Selesai sudahhhh…..
Blogger, Tags August 8th, 2008Malam ini saya paksa diri untuk selesaikan hutang piutang dengan kawan². Maaf ye kerana lambat untuk siapkan assignment ini…
Tag pertama sudah seminggu saya terima dari Intan - ibu anak 2 .
1. Kali Pertama Naik Kapal Terbang
- Tahun 2003 pergi Langkawi . Dah tua bangka baru nak merasa nak naik kapalterbang.
2. Kali Pertama Ke Oversea
- Tak pernah pergi oversea, tapi kalau melintas Laut Cina Selatan ke Sabah tu kira oversea tak? Sea la juga, kan… kan… tapi pernah ke Thailand. Itu pun area Betong je..huhuhuhu
3. Kali Pertama Duduk Berjauhan Dengan Keluarga
- Tahun 1981
4. Ingin Melancong Ke…
- Cik kak.. tanya² ni nak sponser ke? Saya nak pergi Kelantan. Pernah ke sana 4 hari 3 malam ( satu malam tu xtra sebab tak sanggup nak balik awal ) Suka sangat suasana dan makanan kat sana.
5. Favourite Accessories
- Tak berapa minatlah..saya muda² dulu bukan gadis feminin..hahaha..minah rock. Masa nak kahwin mak ajak pergi kedai emas untuk beli barang kemas. Saya cuma pilih subang cenonet macam cengkerang sebesar kuku jari kelingking…
6. 4 Perkataan Yang Selalu Disebut
- Adoilah…
- tatahannnnn… ( kenangan manis dgn Sepiah & Grim Frog …siapakah dia?
- cessss…
- ‘eeemmm…( orang tu saja yang faham kalau saya dah tulis macam tu )
7. Kalau Ada Duit *juta..juta..juta..*
- Pengsan dulu! Lepas dah waras baru fikir nak buat apa..
8. Siapakah Yang Mahu Di Tag
- Tag ini dah berkurun zaman tok kadok , mungkin semua orang dah buat. Kalau sesiapa belum buat, silalah berbesar hati untuk memanjangkan tag ini.
Selesai sudahhhhh…..

Saya dapat award dari Jun dan Ibu Kumbang , Terimakasih Jun… Tak tahu pula saya ini kretif. Bila kita nak jumpa lagi Jun, awak ada hutang ciskek tau….
Edit : Award ini juga dengan murah hati telah disumbangkan oleh cendawanintim. Terimakaseeehhhh….
Sekarang nak selesaikan tag dari Ibu Kumbang sebab dia gatal jari tambah rules sesuka hati . Adoilah.. macam mana ye nak buat ucapan ala gedik² tu. Rules dia macam ini :
“ANDA HENDAKLAH MENYEDIAKAN SATU UCAPAN BERANGAN ”
It has been done according to the following rules:
1. The winner may put the logo on her blog.
2. Put a link to the person you got the award from.
3. Nominate 5 blogs.
4. Put links to the blogs.
5. Leave a message for your nominees
Ehem…. Assalamualaikum semua. Terimakasih adalah ucapan yang paling ringkas yang dapat saya tujukan kepada semua keturunan kubang yang mengiktiraf kekretifan kerastangan blog ini. ( tak cukup gedik ni )
Saya memang menjangkan akan membolot anugerah ini kerana saya telah berusaha dengan segala power rangers, power puffgirl, power suplly untuk memaksa kesemua pembaca blog ini menghabiskan kredit mengundi saya .
Saya tahu, penonton semua hampir muntah melihat anugerah yang tergengam di tangan saya ini, jadi baiklah saya berundur diri dulu .
Sebagai wakil dari Kak Kujie - Pengacara Dokumentari yang tidak dapat hadir kerana terlibat dengan persembahan majlis pembukaan Sukan Olimpik Beijing 2008.
saya cuma dapat hantar wakil kerana sedang melayang² di Beijing sekarang…
Rule Nominate 5 blogs: Saya tag seorang gadis, seroang teruna, seorang bapa, seorang ibu dan ….. ( tak de idea yang ini )
1. Adry teruna Sabah masih available
2. Leha gadis Terengganu di Melbourne
3. Intan Eddie ibu anak 3
4. Toknabe -suami dan bapa orang
5. saya tak kenal sesiapa yang kabur jantinanya……
Selesai sudahhhh…. 2 tags dalam satu entri.. Saya ingin tidur lena.. Selamat malam

August 8th, 2008 at 11:17 pm
August 9th, 2008 at 12:33 am
kak saya ni tgh blurrr ni… shrek tu, orang yang bawak motor ke atau skuter tu nama shrek… time kacih ye siapkan tugasan tu.. muahss
August 9th, 2008 at 1:53 am
August 9th, 2008 at 11:22 am
Kalau K.Jie pegi Kelantan & kebetulan Intan balik kg masa tu, should be no problemo. Intan sponsor penginapan & bekfes nasi berlauk/nasi kerabu selama K.Jie menginap…at my home of course. Sudi ke?
August 9th, 2008 at 6:00 pm
August 10th, 2008 at 2:21 am
August 10th, 2008 at 9:19 am
hiks~ dh kne tag ngn mama. ala mama, xpayah la gtau leha kat melbourne tu, leha dh xlame nk blk msia nih. lg 2 mggu je duk kt melbourne nih. hihi.
August 11th, 2008 at 9:20 am
adeiihh… sy pun byk utanh lom langsai ni kakjie….
p/s: kangen banget sama sherk ya buk??!