Pemenang Tiket Pameran Sultans of Science di Petrosains

Sejarah dan sains antara subjek kegilaan ketika dibangku sekolah. Pernah menjadi impian untuk menjadi ahli sejarah dan pasang angan-angan melakukan pengembaraan adventure seperti Indiana Jones. Kalau sains pula saya suka membuat eksperimen dengan melakukannya sendiri untuk membuktikan teori sains. Sains selalu berlandaskan fakta dapat buktikan dengan praktikal adalah sesuatu yang mengujakan.

Sebenar penciptaan sesuatu adalah berlaku secara pertemuan tidak sengaja seperti sinar x apabila terjadi imej jari pada filem begitu juga dengan Thomas Edison mencipta mentol setelah gagal beribu kali sebelum berjaya dengan pertemuan filamin mentol. Semasa Alexander Graham Bell memperkenalkan ciptaan telefon semua orang skeptikal kota peti mampu mengeluarkan suara. Penemuaan sains terdahulu telah merubah kehidupan manusia.

Saya memohon maaf jika contoh yang diberikan adalah saintis barat ini kerana aliran pendidikan sains zaman saya tidak mendedahkan saintis dari kalangan umat islam. Satu usaha yang baik dilakukan oleh Petrosains menengahkan pertemuan sain dari dunia islam.

Komen  di atas  yang dipetik daripada entri Terokai Penciptaan Cendekiawan Islam Di Pameran Sultans of Science telah dipilih untuk menerima dua ( 2 ) tiket masuk untuk dewasa ke Pameran Sultans of Science di Petrosains, KLCC.

Pameran berlangsung sekarang hingga 30 Jun 2013.  Ambillah peluang ini untuk mendalami dan mengenal sejarah penciptaan gemilang para cendekiawan Islam yang banyak dipelopori oleh saintis barat.

tiket masuk pameran sultans of science

Terimakasih  AkuBiomed.  Selepas menonton F1 Malaysian Grand Prix pada 22-24 Mac 2013 di litar Sepang , bolehlah bawa keluarga ke Pameran Sultans of Science pula. Cuti sekolah minggu depan ni…

Terimakasih kepada semua yang memberi maklum balas dan sudi tinggalkan komen di entri tersebut juga entri² yang lain.  Walau pun kalau mengikut undang-undang blogger saya gagal memenuhi syarat utama menjadi blogger yang baik  (gagal membalas komen, gagal membalas kunjungan dan membuat komen balas )  pengunjung setia masih lagi sudi datang dan memberi feedback.

Konsep blog saya simple saja… saya kongsi apa yang saya tahu, kalau boleh dijadikan panduan dan sempadan, ambilahlah.  Kalau tidak memenuhi keperluan, abaikan.  Saya tak boleh beri lebih dari itu.

 

Nota :  Saya akan mula bercuti dari 26 – 31hb Mac 2013.

Peta laluan :

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. selamat buat akubiomed…

  2. thanks for sharing… sharing is caring.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Aya ..Kenapa Doktor Tu Sombong Sangat?My Profile

  3. tahniah akubiomed..

    kami baru ja pi 2 minggu elpas ke pameran tu, kjie 😉 mmg menarik ~
    Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie ..Cara memasukkan kod Google Analytic dalam setting blog WordPressMy Profile

  4. cuti sekolah dah tiba…ke mana kita….?

  5. cuti sekolah balik kampung…

  6. Tahniah kepada Akubiomed… Hehe… Boleh bawak anak jalan-jalan..

  7. tahniah dapat tiket free..

  8. cuti penggal persekolahan dtg lagi… seronok budak2 sekolah dpt bercuti…

  9. Katak Comel says:

    wah..bole jd tmpt dating ni..
    dating smbil belajar..
    hihi

  10. Komen yang bagus..memang patut menang..tahniah.

  11. iOS Gear says:

    Tahniah kepada saudara Akubiomed..komen yang bernas..

  12. akubiomed memang dikenali dengan komennya yang memang meletop..tahniah bro..bernas komen yang diberikan.

  13. Tahniah buat bro Wayfarer…:)

  14. wahhhh saya terlepas pandang plak kak jie..
    ada lagi ker.. kih3

  15. siapakah yang menang ni??
    Jom terjah post menarik dari titan ..Tak best la main hack-hack macam ni..My Profile

  16. Alhamdulillah, memang berhajat kalau boleh menang dan apabila diumumkan menerima tiket percuma sudah tidak terkata-kata ibarat impian menjadi kenyataan. Terima kasih kepada kak Jie dan selamat bercuti. 🙂
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Jejak perwira di Muzium Tentera Udara Diraja MalaysiaMy Profile

  17. amboih bro akubimed punya komen siap 1 entri dibuatnya.. heheh.. tahniah bro..

    tahniah juga buat kak kujie sebab nak pi bercuti. hoho
    Jom terjah post menarik dari fariq ..Lagu Kanak-Kanak: Mengenali Bunyi HaiwanMy Profile

  18. tahniah akubiomed.. memang luahan hati tu…
    ohye, selamat bercuti kak jie… berhati-hati di atas darat, laut…
    Jom terjah post menarik dari Datin Tyka ..No Telefon Datin Nak MainMy Profile

  19. Tahniah.akuboimed hehehe
    Jom terjah post menarik dari azman ..Bila Mak Mak Berjumpa!My Profile