Sample Kuih Raya Rumah 4 Tingkat
Blogger

Sample Kuih Raya Rumah 4 Tingkat

Kiriman dari Kie-yu awek  rumah 4 tingkat dah sampai.   Sample kuih raya.   Sesiapa yang ada sample² kuih raya , bolehlah hantar sebalang dua – he he he

Entah macam mana hari tu dia minta alamat kat twitter. Saya pun tak ingat bila ( baca : uban sudah memutih ) Teringat dialog dulu² dengan Intan.

” Mama, rambut putih mama dah banyak, kenapa ye..”

” Tu lah, banyak sangat  fikir…anak² banyak buat salah ”

” OOOO..mama pun banyak buat salah juga ye?”

” Bukan mama….Intan laaa….”

“Tu, rambut Tok pun ( merujuk pada emak saya ) banyak putih”

:roll:

Hari ni berjaya baiki sinki –   Air tak menitis lagi.  Menonggeng-nonggeng saya bertukang bawah kabinet  yang paling jarang dibuka tu.

Tips rumahtangga :  Kalau encik suami ada, tak perlu tunjuk pandai, buat² tak tau.  Biar dia rasa diri diperlukan, kebergantungan seorang isteri pada suami.   Teknik bermanja-manja gituuu….:lol:

©kujie – Forget about the mistakes that you can’t change now, but don’t forget the lessons.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

29 thoughts on “Sample Kuih Raya Rumah 4 Tingkat

  1. saya pun bercita2 nak buat kuih sendiri tahun ni baru kidnap oven dr rumah mak……mixer tak der lagi….ada hati 🙄

  2. Pandainya kak kujie baiki sinki tu… huuu.. kalau ina, haruuu betul… terus je nak cari plumber bagai.. ohok.. walau nak kena betulkan sikit je.. adeh..

    p/s: kak kujie, raya akak prefer makan kerepek atau kuih raya? kuih raya apa yang akak suka?
    Jom terjah post menarik dari ikoko ..Learning ISO- Aperture- and Shutter SpeedMy Profile

  3. eeerrr…mestilah ada semangat nak raya… baru ada semangat jugak nak berpuasa….heheheh….nape kak jie tak tunjuk sample kek tu kak ehh…..teringin nak tengok ler…
    Jom terjah post menarik dari zulman ..CinTA DataNG Dan PerGiMy Profile

  4. Err…. ingat nak tunjuk gambar kuih tu..

    Kita dah lama betul tak buat kuih raya. Padahal masa baya Intan tu rajin benar buat kuih, tolong mak, akhir sekali kena bakar kuih tu sorang-sorang, sebab mak dah keletihan, hihi… :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Tie ..Tak nak kawanMy Profile

  5. puasa blum tiba… kuih dah tiba…. tapi takpelah… sebab ramai orderkan, mesti la kene buat awal2….

    kakjie tak buat kuih ker???? kalau umah saya dulu takde kuih, semua asam, jeruk dan gula2….sekarang ada la kuih sebab abg saya sekeluarga duduk sekali….hehehehe

    p/s: saya cuma pandai buat rendang, ayam masak merah dan kuah lodeh jer… itu pun sehari sebelum raya….heehehehehehehe
    Jom terjah post menarik dari zikri ..Bicara Hadis – Kejadian ManusiaMy Profile

  6. saya suka tips yang last tu, ada suami bergantung pada dia. tapi akibatnya, saya rasa saya jadi manja sangat, nak tutup kepala gas pun minta dia buat sebab saya tak reti 😆 😆
    Jom terjah post menarik dari Linarahim ..Embarassing momentsMy Profile

Comments are closed.