Preview dan Gambar Gathering Geng Blogger

gathering geng blogger Preview dan Gambar Gathering Geng Blogger
Antara blogger yang datang pada hari tersebut. Ada yang belum sampai waktu ini.  Majlis santai hari Sabtu, faham sajalah.   Siapa nak muncul kalau acara 9 pagi..:lol:

Majlis gathering berlangsung di Taman Cabaran Putrajaya.  Lokasi yang sukar ditemui kerana Taman ini masih baru dalam pembinaan.   Jauh dari pengangkutan awam menyukarkan kehadiran.

Tetapi sebenarnya ini adalah lokasi saat akhir selepas lokasi pertama terpaksa dibatalkan.  Syukur kerana tempat ini juga lebih baik dan selesa.  Bukan senang mencari tempat yang mempunyai ruang untuk menempatkan 50-70 orang dalam satu-satu masa.

Taman Cabaran Putrajaya yang selesa siap berbumbung, luas dan berangin dengan segala kemudahan lengkap dan selesa seperti tandas yang bersih, surau dan ruang makan/persidangan bercermin kaca berhawa dingin, kawasan parking  dan semua ini adalah PERCUMA!

Saya ulang – PERCUMA!

Jom tengok gambar lagi… saya kutip dari blog Joe, Ejamothman, Faizal dan Syahirul.

Gath GengBlogger Preview dan Gambar Gathering Geng Blogger
Kedua-dua  engineer ini adalah  pasangan blogger  yang sudah bertunang – nasib baik saya pun engineer juga, Domestic Engineer.

” Ini tunang saya!” kata   Noor Afzan

intan dan geng blogger Preview dan Gambar Gathering Geng Blogger

Sesi teka teki – mentang-mentanglah Intan blogger paling muda ( blog pun dah ternak labah-labah ), asyik kena buli saja tau.. Budak-budak tu otaknya lurus dan tulus, disuruh bagi klu, jawapan hampir tepat dibaginya.  Tak pandai langsung nak koner-koner

blogger paling comel Preview dan Gambar Gathering Geng BloggerBlogger paling comel yang hebat ini – Mohd Syukur yang begitu sporting dan periang.

kak ina kl Preview dan Gambar Gathering Geng BloggerSatu group dengan Kak Ina, kami ni macam mak-mak tiri , terjerit-jerit marah anak-anak suruh makan, suruh siap…aishh..budak-budak ni.

Ada orang cakap, dah tua-tua pun nak join budak-budak bergathering?

Saya cuma ingin melihatnya dari sisi positif – dengan adanya saya dan Kak Ina, kami seperti pemantau mereka. Adanya orang dewasa seperti kami, adik-adik ini ( terutamanya perempuan ) akan rasa lebih selamat dan selesa.

beli baju geng blogger Preview dan Gambar Gathering Geng Blogger
Kalaulah tahu Ayie nak open table jual baju macam ni, nak juga booking sebelah dia nak jual Crocs.

temubual oleh wartawan Preview dan Gambar Gathering Geng BloggerTemubual oleh wartawan Kosmo – tunggu akan meletup lagi di akhbar nanti.

sesi makan gathering geng blogger Preview dan Gambar Gathering Geng BloggerMacam makcik jual kuih…” pilih-pilih – 3 singgit…  Nasi goreng cina ada, nasi goreng India pun ada.  Air laici, air oren, air teh pun ada…”

blogger muda geng blogger Preview dan Gambar Gathering Geng BloggerSelepas makan, solat dan berehat tunggu acara seterusnya sambil cik kiah bermesyuarat tanpa tingkap.   Ada yang berbisik malu tanya tips macam mana nak pikat bakal mak mertua! heh…

belajar menjadi blogger Preview dan Gambar Gathering Geng BloggerMasing- masing tekun mendengar penerangan dan sesi soal jawap.   Gathering kita bukan hanya acara suka suki gelak guling.   Ada perkongsian yang mengenai ilmu keblogran ( rosak BM kalau macam ni )

rahsia gengblogger Preview dan Gambar Gathering Geng Blogger
Ariff sedang membuka  rahsia kejayaan blog arifshah.com. Tutorial yang tidak pernah dikeluarkan di blog dan eksklusif untuk Geng Blogger yang hadir.   Ariff dedahkan secara terperinci bagaimana dia bermain dengan CEO SEO sehingga mendapat SERP yang bagus.

p/s – Arifff suka menggunakan kedua-dua jari kelingkingnya waktu menerangkan seseuatu .

sesi bertanya soalan Preview dan Gambar Gathering Geng BloggerBudak nakal ni – ada saja bahan yang buat member pecah perut ketawa.  Masalah sebab Google Translate tak faham Loghat Kelantan. Dema kecek ngapo wess….

mrkay dan cdn Preview dan Gambar Gathering Geng BloggerMr.Kay sedang berkongsi ilmu  mengenai CDN. Hampir 90% blogger belum pernah mendengar dan mengetahui mengenai CDN. Walaupun topik ini nampak berat  ( nak-nak time petang , kenyang lepas makan – masing-masing mata macam panda ) – saya rasa kita patut bersyukur kerana kita mengetahui sesuatu yang baru,penemuan baru dan pengetahuan baru.

Untuk mengetahui dan memahami CDN dengan lebih lanjut, baca entri saya di sini Kenali CDN Bersama Kak Jie.

gahtering geng blogger Preview dan Gambar Gathering Geng BloggerSebelum bersurai, sekali lagi kami bergambar kenangan.   Dalam setiap peristiwa ada sisi baik dan buruknya , positif dan negatifnya.  Kutiplah segala yang baik-baik dan yang senget, yang sumbing, yang tercedera hati itu, lupakan saja.  Ingat pesan saya-

Dalam dunia maya ini ada berbagai sisi – kita yang pilih apa yang kita mahu – yang baik yang positif dan yang indah.  Kita kena control diri untuk membentuk diri sendiri .  Jangan sengaja mencari musuh kerana untuk menjaga satu hubungan persahabatan pun bukan sedikit dugaan dan ranjaunya apalagi termampukah kita untuk menangani seorang musuh.

p/s – saya save gambar ini dari ramai blogger hingga keliru sumber yang tepat – minta halal ye..

©kujie – dikesempatan ini saya ingin mohon maaf andai ada salah dan silap atau yang terkecil hati tidak ditegur, tidak dikenali.  Majlis pertama kali dan kita berjumpa dalam group sebesar ini mudah untuk saya proses semua data tergempar yang masuk.  Gathering bukanlah ‘blind date’ tetapi adalah majlis untuk berkenal beramah mesra.

Post Lain Yang Berkaitan

71 Berkongsi Rasa

  • Pada 2010.07.11 17:18, A-Y-I-E menulis:

    jangan serik ya dengan gathering seperti ini. Maafkan kami jikalau ada salah dan silap semasa gathering ini dilakukan..

    p/s: Baju yang kak jie beli tu muat tak? Huhuhuh
    Post terbaru A-Y-I-E .. Jom baca..Wow so cuteMy ComLuv Profile

    • Pada 2010.07.11 17:22, Azfarul menulis:

      nampak sangat menyeronokkan!! :)

      • Pada 2010.07.11 17:35, paeh menulis:

        saya terperangkap dalam tandas kat sana. miahahaha~
        Post terbaru paeh .. Jom baca..This is Street ClashMy ComLuv Profile

        • Pada 2010.07.11 17:47, azizan4444 menulis:

          sape budak nakal tu kakjie?hensem jgk ek die..hahahaa

          ps:awek x cukup ramai..xdan nk ngejas..whahaha :twisted:
          Post terbaru azizan4444 .. Jom baca..Kebahagiaan Dalam Perpisahan bukan lagu tema piala dunia 2010My ComLuv Profile

          • Pada 2010.07.11 17:47, CikLilyPutih menulis:

            bestnya dapat pegi, tapi kite tak pegi huhuhuhuhu
            sedeyyyyyyyyyyy………..
            Post terbaru CikLilyPutih .. Jom baca..I Love The New Me – Giveaway By TheHoneyBunchMy ComLuv Profile

            • Pada 2010.07.11 17:52, cik cloudy menulis:

              wahhh bagus nyerr ada gathering mcm ni… free2 je dapat ilmu… semua boleh join ke kena jadi ahli ke mcm mana?
              Post terbaru cik cloudy .. Jom baca..Jenis-Jenis Manusia Dalam FacebookMy ComLuv Profile

              • Pada 2010.07.11 17:58, ariff menulis:

                harap2 adalah lagi lepas ni. seronok ah kenal2 ngan blogger2 lain
                Post terbaru ariff .. Jom baca..Gathering Geng Blogger – Dari Besar Ke KecilMy ComLuv Profile

                • Pada 2010.07.11 18:01, chekgu naman menulis:

                  huhuhuu…bestnya berjumpa ramai²

                  • Pada 2010.07.11 18:36, ata menulis:

                    salam ziarah..huhu,dengkinya x dapat pergi semalam…nak jugak kenal ngan kak jie n sume otai2 yang lain…
                    Post terbaru ata .. Jom baca..Selamat Datang buat nota-assignment-kuliah-tutorial dan project ke dunia TTCMy ComLuv Profile

                    • Pada 2010.07.11 18:50, Kujie menulis:

                      kalau ada jodoh, tak kemana… Insyaallah

                      • Pada 2010.07.11 18:53, Kujie menulis:

                        ada org rasa best, ada org tak suka keadaan mcm tu
                        tapi kalau dpt buat kawan- itu lebih baik, kan cikgu

                        • Pada 2010.07.11 18:54, Kujie menulis:

                          hubungan tu melangkah ke peringkat yg lebih baik

                          • Pada 2010.07.11 18:56, Kujie menulis:

                            Member geng Blogger – percuma saja

                            • Pada 2010.07.11 18:58, Eizil menulis:

                              Siap ada sesi perkongsian ilmu, memang rugi sesaper yang tak gi ni… huhuhu…
                              Post terbaru Eizil .. Jom baca..Dare To Sell – Inspirational ComicMy ComLuv Profile

                              • Pada 2010.07.11 18:58, haru menulis:

                                waaa beznyer nmpk..bile nak wat sebelah utara n timur plak nie

                                • Pada 2010.07.11 19:05, Kujie menulis:

                                  baju tak de masalah – ok je

                                  terimakasih tokey baju :lol:

                                  • Pada 2010.07.11 19:12, Cik Nass menulis:

                                    Seronok tengok gath ni! InsyaALLAH ada rezeki Cik Nass join. Sekarang ni berada di seberang laut. Sarawak Bumi Kenyalang. :D Takpe. Encik Syahirul ada sebagai wakil. Ekekeke.

                                    • Pada 2010.07.11 19:14, Kujie menulis:

                                      hari sabtu, hari utk santai2..kena seronok2 :lol:

                                      • Pada 2010.07.11 19:16, Kujie menulis:

                                        LOL , kenapa? :roll:

                                        • Pada 2010.07.11 19:50, nurayunni menulis:

                                          beznyer dpt berkumpul rmai2..

                                          • Pada 2010.07.11 20:03, velasrizal menulis:

                                            rugi tak join huhu..wat la kt kl msti aku dtg..

                                            • Pada 2010.07.11 20:04, farah menulis:

                                              Alahai , seronoknya . Semua orang nampak happy kat situ . Sungguh , saya jealous sebab tak dapat pergi .
                                              Post terbaru farah .. Jom baca..Hari Interaksi Intelek 2010My ComLuv Profile

                                              • Pada 2010.07.11 20:07, chekgu naman menulis:

                                                betul..sebelum ni kenal di internet, bila bersua secara depan² bertambah mesra..hehe
                                                Post terbaru chekgu naman .. Jom baca..Dalam Hati Ada Taman- dalam Taman Ada BungaMy ComLuv Profile

                                                • Pada 2010.07.11 20:14, Laili menulis:

                                                  kak jie, saya rasa tahap cemburu yang melampau lepas baca entry kak jie ni. ruginya saya tak dpt join gath semlm :cry:

                                                  • Pada 2010.07.11 20:33, iman menulis:

                                                    its great ada org dewasa there mcm Kak Jie it makes it more like a family..next time if more adult coming, i might plan in joining.lol.segan sikit nak bercampur.hehe

                                                    tp kalau ada yg ke2 bleh tak sy nak dok tepi akak jek?mwahaha
                                                    Post terbaru iman .. Jom baca..What Is Love My ComLuv Profile

                                                    • Pada 2010.07.11 20:40, diden menulis:

                                                      hehe… bdk nkal tu pun ad hehe
                                                      Post terbaru diden .. Jom baca..Widget Wegio- best ke tak best widget ni sila baca dan buat penilaianMy ComLuv Profile

                                                      • Pada 2010.07.11 20:45, ery farieha menulis:

                                                        kak jie, bestt!
                                                        betol la kate kak jie tu, ade yang dewasa yg gadis2 ni rase selamat.
                                                        dan best sbb dpt merasa makanan potluck
                                                        ihiiksss :P

                                                        • Pada 2010.07.11 20:47, ery farieha menulis:

                                                          kahkahkah gatai lu jijan :P

                                                          • Pada 2010.07.11 21:02, Kujie menulis:

                                                            dia mmg …rasa ramai2 blogger yg ada kt situ..dia le yg dulu nk kena piat telinga :lol:

                                                            • Pada 2010.07.11 21:03, Kujie menulis:

                                                              belum sempatlah tu – kalau dia org buat lagi, kita pergi ye :lol:

                                                              • Pada 2010.07.11 21:07, Kujie menulis:

                                                                secara ringkasnya macam tu lah… sebab bercerita bab blog face to face lain rasanya kalau sekadar buat tutorial kat blog

                                                                • Pada 2010.07.11 21:08, Kujie menulis:

                                                                  org utara org timur lah yg kena anjurkan… kita org pula yg berduyun ke sana :lol:

                                                                  • Pada 2010.07.11 21:13, Kujie menulis:

                                                                    Sama saja, kalau orang JB buat, mungkin kami yg kat KL ni tak ramai yang dapat turun… kalau orang Sarawak yang buat pun mcm tu lah… jauh2 kita mendoakan majlis , cukuplah

                                                                    • Pada 2010.07.11 21:22, NoorAfzan menulis:

                                                                      kak jie bawa ape?
                                                                      rugi ar tak dapat merasa..
                                                                      huhu~

                                                                      bak kata orang,
                                                                      kita hanya mampu merancang..
                                                                      rancang nak pi sampai petang, tapi ada hal pula di tengahari =)
                                                                      Post terbaru NoorAfzan .. Jom baca..Jumpa blogger di Gathering GengBlogger My ComLuv Profile

                                                                      • Pada 2010.07.11 21:36, Nadri menulis:

                                                                        biasanya apa yg selalu dibincangkan kalau blogger berkumpul ramai2 begini??? :mrgreen:
                                                                        Post terbaru Nadri .. Jom baca..SPAIN Bakal Juara Piala Dunia 2010My ComLuv Profile

                                                                        • Pada 2010.07.11 21:54, Kujie menulis:

                                                                          awak nak tanya apa?

                                                                          itulah yg akan dijawap..hehe

                                                                          • Pada 2010.07.11 21:56, Kujie menulis:

                                                                            betullah tu – dah pertama kali jumpa, kita belum kenal pun
                                                                            mesti rasa lebih selamat kalau org dewasa ada, kan

                                                                            manalah tau derang tu boya ke..hehehe

                                                                            • Pada 2010.07.11 21:57, Kujie menulis:

                                                                              kak jie tak baca apa pun
                                                                              datang naik tren – komuter, lrt – erl…susah nak angkut :lol:

                                                                              • Pada 2010.07.11 21:58, Kujie menulis:

                                                                                memang pun – sudahlah kak jie tak faham ape dia royat

                                                                                • Pada 2010.07.11 21:59, kakyong menulis:

                                                                                  salam kak jie..

                                                                                  kakyong ni kdg2 curi2 jengah ke mari… ntah le naper segan nak tinggalkan komen.. tp sbb nak tanya pasal t-shirt tu – maka tinggalkan juga komen… camana nak dptkan t-shirt geng blogger tu utk org2 yg jauh nih.. boleh tak kak jie beri email ke, bleh saya contact…

                                                                                  • Pada 2010.07.11 22:43, kak ina kl menulis:

                                                                                    :smile: salam…maaf yer jika ada yang tersilap kata semalam..seronok dapat jumper semua.

                                                                                    • Pada 2010.07.11 22:57, eyriqazz menulis:

                                                                                      wah,seronok nampak..rugi tak dpt pi….ada family day..thanks for sharing it
                                                                                      Post terbaru eyriqazz .. Jom baca..Lukisan Menarik Sempena Piala Dunia 2010My ComLuv Profile

                                                                                      • Pada 2010.07.11 23:18, Eyl menulis:

                                                                                        lawa la baju geng blogger, nak satu boleh? hehe

                                                                                        best la kalo dh lama blog, leh join gathering..nanti taun dpn wat la lagi, nk join jugak :)

                                                                                        • [...] Kak Jie part 1, part 2|AzrulHisham| [...]

                                                                                          • Pada 2010.07.12 00:33, zool menulis:

                                                                                            wah siap dua entri pasal gathering ni..
                                                                                            saya buat satu pun cukuplah…

                                                                                            tapi memang respek kak jie n kak ina blh layan bebudak muda2 ni.. tabik pengakap satu..

                                                                                            • Pada 2010.07.12 02:56, dayah menulis:

                                                                                              sy baru tahu cdn tu apa, seo lahgila tak tahu…mmg sempoi hari event gb lepas :) sy kagum kak ji rajin berbelog. mcm nk suh mak sy pulak mula berbelog, abah ada kat yemen kerja :)

                                                                                              • Pada 2010.07.12 09:21, Faizal @ FTN menulis:

                                                                                                oh kisah terperangkap. wife saya mula-mula kena..tandasnya sudah rosak..pintu tak boleh buka..
                                                                                                nasib baik ada orang tolong
                                                                                                Post terbaru Faizal @ FTN .. Jom baca..Spain Juara World Cup 2010 – Tiada Lagi Mimpi VuvuzelaMy ComLuv Profile

                                                                                                • Pada 2010.07.12 09:23, Faizal @ FTN menulis:

                                                                                                  fun fun fun.
                                                                                                  tapi sad sad sad (tak dapat join abis)
                                                                                                  Post terbaru Faizal @ FTN .. Jom baca..Spain Juara World Cup 2010 – Tiada Lagi Mimpi VuvuzelaMy ComLuv Profile

                                                                                                  • Pada 2010.07.12 09:37, yusenze menulis:

                                                                                                    Diden… budak nakal tu bkn aku ye… tapi en.Azizan Kadir… aku tumpang nakal je… hahha..
                                                                                                    Post terbaru yusenze .. Jom baca..Di Sebalik Piala Dunia 2010 Ramalan Aksi AKHIRMy ComLuv Profile

                                                                                                    • Pada 2010.07.12 09:39, ishak menulis:

                                                                                                      alahai best nyer..eh kak jie intan pun ada blog juga..? tak nak pakai domain sendiri ke intan kak jie ?

                                                                                                      • Pada 2010.07.12 09:46, ishak menulis:

                                                                                                        sama-sama kita menuntut ilmu dari kak jie :mrgreen:
                                                                                                        Post terbaru ishak .. Jom baca..Jom berkenalan dengan baim wong benci bilang cintaMy ComLuv Profile

                                                                                                        • Pada 2010.07.12 09:49, ishak menulis:

                                                                                                          yang mana satu ariff tu kak jie ? tak perasan sangat tengok gambar tu
                                                                                                          Post terbaru ishak .. Jom baca..Oh marshanda I love youMy ComLuv Profile

                                                                                                          • Pada 2010.07.12 09:53, ishak menulis:

                                                                                                            jangan kata engko..aku pun jeles sekali….kalau lah aku ada pintu doraemon..dah lama aku join korang..huh
                                                                                                            Post terbaru ishak .. Jom baca..Tutorial – Jenamakan feedburner google anda dengan subdomain domain sendiriMy ComLuv Profile

                                                                                                            • Pada 2010.07.12 09:59, adamfaiz menulis:

                                                                                                              Larr…free ke? Kalau aku tau sure sampai…dokek yo..
                                                                                                              Post terbaru adamfaiz .. Jom baca..Kenapa Dia Tak Pakai Baju PaMy ComLuv Profile

                                                                                                              • Pada 2010.07.12 10:41, ejam menulis:

                                                                                                                statement nie menunjukkan mama kujie seorg pemerhati…

                                                                                                                “p/s – Ariff suka menggunakan kedua-dua jari kelingkingnya waktu menerangkan seseuatu .”

                                                                                                                so kepada bakal2 menantu mama kujie sila jaga tingkah laku yer coz anda sedang diperhatikan…
                                                                                                                seorg mama yg prihatin dgn setiap pergerakkan anak2nya…hehe

                                                                                                                nnt kalau ada kesempatan nak join lagi gathering gengblogger nie dgn bwk org umah skali…
                                                                                                                kesian dia tak dapat nak join coz kena keje…
                                                                                                                Post terbaru ejam .. Jom baca..Gathering GengBlogger Pertama 2010My ComLuv Profile

                                                                                                                • Pada 2010.07.12 11:16, maza menulis:

                                                                                                                  aduh! rugi tak join.. huhuhu

                                                                                                                  kalau tak, boleh ler juga berkenalan dgn adik manis gitew..

                                                                                                                  hehehehe
                                                                                                                  :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
                                                                                                                  Post terbaru maza .. Jom baca..Dah bayar pada majlis tempatan- tapi masih tak terbelaMy ComLuv Profile

                                                                                                                  • Pada 2010.07.12 11:23, Hazzy menulis:

                                                                                                                    seronok jumpa kakjie, banyak ilmu yang dapat. Harap2 boleh jumpa lagi.

                                                                                                                    • Pada 2010.07.12 11:34, N2kU menulis:

                                                                                                                      nak join , tpi segan la, blog suam2 suku je….

                                                                                                                      • Pada 2010.07.12 12:05, fiza menulis:

                                                                                                                        ruginya tak dpt join..mmg teringin nak gi ngan naman…blh jmpa akak yg femes lg emes ni.. dh dkt ngn umah dh..
                                                                                                                        Post terbaru fiza .. Jom baca..Darwisy mintak sofa baru ♥♥My ComLuv Profile

                                                                                                                        • Pada 2010.07.12 13:02, enasan menulis:

                                                                                                                          hebaT… xdpt nk joiN…koje…huahuahua ;-) :|
                                                                                                                          Post terbaru enasan .. Jom baca..-BerakHir sudah WorlD CuP 2010ThomaS muelleRKloSe TiKet wayanG free -RyhennaMy ComLuv Profile

                                                                                                                          • Pada 2010.07.12 16:33, sukur menulis:

                                                                                                                            waaahh..kak jie..comel nye gambar kita ber3..mcm mak n anak2..haha..
                                                                                                                            apa2 pun kak jie mmg sempoi..
                                                                                                                            nak tahu la..cmne kakjie hebat berblogging?belajar ilmu IT dr mana?
                                                                                                                            Post terbaru sukur .. Jom baca..Gathering GengBlogger 2010My ComLuv Profile

                                                                                                                            • Pada 2010.07.12 17:06, hafizmd menulis:

                                                                                                                              ko ni jijan..jujur betul..nnti kak jie piat telingat tu…hahaha :mrgreen:
                                                                                                                              Post terbaru hafizmd .. Jom baca..Fakta dan Statistik Menarik Piala Dunia 2010My ComLuv Profile

                                                                                                                              • Pada 2010.07.12 17:09, hafizmd menulis:

                                                                                                                                wow..nampak sungguh happening dan semuanya ceria2 belake..insyaAllah akan jumpe jugak kak jie ngn blogger2 ni semua.. :lol:
                                                                                                                                Post terbaru hafizmd .. Jom baca..Fakta dan Statistik Menarik Piala Dunia 2010My ComLuv Profile

                                                                                                                                • Pada 2010.07.12 18:21, siggplus menulis:

                                                                                                                                  beruntung betul dapat 1 group ngn kak jie aritu. hehe

                                                                                                                                  segan nak tegur
                                                                                                                                  Post terbaru siggplus .. Jom baca..benci betul aku kalau gadis tak kenal messageMy ComLuv Profile

                                                                                                                                  • Pada 2010.07.12 19:16, NoorAfzan menulis:

                                                                                                                                    hoho..kujie pun bawak ‘perut’luck ye bukan ‘pot’luck.
                                                                                                                                    huhu..

                                                                                                                                    malulah kakjie puji kat kotak komen saya.
                                                                                                                                    kami2 ni engineer biasa2 sahaja.
                                                                                                                                    Baru 2 tahun bertugas =)

                                                                                                                                    • Pada 2010.07.12 20:55, Nabiel menulis:

                                                                                                                                      best la gath nie!
                                                                                                                                      wlpun xrmi mane..tp best sbb dpt jmpe smua yg xpnah kte jmpe~hehehe
                                                                                                                                      kak jie!!dekat dh ngan umah nbiel~hahaha
                                                                                                                                      nbiel kt sg.boye!lalala=)
                                                                                                                                      Post terbaru Nabiel .. Jom baca..Gathering GENGBLOGGER 2010 di PutrajayaMy ComLuv Profile

                                                                                                                                      • Pada 2010.07.13 00:33, nur hidayah isa menulis:

                                                                                                                                        kak jie mmg sporting la..hehehe..thx sharing ilmu berblog ni..yang perempaun ramai yg senyap aje sbb malu2 rimau kot..hahaha..

                                                                                                                                        • Pada 2010.07.13 00:58, haritz menulis:

                                                                                                                                          Tak pernah pergi gathering mana2 sbb selalu bz, mungkin satu hari nanti kot

                                                                                                                                          • Pada 2010.07.13 08:58, katakgomoksulie menulis:

                                                                                                                                            wah….meriahnya gath korang…. :mrgreen:

                                                                                                                                            • Pada 2010.07.13 11:43, miss nana menulis:

                                                                                                                                              seronok sangat dapat berkenalan dengan blogger lain :mrgreen:
                                                                                                                                              Post terbaru miss nana .. Jom baca..Gathering GBMy ComLuv Profile

                                                                                                                                              • Pada 2010.07.16 07:46, paeh menulis:

                                                                                                                                                sebab kunci dia tak betul. ingat nak buka balik senang laaa. main sepak2 gak pintu tuu… takleh gak… nasib @ifazreen tulun saya…. hahaha
                                                                                                                                                Post terbaru paeh .. Jom baca..This is Street ClashMy ComLuv Profile

                                                                                                                                                (Diperlukan)
                                                                                                                                                (Tidak akan dipamerkan)
                                                                                                                                                CommentLuv Enabled
                                                                                                                                                Sekiranya anda ahli berdaftar CommenLuv, klik untuk memilih post yang ingin dipaparkan.

                                                                                                                                                Switch to our mobile site