Pemenang 3D2N di Legend Cherating Resort

outgoing link dari kujie2.com

Saya minta maaf kerana terlewat untuk mengumumkan siapakan pemenang yang akan menerima hadiah penginapan di Legend Cherating Resort sempena ulangtahun perkahwinan ke 21 saya bulan lepas.  Ada beberapa urusan ofline yang perlukan lebih perhatian.

Memandangkan kesemua peserta adalah rakan blogger yang saya kenal rapat, keputusan ini saya serahkan 100% kepada suami kerana dia adalah orang yang terkecuali dari lingkungan rakan blogger.  Saya tak berani nak buat keputusan kerana saya risau diri tak cukup telus. Saya takut terbias dengan perhubungan rakan blogger.

Saya kalau boleh nak bagi semua peserta menang, semua kawan-kawan tetapi tunggulah ulangtahun perkahwinan ke 50 nanti, InsyaAllah.  Beberapa tahun lepas, saya buat kontest tiada pemenang utama. Semua dapat hadiah yang serupa.  Saya jenis tak sampai hati…. hihihiks!

Ini adalah senarai peserta yang sudi mencerikan pengalaman dan kenangan mereka. Bukan senang untuk bercerita hal peribadi seperti ini dan saya sangat menghargainya. Terimakasih kerana luangkan masa dan sudi berkongsi.

Setelah diaudit oleh encik suami , beliau memilih Puan Bee dengan entrinya Kenangan Indah Buat Anak-anakku untuk menerima hadiah penginapan 3 hari 2 malam di Legend Cherating Resort.

Kepada semua peserta lain, suami saya juga bermurah hati untuk memberi hadiah saguhati yang sedang beliau fikirkan. Saya akan hubungi kemudian untuk proses seterusnya.

Ini bukanlah peraduan yang ketat dan terlalu berat. Saya anggap ini adalah suatu cara saya meraikan rakan blogger sempenan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 21.

Mungkin ada hadiah lain yang secara tidak langsung telah saya berikan kepada blog rakan-rakan peserta. Contohnya seperti ini.

outgoing link dari kujie2.com
Outgoing link dari kujie2.com ke blog peserta kontest

Link peserta yang mengambil bahagian akan saya letakkan di sidebar untuk tempoh 2 minggu lagi untuk menghargai penyertaan mereka.  Moga adalah sedikit limpahan trafik  dari saya untuk mereka.

Tahniah untuk Puan Bee dan terimakasih untuk rakan-rakan lain.  Semoga perkahwinan kita semua akan terus dirahmati Allah dan sentiasa dalam peliharaanNya.

24 Replies to “Pemenang 3D2N di Legend Cherating Resort”

  1. tahniah buat puan bee…memang seronok baca hasil nukilan dia…secara detail ditulisnya, sangat2 menarik, dan memang patut menang..

    thank kakjie untuk contest ni..memang ada kunjungan dari blog ini yang masuk ke blog saya…thanks again.. =)
    Jom terjah post menarik dari Puan Bardboo ..Pregnancy Updates | Minggu ke-26My Profile

  2. alhamdulillah..tahniah kepada puanbee.. puanbee: suami dah sihat?..lepas ni bolehlah puanbee dan suami ‘berehat’ ye :)) …

    kakjee! terima kasih+++!… atas peraduan kakjee buat ni,ada juga yg sudi menjengah ke blog saya ‘yang segan..’ tu :))
    Jom terjah post menarik dari ieda ..TUKAR KAD PENGENALAN DIRIMy Profile

  3. Tahniah kepada puan bee kerana memenangi giveaway kak jie kali ini… Dan kepada kak jie sekeluarga, terima kasih diucapkan kerana mengadakan aktiviti seperti ini… Semoga hubungan kekeluargaan kak jie dan semua rakan-rakan sentiasa dalam keadaan yang baik dan berbahagia selamanya.

Comments are closed.