MU kalah… alah.. liverpool menang nasib je tu…

    ekekekekkeeee……. lariiikkkkkk

  4. Salam Jie,
    wah gi A1 gak eh.. aduiii.. naper UJ tak bagi tau.. saya turun hari Sabtu tengok sesi kelayakan. Best gak tengok A1 ni.tak ramai orang macam F1, tiket murah, makan pun murah, tapi saya pun seludup masuk nasi lemak dan pisang he he..
    Kita orang duduk betul betul ngadap PIT team malaysia, saya sorang jer bawak bendera malaysia yang panjang bergalah tu belah atas.. he he. Banyak gak dapat majalah eh.. saya berat nak bawak balik..
    takperlah nanti UJ buat gathering besar besaran open house raya haji kat rumah dia.. he he

  5. Salam Kak Jie

    pB lalu gak kat F1 tu semalam.
    Dalam kul 5 gitu.
    Tapi lalu jer lar , sebab pB on d way nak ke Bagan lalang …

  6. rantingpatah> nak ikut ke..len kali kita p stadium tgok bola lak ye…mcm dulu² :p

    ien >> kalo nk ikut mesti bukan penyolong MU…ha ha ..jahatnya!

  7. uj, tak pe..tu adalah hikmahnya…mgkn bila grand gathering baru boleh jumpa..he he he

    link uj? skrg ni time sy iklan , promosikan kawan² baru pula..biar popular….dulu sy dah link kan uj..sampai dah popular seantero dunia dah pun skrg ni..bagilah can dak burung tu pula…:p

    next sapa ye….penerbit rtm kita kot..tunggu entry the bomb dia la..:p

  8. Jie…ampun beribu ampun…tak expect pulak Jie nak jumpa bro tu…dia pun dtg senyap2 jer, tak bg tau sy pun…

    UncleJ tu tak de url ker? kasawari ada tu…sian org lain takleh pi blog saya..huhuhu

  9. hehehehe wawa..sebelum ni pandangan kelabu je kan? belum jumpa tak boleh la nk bandingkan real dgn masa berblogging…tak adil namanya ..ha ha ha….

    combi >> ye la tu …asik nk mengata sora aku je…mcm fasha sandra ..ha ha ha….:p

    meh peluk….. bau sekerap lagi ni :p

    elin >>> hahahaha..nk je letak font lagi beso..tapi berpada²lah..kan org ckp over acting pula :p

  10. hg jumpa wawa n sebol??? kecik dunia ekk !!

    ~ cute bb wawa tu..muka cm marah kena amek pic..huhu

    ~ wawa..combi dah tau yg jie mmg cm “tuuu’ wlupun blom prnh jumpa sbb dari soranyer yg so frendly..cute !!

    ~ awat hg x amek pic gadis litar.. 😛

    ~ aku pun nk peluk hg !!!

  11. baru dapat tahu pandangan kakjie mengenai entry saya di blog hari nih.

    ahahah.

    🙂

    kak jie sangat motherly, sisterly, friendly..

    kirims alam pada angah dan intan yang comel itu ya.

Comments are closed.