Sambalku kurang belacan

Bekalan belacan saya berada di tahap kritikal. Sesiapa dari Terengganu boleh hubungi saya untuk penghantaran segera.
Satu ketika dulu, seorang blogger berdarah manis menunggu hari dan blogger yang baru dapat anak ke- 3 turun KL, mereka bawakan untuk saya tetapi memandangkan mereka berdua sekarang agak sibuk dengan offline projek, saya perlukan ejen segera.

Sebenarnya bukan hanya untuk saya, tetapi ada orang lain juga yang berminat dengan belacan Terengganu kerana saya pernah mendapat email bertanyakan hal ini.

zaisan wrote:
salam…cam ner nak dpt belacan terengganu…?….u ader contact x ?

© Kujie – bisnees baikkkkkkkkkkk ni!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. bes sgt ke belacan trg? saya pon dok pasti wlopon dh lame dok trg.neg lain rsnya xsama ke?

    j_hafizs last blog post..EAVista Directory – Submit your link for FREE

  2. sedap ke belacan terengganu? tak pernah tahu pun terengganu ada belacan hehehe.. setahu neeza belacan Banting sedap sebab neeza selalu makan.. 😀

    • @Neeza, lor…………….kat t’ganu tu neeza
      Kak Jie beli kat depan masjid rusila
      sedap sgt…tp susah pula nk dpt skrg
      kena cari ejen dr Melaka ke….N9 le pula kot

      nk JV dgn Maza :mrgreen:

      • @Kujie,

        – uik kalau mcm nie … PAKCIK KAYOOOO…

        Jap, jap….pakcik nak kiro berapo lak untung eah, dan berapo lak motor baru yg pakcil leh boli buek koleksi…….

        hahahahhahaa
        :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

        mazas last blog post..Konspirasi Menjatuhkan Maza

  3. Eh…peliknya… Dah 8 tahun dok ganu ni, tak pulak tahu tentang kehebatan belacan ganu. (tak pernah rasa pun!)

    Tie suka belacan dari sarawak atau kedah tu… Segar dan tak berbau…

    Hari tu hubby bawak balik setongkol… sampai mentua pun puji lagi, sebab tak gatal …… Cuba cari belacan kedah tu……. Tie potong macam kek, pastu bakar…. boleh simpan lama… sedap gak buat sambal…he he…

    Ties last blog post..Award

  4. waduhhh!

    den baru jo balik dari N.9….. sompek lah gak den poie beli belacan kek Juaseh!

    den boli belacan melako…..boleh tahan gak lah raso eh!

    heheheh

    malam nie pun mau makan belacan mentah laie sambil cicah keropok lekor….

    wakakaka

    mazas last blog post..Konspirasi Menjatuhkan Maza

    • @maza, tiap negeri ade belacan yooo….nk kena cari le…kita test 😆 SIRIM

      yerk…..belacan mentah..mau sopek hidung lepas ni 😆

  5. kita dok kelate, tak tahu belacan sini sama ke tak dgn belacan treng. macamana rupa belacan treng tu? bulat-bulat ke leper?

  6. Sedap ke belacan terengganu? Tak penah coba..saya makan belacan melaka je. Tiap kali balik mesti tahan untuk stok 5,6 bulan.

  7. eh silap jenis smiley pulak

    sepatutnya 🙂

    nuruls last blog post..TURN OFF

  8. gud luck kak jie! heheheehe

    boleh berjaya wo dengan bisnes belacan :p

    nuruls last blog post..TURN OFF

  9. wah..kak jie dah buat sebaran..wajib la ada yang menghubunginya.. 🙂
    pasti sambal kak jie pasni lebih enak..
    pastu kak jie jadi tokey belacan skali..lawan dengan izany pelakon tu..
    huhuhu

    • @izzah, kalau tak de sapa2 hubungi
      kena gedik2…bodek abg ajak g T’ganu le nampaknya
      alasannnnnnnnnnnnnnn….baik punya! :mrgreen:

  10. Macam message board lah pulak blog ni ya. Nak try saya punya boleh camni tak sebab saya tak rasa blog saya sepopular blog ini… Belacan tu masuk dalam masakan apa sedap ya?

    kruel74s last blog post..Always too late

    • @kruel74, ada lagi message yg lebih personal
      ada yg tanya cadar asrama anak2, yuran…..dll
      ada yg hntr email nk tanya baja untuk pokok bunga..hehehe
      sy tak kisah utk jawap

  11. ada rasa berbeza ke belacan terengganu, belacan melaka, belacan kurau dan belacan ezany ? sumer pun kalau dah jadi sambal belacan , memang ummpphh!

    sallys last blog post..Kasih

    • @sally, ada yg sedap..mgkn masa kak jie beli tu….utk pertama kali
      tempat yg betul
      dan mgkn kena dgn selera…..sejak hari tu
      sentiasa order belacan t’ganu :mrgreen:

  12. sambal belacan atau sambal letak belacan memang syiok. menangkap!

    tapi kalau de yang tak tahan, bleh gatai-gatai dibuatnya.hehe..

    jual belacan online gitu.

    fiezabaiduris last blog post..Selamat Hari Lahir

  13. belacan terengganu dgn belacan lain ade beza ke kakjie.heehee

    🙄

    farah aucklands last blog post..Realiti TV – –

  14. uiks… lain ker belacan terengganu ngan belacan belacan lain?? ❓

    Adrys last blog post..A visit to a friend shop…

  15. bisnes baik ni Jie…. moga berjaya jadik saudagar belacan terengganu 🙂