Macam Mana Kak Jie Boleh Catch Up Dengan Blogger Muda?

Komen dari Wira Nordin – kami sekampung orang Baling dan pengikut blog sejak tahun 2007. Kenal di alam maya dari zaman dia bujang dengan anak-anak arnabnya – TT & BB .

Masih teringat lagi suatu petang dia berlari-lari termengah-mengah ke blog ini dan menjerit

”  Kak Jie, arnab dan beranak….” > entri lama kat [sini]

Blog lama dia pun dah tak ada, sekarang Wira ada blog baru dan sudah pun beristeri baru . Tak pasti pula dia ada masa lagi untuk bela arnab… :lol:

Ok berbalik pada soalan Wira,  macam mana Kak Jie boleh catch up dengan golongan muda?

Susah juga nak jawap soalan ini.  Sebenarnya apa-apa hubungan pun tanpa batas usia kita cuma perlu ikhlas dan terbuka.  Dengan blogger juga begitu.  Dalam masa kita ingin mengenali diri mereka, perasaan mereka dan fikiran mereka kita juga kena pastikan had sempadan yang tak boleh dicerobohi.

Tunjukkan kita berminat dengan cita² mereka, harapan, hobi, kepercayaan, pegangan hidup juga kebimbangan atau keraguan mereka.

Sebenarnya Wira, Macam mana Kak Jie boleh terjoin dan ngam dengan blogger muda remaja ni pun tak pasti.  Sifat peribadi mungkin.  Kak Jie tak pernah menulis sesuatu yang menghukum mereka biar bagaimana sekali pun blog mereka.  Annoying ke, sampah ke, hampeh ke… Kak Jie boleh terima kerana prinsip utama Kak Jie, blog adalah milik istimewa setiap orang yang berbeza.   Blog adalah milik mereka walau bahasa alien apa pun yang ditulis, bagaimana corak dan warna .

Berbeza generasi tetap mempunyai pertembungan pendapat dan pemikiran tetapi kenapa harus mencari hal yang boleh merenggangkan perhubungan?   Setiap di dunia ada dua sisi – baik dan buruk, cantik dan hodoh atau suka dan tidak.  Jadi untuk hidup dengan lebih positif,  anggun dan awet muda , ambil saja sisi-sisi indah, yang baik untuk meneruskan kehidupan.  Kalau mahu diselongkar benda-benda buruk, hitam atau negatif, seribu satu senarai boleh kita catitkan.

Kalau tengok results poll, umur 18-25 tahun paling ramai singgah di blog ini.  Tak perlu entri make up, shopping  bag tangan atau  tunjukkan  social life yang urban untuk sama sejiwa dengan mereka.

Tengok senarai pengkomen terhangat di sini – kebanyakkannya lelaki.  Mereka mungkin lebih selesa dengan Kak Jie – seperti mak-mak dengan anak-anak.

Kak Jie terima berpuluh email dari mereka yang memerlukan pertolongan seminggu  –  dari pendapat berat tentang pencerainan mualaf hingga ke isu  minta pendapat hadiah untuk seseorang, tentang sidebar blog, tanya blog nuffnang boleh dilipat ke tak? dan yang paling kerapa ditanya ” macam mana nak dapat trafik” he he he

Berbalik pada topik ini,  Kak Jie pun nak tanya

Macam mana korang semua boleh catch up dengan Kak Jie, boleh selesa dengan blog ini, cerita style mak-mak berleter.   Tak bosan ke baca blog peribadi yang berkisah pasal surirumahtangga dari ceruk dapur ni?

Jawap….ha…jawap….

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. kakjie suka melatah. haha..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Jangan komen.My Profile

  2. kalau datang sini mesti rasa nk komen panjang2,lagi2 kalau ada isu menarik..selesa nak kongsikan pengalaman sama..hehe..terima kakkujie sebab tolong saya haritu masa nak letak sidebar kat blog tu…
    Jom terjah post menarik dari afif ..Cari Kerja Cuti SemesterMy Profile

  3. mrs jamal says:

    teringin nak jumpa kak jie…
    Jom terjah post menarik dari mrs jamal ..What you love about the Blackberry Torch 9800My Profile

  4. sebab yang kak jie tulis tu boleh diterima oleh kebanyakan belia seusia kami… 😆
    .-= beliamuda´s last blog ..Ada Can Bakal Jadi Tauke Restoran Simpang Tiga =-.

  5. Yang penting pengalaman, bak resmi padi, makin banyak isi makin menuduk ia kebumi. Blogger baru seperti saya harus ambil contoh dari kak jie. Blogger yang tidak mengenal erti popular.
    .-= akuvision´s last blog ..Gangguan Hyperhidrosis =-.

  6. Azizuan says:

    mak jgn cakap macam ni mak..terharu cheq..keke :mrgreen:
    .-= Azizuan´s last blog ..Jimatkan Masa Meninggalkan Comment Dengan easyComment =-.

  7. Cara penulisan yg sempoi buatkan sy xjemu baca entry K.Jie…
    Lagipon K.Jie slalu bg feed back kalau komen..
    terasa dihargai =)
    .-= fana164´s last blog ..~Why Ladies Today Are Still Single~ =-.

    • ye…tapi skrg ni tk berapa sempat nk reply semua komen
      ambil byk masa kak jie juga..dah tua2 ni..patut tak leh online lama2…hehehe
      tapi ttg cuba nk balas..dan sesekali melawat kawan2..
      mgkn tak kerap..tp cuba juga sesekali
      two way communication lagi mesra sesama kita.

  8. sebab kak jie tulis ringkas dan mudah bace:)

  9. suka sebab cara kak jie menulis
    sesuai ke saya panggil kak jie?
    sebab saya rasa saya pun dah tua

  10. bila si bu membebel panjag itu sudah lumrah bagiku..tapi bila tak der bebelan panjang rasa cam tak cukup perencah le pulak..nak masak pun tak der umph..heheh

    tanpa wanita slu warga adam le yang sunyi kak jie..hehe
    .-= suri´s last blog ..Temankan Saya ke Alam Barzakh =-.

  11. Kak jie..saya tengah study utk exam esok ni.. subjek Knowledge Management. Blog is one of the tools of Knowledge Sharing..Ni kiranya blog kak jie boleh di anggap the best place to share. Ramai yang datang bertanya dan kak jie open kepada semua.. itu yang membuat kak jie best tu.. I love you kak jie.. 😉

    p/s: time2 tulis ni rasa nak keluarkan plak criteria knowledge sharing..hehehhe..
    .-= Bb Hussain´s last blog ..Spaghetti Bolognese & Sambal Gulai Tempoyak =-.

    • luv yu too 😳
      kadang2 pertanyaan org tu boleh jadikan entri
      tak perlu susah cari bahan..hehe
      tu belum reply kt email lagi tu
      mcm2 ada… 😆

      • aa kan..bukan sebab tak ada idea..tapi itulah ideanya.. 🙂
        .-= fahmi7´s last blog ..Travelog Indonesia 1 =-.

        • Kak Jie ada banyak topik nak tulis
          masa saja tak mencukupi
          ade idea tapi tak best nak publish 3-4 entri sehari
          mcm kemaruk blog sgt..haha

  12. saya suka baca blog kak jie sebab cerita kak jie dekat sangat di hati .
    banyak buat saya berfikir juga .

    tapi , blog kak jie memang best la
    .-= farah´s last blog ..Tulis & Menang ariffshah.com =-.

  13. yer yer teringat cerita arnab itu ..

  14. hehe.. seminggu tak menjenguk blog ni… rinduuuuuuuuuuu :mrgreen:
    .-= ~mrs azmi~´s last blog ..ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS? =-.

  15. saya suke bc sebb blog k.jie simple tp padat dengan info…ringkas tapi banyak nasihat…kelakar tapi ade isi tersirat…bukn tulisan semata2.. :mrgreen:
    .-= eiyda´s last blog ..eiyDa:: Bila PMS dan Moon coming Terjah :: =-.

  16. ntah kak jie jampi ape ntah kat kitorang ni..hehe
    .-= wanmus´s last blog ..Panas Betul Dengan Rohaizad Kalau Macam Ni!! =-.

  17. saya baru di sini..

  18. kak jie, me adore u.. byk bg nasihat n good info..
    .-= farra´s last blog ..please, please, please… me need ur vote… =-.

  19. saya suke baca blog kak jie sbb.. sbb pe ek.. santai kot.. pastu ringkas tapi de isi yg nak disampaikan.. lau esei tu, senang dapat markah.. hehee.. teruskan perjuangan kak jie..
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Situasi Belia Sekarang =-.

  20. jujur saya nak bg taw bahawa saya telah vote 18-25 tahun tu sebanyak 10 kali 😛 hehehe
    .-= syahirul´s last blog ..Gathering terbesar blogger Malaysia =-.

    • Banyak nye ko vote syahirul. Skali dah la. Haha.

      Kak jie sy, ada gak vote utk warga emas. hehe..

      Blog kak jie best sbb santai je. Boleh hilangkan stress kt sini…
      .-= Amir´s last blog ..Berehat Dari Dunia Blogging =-.

      • dia rasa mude…. hehehe
        hidup kak jie simple, tulis pun hal2 simple je

        patut le warga emas intan berlian tu mcm ramai je..dah agak dah
        mesti ramai yg suka suki vote

    • perasan mude le ni…kehkeh

  21. mrs sufian says:

    boleh kata setiap hari nak jalan2 kat rumah kak jie ne… itu lah penangan sejak dah masuk rumah kak jie.
    walau saya amat jarang tinggalkan komen tapi selalu baca cerita terbaru. gaya tulisan kak jie yang sempoi dan kak jie jawab pertanyaan saya… telah membuatkan saya terharu dan terus melekat kat dinding rumah kak jie ne… he3
    saya juga seperti rozy.. kalau lah saya ada extra masa untuk ada blog sendiri.. 😥 tentu boleh jadi anak murid kakjie

    • tak komen tak pe, kak jie boleh detect IP kawan2 yg selalu datang
      tahu masing2 sibuk ….kadang2 hanya nk baca kisah2 simple hidup kak jie
      utk tenangkan beban kerja atau bersosial secara sihat…

      tapi mmg tak pandai nk tulis bahasa @#$%^&*(&^%$ tu
      dah mcm ni, kat luar pun tak pernah nk cakap bahasa @#$%^&*&^%$#@ macam tu
      blog pun mcm tu je lah
      bahasa skima

    • btw – terimakasih banyak2 kerana sudi juga nak join geng makcik2 nie

  22. kak jie……tulisan kak jie sempoi dan chic..
    ai like!….ada gaks unsur2 tips dan nasihat..
    kadang2 teguran kak jie tu kena batang idung
    gaks….tu ler reasons sy suker singgah kat sini 😆
    nak buat blog sendiri>><<< how i wish i have more
    spare time 😕

    • kadang2 nk juga tulis bahasa seni gaya orang bijak pandai
      tapi tak reti
      kadang2 bila masa nak merapu meraban…letak 2 baris je
      tapi kak jie patut berterimakasih pada semua pembaca setia
      letak je entri 3 ketul pun…….rajinnnnnnnnnnn dia org bagi respon
      itu semangat tu…
      buat je blog, tak update tak pe..janji ade..

      hehehe

  23. cara penulisan kak jie tak berlagak bagus, rilek je..padahal follower ramai..nak pasuk PR Hulu Selangor pun bleh.. 😆
    .-= Lan Bingka´s last blog ..Tak Nak Potong =-.

  24. 🙂 :mrgreen: 😆
    best ar blog akak nie..hihiih
    .-= farz´s last blog ..Some came home…some leaving… =-.

  25. 😛 saya seronok baca blog nie….hehhe….sy br jumpa blog nie dlm seminggu kot…tp dh visit 22 kali..heheh….
    .-= farz´s last blog ..Some came home…some leaving… =-.

  26. ikhlas dan terbuka.. insyaAllah.. hehehe
    .-= Jard´s last blog ..Mengapa mereka tiada? =-.

  27. itulah, nak jumpa blogger macam kak jie yg seperti mak kita ni susah..kak jie la orangnya..
    .-= fahmi7´s last blog ..Travelog Indonesia 1 =-.

  28. Seperti mak dan anak? haha 😀 Mungkin juga kan? :p

  29. hafizazmi17 says:

    slm..bnyk ilmu kt laman kak jie ni, tu yg suka dok sini.. >.<
    .-= hafizazmi17´s last blog ..FINAL EXAM – Ilmu yg diredhai =-.

  30. Kak Jie,

    Lepas post komen kat entry bilik anak dara, tiap tiap satu jam kalau tak pun 1/2 jam refresh tgk reply Kak Jie.Tgk Kak Jie reply dekat org lain tapi tak reply dekat Wira.Sedih jugak rasa. Rasa terabai pun ada.Sensitif sgt rasanya hari nie. Cemburu pun ada jugak. Hehe

    Tup tap tup tap sekali ambik ko, satu entry khas Kak Jie jawab.Terima kasih lah Kak Jie. Tiba tiba rasa lagi special dari 5 jejaka tampan mahupun anak anak dara.

    Saya rasa org suka Kak Jie sebab Kak Jie tak lokek ilmu. Kak Jie tinggalkan jejak singkat pun org dah hargai. Lagi satu Kak Jie tak guna short cut. Ingat lagi zaman 2007 dulu boleh kata hampir semua entry Kak Jie komen. Time tu tak ada project kepok kepok lagi. Reader pun tak ramai macam hari ni. Tapi Kak Jie lansung tak berubah. Tetap decent macam dulu. Pantas masa berlalu. Paling best sebab Kak Jie org Baling kot. Hehe.Rasanya org Baling ni memang mudah disukai ramai la. Lembut tapi tegas. Tak sombong. Diam tapi memerhati. Cerdik dan pemaaf.

    Saya stop berblog tahun 2009 untuk persediaan kahwin. Sekarang baru nak sambung menulis. Tak sangka pulak Kak Jie ingat lagi yg sejak 2007. BB dan TT pun dah arwah. Zuriat mereka pun dah kena makan dengan warga asing. Kawan kawan di Bangsar pun semua dah kahwin. Masing masing dah pindah.

    Bila tengok blog adik adik, rasa diri dah tua. Rasa letih nak catch up dengan mereka. Sebab tu kagum dengan Kak Jie. Sekarang ni sejak berkeluarga lagi la perlukan pedoman dari emak emak. Kadang kadang tak perlu sijil berjela untuk bagi nasihat. Conscience tu yang penting. Pengalaman itu yang lagi berharga. Semoga ukhawah ini berkekalan.

    Saya pun dah berkahwin, saya rasa Kak Jie pun boleh jadi agen mencari jodoh jugak. Matching kan pasangan yang sesuai kerana Kak Jie mengenali mereka mereka ini. Hehehe
    .-= wira´s last blog ..Kejadian malu di kala Maghrib =-.

    • tu dia…. satu entri dia jawap 😆

      Kak Jie suka baca komen dan entri Wira…cantik , lancar dan tersusun je ayat dia.

      Bab komen – kadang2 satu entri 2-3 hari komen baru habis. Sekali balas komen 20-30 je yang mampu. Esok lusa pula sambung, macam komen yang ni. Berhari-hari baru sempat nak balas.

      Takut Wira nak jadi agen pencari jodoh, takut nanti dia org berperang baling keyboard dgn lempok pc depan rumah Kak Jie. Orang milinium zaman sekarang temu jodoh melalui FB, Twitter, so bergaduh pun cara gitu..hehehe

      Terimakasih Wira, setia dengan Kak Jie sampai beranak pinak bercucu cicit ( dgn sang arnab )

  31. saya pun tak tahu kenapa saya baca blog ni tapi yang saya tahu setiap kali saya baca blog ni saya akan dapat ilmu yang baru. 😀
    .-= penyubiru´s last blog ..Jersi Jerman Piala Dunia 2010 Dan Old Village =-.

  32. kak jie..kami yang muda ni masih perlukan bimbingan daripada golongan yang lebih tua macam kak jie
    org yang lebih tua lagi banyak makan garam daripada kami yang muda ni
    btw…saya amat menghormati akak

  33. mak..mak…makk…makjie…hehee 😆
    .-= student´s last blog ..Kisah Arnab dan Kura-kura =-.

  34. saya selalu singgah blog ini sebab saya banyak belajar tentang kehidupan. Anggap kak jie macam emak jugak. tapi panggil akak. hehe 🙂
    .-= cik epal´s last blog ..Dah tidak ada kerja ke pergi PLAGIAT copy paste sebijik sebijan entri aku? =) =-.

  35. susah nak bagitau kenape saye suke blog kak jie n also kak jie jugak…
    maybe sebab kak jie friendly dengan siape2 sahaje..
    yang buat saya makin hormat dengan kak jie bila kak jie komen entry di blog saye walaupun saye hanye blogger cap ayam sahaje :p..
    dan buat lagi teruja dengan kak jie neh bila setiap pertanyaan saye akan dibalas dengan segera..

    *saye tak jumpa lagi blogger macam kak jie..kak jie satu-satunyer..

    • hehehe…. bab komen ni
      kakjie ni bukan ada byk masa sgt
      ttp cuba reply komen di sini dan sesekali melawat blog org lain
      tak kerap tapi buat juga
      sbb silatulrahim mesti give and take kedua belah pihak
      baru ikhlas :mrgreen:

  36. Rindu kalau tak ‘dengar’ Kak Jie berleter kat sini :mrgreen:
    Hari-hari mai baca… tapi bagi komen hal no 3 😆
    .-= iza~de~bintang´s last blog ..Lima Tahun Sudah Berlalu… =-.

  37. ahahaha ikhlas cakap suke baca kak jie membebel.
    dulu masa kecik kecik tak suke dengar mak membebel.
    sekarang ni dah besar, dah kawin pon. kalau nak harap
    mak membebel.. kene la balik kampung lepaskan rindu.

    kirenye bace blog kak jie ni teringat la kat mak abah.
    erm.. hujung bulan ni nak bawak mak abah pergi mersing
    join kami honeymoon.

    P/S: dah 6 bulan baby dalam perut baru nak pergi honeymoon.
    hehehe janji ade jugak jenjalannye ok la tu
    .-= Kreuger´s last blog ..Jadikan budaya ReTWEET tajuk blog rakan anda sebagai amalan berblog. =-.

    • lama dah tak tulis motivasi..tips rumahtangga
      macam segan le pula
      sebab cik abang tu jauh…hehehe

      owh..seronok tu nak pergi honeymoon…tak apa lah 6 bulan tu ok lagi, masih kuat nk berjalan..jgn dah 9 bulan baru nak berjalan jauh

      kena berleter kaw kaw dgn kak jie nnt

  38. Dengar kak jie berleter kat sini takpe..telinga tak dengar..hehe
    .-= chekgu naman´s last blog ..Contest Mai Secawan!!!-dengan hanya copy paste! =-.

    • berleter kt sini ade org respon
      tu yg bersemangat nak berleter lagi tu…

      anak2 dah besar….. nak berleter pun
      masing2 dah pandai lariiikkk 😆

  39. Sebab kak Jie bnyak pengalaman dan sempoi..tue lah suka dtg sini nak cari benda yg berguna…hehehe
    .-= Mr Kamikaze´s last blog ..LUV OF MY LIFE: Pernah cuba tak =-.

    • ingat ke blogger muda mudi suka baca blog yang ‘moden dan urban’ kisah make up, shopping, bag tangan…dsbnya
      tapi pelik..blog kak jie ni bukan saja blogger muda mudi..blogger lelaki pun ramai

      ni blog makcik2 ni :mrgreen:

  40. MrRollies says:

    saya suka….
    bila baca..
    sebab kak jie suka buat lawak xD
    .-= MrRollies´s last blog ..Cita-Citaku Bukanlah Untuk Menjadi Blogger Sepenuh Masa.. =-.

  41. mungkin jiwa kak jie masih muda kot…
    u rock kak jie..
    hehheheee
    .-= mie´s last blog ..:: membina badan untuk bersumo :: =-.

  42. lepas jumpa kak jie ngan intan hari tu, terus melekat kat blog kak jie ni 😀

    tulisan kak jie santai..syok membaca. kadang-kadang ada maksud tersirat..memang best..pedas pun ada..hihi
    .-= FTN´s last blog ..Confession of a Lisa Surihani Fan – Lagi-lagi Adamaya Punya Cerita! =-.

    • Kak Jie suka tulis simple, jelas dan kadang2 ‘mengajar blogger membaca makna tersirat’

      Biasanya apa gy ditulis bersangkut dgn diri sendiri tetapi bercerita ala kadar saja – tak berapa suka detail hal peribadi di blog 😆

  43. saya pun komen, macamlah remaja sangat kan saya ni hehehe, saya suka blog kak jie sebab saya suka gaya penceritaan kak jie yang tenang, lucu juga kadang-kadang dan adakalanya panduan untuk yang muda2 ni. 🙂

    • hehehe… sentiasa muda ttp ingat tua, tak pe kot 😆

      kakjie kadang2 kalau mula tulis berjela2
      kemudian mesti edit, potong sana potong sini
      tak berapa gemar entri panjang2…kawan2 bukan ada byk masa sgt nk baca
      :mrgreen:

  44. kagum dengan akak
    nasihat akak untuk lihat sisi yang baik tu rasanya aku patut contohi dengan lebih lagi…

  45. waaaa.. mcm tu ke kak jie catch up ngan blogger muda.. cayalah kak jie.. hidup kak jie!! 😀 saya perati dari jaoooh ja.. 😀

    yours
    SH

  46. azizan4444 says:

    mungkin dgn penulisan kak jie yang bersahaja dan bermanfaat..mudah untuk jiwa2 blogger muda mcm kami untuk catch up dgn kak jie..

    mnjwab persoalan wira nordin, kak jie ad satu aura,jiwa seorang ibu yg kuat.sbb tu bdk2 mcm kami suka blog ni..huhuhu

    • ramai yang tanya – macam naka berada di tahap sekarang
      susah nak jawap
      sebab tak ada manual utk diterangkan secara teknikal
      semua dtg dari dalam diri sendiri…apa yg kita bagi, itu yg kita dapat 😆

  47. yeah, laki yang menang dalam perebutan takhta pengomen terhebat kt blog ini..hikhik

  48. Sebab saya rindu dengan bebelan mak saya, jadi bila jumpa blog yang style mak meleter surut sikit rindu tu.
    .-= Bell´s last blog ..Bicara Hamba dan Tuhannya =-.

    • yg sgt2 Kak Jie cuba elakkan
      terlalu bercerita pasal diri sendiri dan keluarga
      sikit2 boleh lah :mrgreen:
      kalau cerita tu ada pengajaran utk org lain