Saya Bukan Calon , Tapi Tolonglah Undi

World Bloggers and Social Media Awards 2012

World Bloggers and Social Media Awards 2012

Saya yang calonkan blog ini.  Yup…. Most Vocal Blog untuk kempen World Blogger & Social Media Award 2012.  Mula-mula tu dok fikir, adakah kategori ini macam rancangan  Vokal Bukan Sekadar Rupa .  Tapi hazrey tuan punya hazrey.com ini ada rupa , kadang² macam Nuar Zen.

Sesekali dia muncul kat dinding rumah , Intan akan jerit ” mama……. tu pakcik tu yang kita pernah jumpa tu… dia ada kat  dalam TV.  Dia kena tangkap dengan polis ke? ” .  ha ha ha…. tiap kali dia nampak kat TV mesti dengan mat rempit dan polis.

Pada awalnya saya tak ambil kisah dengan program ini,  Jumaat lepas waktu review senarai blog yang ambil bahagian, saya terfikir kategori  Most Vocal Blog perlukan sebuah blog yang sesuai. Yup… saya review calon sebelum undi sebab saya suka letakkan ‘nilai’ pada apa yang saya buat.

Calon yang terlintas adalah hazrey .com walau pun tuan punya blog seribu kali ada rupa berbanding blog dia.

Kenapa saya calonkan blog ini? Bukan sebab kroni bukan sebab bau bau belacan atau rakan segossip di timeline. Saya bukan jenis mengundi di sebabkan faktor² hubungan BFF

Nak kata blog ini serius kaki komplen, tak juga .  Tiap kali baca entri dia boleh gelak sebab kadang² terkena hidung sendiri.  Isu semasa yang dekat dengan kehidupan kita dikritik secara jenaka yang ‘makan dalam’.  Tak perlu bahasa 18SX atau pun 18SG.
Korang mesti vote kerana kalau menang, tuan punya blog menjanjikan subsidi air, tanah, elektrik dan ayam. hahaha… klik link dibawah, dan  klik hazrey.com.

Most Vocal Blog – World Blogger & Social Media Award 2012

Selepas 3 hari dicalonkan, hazrey.com sudah memintas blog lain untuk menduduki carta hati Najwa Latif.

p/s – ada yang tanya kenapa saya tak join – sebabnya saya blogger yang kurang bersosial di media. hik hik boleh gitu?

saya mengundi 28 blog lain 

 

36 Replies to “Saya Bukan Calon , Tapi Tolonglah Undi”

    1. selera tiap org berbeza
      masing2 suka nak baca blog sapa
      tp yg ni kak jie rokemen sbb balaupun isu pedas
      tapi msh ada limit, masih seimbang..dlm gurau dia mencubit
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Jangan ………?My Profile

          1. tak lah.. ini blog peribadi, kena baca dgn sense of soul..
            apa yg tercatit adalah dr sentuhan peribadi , ada kisah bukan saja pada catatan entri
            tetapi hubungan personal.

            tiap pembaca ada sudut masing2 utk read between the line
            kepelbagaian itulah yg membentuk identiti seorg blogger
            cara kita baca blog arif shah tak sama dgn cara kita baca blog helmy samad ( contohnya )
            cara kita baca blog teknikal tak sama dgn baca blog personal
            cata baca blog politik tak sama dgn cara kita baca blog motivasi
            tiap org ada trendmark tersendiri.

  1. Salam Kujie.

    Masa saya dpt bbm dari Kujie, saya di Mahkamah Majistret Tangkak sbb cover satu kes lelaki menyamar Datuk dan peras RM3 juta dari mangsa. Bila saya baca, yelah mana nak dengar majistret garang, mana nak baca bbm, saya dok pikir, eh boleh ke hazrey.com ni. Picisan jek blog tu.

    Tapi ur faith tu yang buatkan saya, oklah, lets try and I must thank you for that, walaupun saya masih lagi tak yakin sangat. hehehe. Blog longkang tuuuuuu.

    Apapun Kujie, terima kasih berbanyak for the nomination and that is very sweet of you!!

    Dan pada your readers, terima kasih berbanyak banyak for the votes. Nanti kalau dah menang, saya akan posing ala Fasha Sandha pakai baju belah belakang untuk anda ya, supaya anda dapat muntah darah. hahaha.

    On a serious note, terima kasih berbanyak, ni pun dah bergenang airmata ni… sbb mata masuk asap.

    Salam.

    1. isu apa pun yg dia tulis, biasanya selepas diselidik dan ada fakta yang boleh dipercayai
      lagi satu… idea segar dan bukan copy paste isu org lain.
      semua disampaikan dgn cara yang simple dan santai…bukan bahasa tegang buat kita pening kepala
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kesilapan Blogger Blog ContestMy Profile

Comments are closed.