Semakin Ramai Guru Hidapi Penyakit Kritikal

Peningkatan beban tugas dan tekanan berkaitan kerja, menyebabkan semakin banyak guru terdedah kepada risiko mengalami masalah kesihatan kritikal.

Menurut setiausaha agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Lok Yim Pheng semakin ramai guru kini mengalami tekanan perasaan dan terdedah kepada risiko diserang penyakit barah, jantung dan tekanan darah tinggi.

Katanya trend ini dapat dilihat berdasarkan jumlah tuntutan insurans yang dibuat oleh golongan pendidik, terutama sejak lima tahun lepas. Beliau berkata dari Januari hingga Jun tahun ini saja, 38 penyakit kritikal melibatkan guru telah dilaporkan, yang membabitkan bayaran tuntutan berjumlah kira-kira RM2.1 juta.

Rekod NUTP menunjukkan bahawa pada 2004, sebanyak 79 kes penyakit kritikal melibatkan guru telah dilaporkan, 2005 (100), 2006 (106) dan 2007 (125).

–Petikan dari Bernama.

😀 di luar Kelas 4KA1 SM Teknik Sepang…gambar saya  & Along ini disedut tanpa izin dari Myspace Along….mak² zaman sekarang , kena  rajin intai  MYspace, Friendster @ Yahoo! Messenger anak².

Selain daripada ibu-ibu mengandung, saya juga mempunyai ramai kawan² blogger yang bertugas sebagai seorang guru/bakal guru. Semoga kawan² cikgu/cikgi – bakal cikgu/cikgi  akan dipelihara dari segala kerumitan dan kekusutan zahir & batin.

Cikgu Azis
Cikgu Azlan
Cikgu Bani Hassim
Cikgu Panji
Cikgu CikScarlet
Cikgu Ira
cikgu Ina
Cikgu Sarra
Cikgu Zue
Cikgu Jawe
Cikgu G
dan ramai lagi cikgu/cikgi yang mungkin saya terlepas pandang…
Beib dan Toknabe pegawai kat Jabatan pelajaran tu kira macam mana ye? Dulu mengajar ke?  Saya tak pandai  hiraki pegawai pendidikan , maaf ye.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Aku memohon kepada-Mu dengan hak Rasulullah dan keluarganya sampaikan selawat kepada Rasulullah dan keluarganya
Ya Allah, wahai Yang Memperkenankan doa orang-orang yang kesulitan
Wahai Yang Menghilangkan duka orang-orang yang menderita
Wahai Pelindung orang-orang yang mencari perlindungan
Wahai Yang Lebih dekat kepadaku dari urat nadiku
Wahai Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, yang di arasy-Nya Ia berkuasa
Selamatkan kami dari kemiskinan dan kefakiran
Kayakan kami dari meminta-minta kepada makhluk-Mu
Jagalah kami dari orang yang kami takutkan duka dan deritanya
Peliharalah kami dari orang yang kami kuatirkan kesulitan dan keburukannya
Lindungi kami dari orang yang kami takutkan kezaliman dan kekerasannya,
kekuasaan dan tipudayanya
Ya Allah, siapa saja yang bermaksud buruk pada kami tahanlah dia,
siapa saja yang mempedayakankami gagalkan dia;
Palingkan dari kami segala tipudaya dan niat jahatnya;
Tahanlah ia dari sesuai dengan kehendak-Mu dan kami berserah diri pada kehendak-Mu.
Ya Allah

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Menjadi guru adalah pekerjaan yang sangat mulia namun tidka mudah ya,
    Semoga para guru2 masa sekarang ini selalu diberi kekuatan oleh Allah SWT dalam menjalankann setiap tugas mulianya
    Jom terjah post menarik dari Rina As ..Cara Daftar Dan Verifikasi / Klaim Blog di AlexaMy Profile

  2. mamaafini says:

    semoga guru2 menjadi pendidik yang dapat membentuk akhlak pelajar agar menjadi lebih baik daripada sebelumnya…pasti Allah akan memberkati dan melindunginya.

  3. 😀 sussah…susssah sangat…tapi hidup perlu diteruskan.jd cikgu sangat byk dugaan..lebih-lebih kalau memikul beban tugas yang melampau banyakny

  4. hanya yg menjadi guru yang tahu jerit perih dan cabaran menjadi guru 🙂

    Kujie ~ betul tu cikgu…harap2 cikgu bersabar….

  5. Itulah salah satu cabaran guru zaman sekarang.. Kena pandai kawal diri supaya tidak terjebak dengan penyakit2 kritikal ini…
    .
    Reez rasa memang patut kak Jie intai ape yang anak buat… Takut nanti karang, ada benda2 tak baik mereka buat.. Sekurang-kurangnya kita tau…
    .
    🙂

    Kujie ~ kita berdoa guru2 anak2 kita diberi kesihatan fizikal dan mental yg kuat…
    itulah reez..anak2 ni kita kena masuk dlm lingkungan hidup dia..tak boleh ada jarak yg jauh sgt…takut kita tak faham cabaran zaman skrg

  6. bertugas kerana nak cari rezeki yg halal..

    bertugas dgn ikhlas ..insyaALLAH akan dilindungi oleh yg diatas..dan dipermudahkan sume urusan 🙂

    abe aku sgt suke dgn keje dia sktg n sambung dua tahun lagi..alhamdulilah rezeki ALLAH.

    Kujie ~ iyelah combi..kalo dia suka dgn keje dia..lagi berkat…

  7. Semoga semua guru2 berada dalam lindungan Yang Maha Esa… Amin.

    Kujie ~ Aminnn…dan anak2 kita mendapat manafaatnya…

  8. 🙂 betul kak jie, saya baru bersembang dengan kawan tentang mengintai my space anak. Bukan apa, bila nampak maknya lintas, anak scroll down, tu yang suspen dan nak tau tu. Bukan nak kawal hidup anak tapi nak tau dengan siapa dia links, banyak sangat kes yang pelik2 yang kita tak sangka boleh terjadi, so kita as mak yang sayangkan anak dan masa depan mereka kena berwaspada.

    Kujie ~mmg betul pun, kita kena tau serba serbi gerak geri..skrg ni bkn lagi dgn kawan2 sebaya yg dtg rumah…tp kena kenal kawan2 online anak2…. 😆

  9. hmm…saya salah seorang guru juga…tapi alhamdulillah setakat neh tak ada la lagi sebarang penyakit kritikal tuh…tapi tekanan perasaan tuh mmg la tak dapat nak dielakkan…samada dari pentadbir, ibu bapa dan juga pelajar…tapi pada scarl..dari pelajar yang sangat teruk…memang menguji keimanan, kesabaran..perlua kuat mental dan fizikal…yang penting jangan terlalu memikirkan perkara yang bagi tekanan tuh…think positive…

    Kujie ~ Baguslah cikgu..kalau ada cikgu yg bersemangat positif mcm ni…terus anak murid gemilang..sbb bkn senang nk tempuh dunia kt sekolah hari2…dgn bagai2 ragam…bkn saja dari murid tapi dari ibubapa

  10. murid sekarang bermacam ragam.. tak tegur lebih2 ibu bapa melenting.. ahkirnya cikgu yg tension hehe

    Kujie ~ kita yg anak 3-4 org pun pening, apa lagi guru yg anak murid 30-40 org…

  11. syok kan pegi perjumpaan cikgu2 dan anak2…

    masa saya kecik2 sekolah dulu, takut setiap kali ada perjumpaan. walaupun takde buat salah, tapi dulu2, kita semua takut cikgu.. la nie, cikgu takut anak murid dengan mak bapak murid.. hehehehe

    🙂

    Kujie ~ seronok sgt…lagi seronok bila tgok muka anak2 tu hepi je bila parents dia dtg…tak de la sedih2….sbb ada kawan2 lain ibubapa dia tak datang…
    betul tu… mak bapa skrg ni lain ….
    tp bagi saya…saya mmg serahkan anak pada guru
    selagi tak memudaratkan…cikgu buatlah apa yg patut

  12. am bukan guru.. hehe.. tapi selalu berurusan dengan bekas guru.. haha.. 😆
    ramai betol cikgu-cikgi yang datang blog kakjie yer..
    juga sori am tak sempat ubah stat setting ittew..

    Kujie ~cikgu cikgi tu dtg siap bawa rotan tu…raun sapa tak buat entri.. 😆

  13. banyak penyakit pelik2 sekarang ni yang melanda golongan yang pelik. Pada hal golongan ni tak memang sepatutnya terdedah dengan penyakit2 pelik ni. Pelik…pelik.

    Kujie ~wahh…dah 2 minggu kepelikan tu tak hilang2 lagi ke..

  14. Waktu yang saya paling rindu dulu ialah waktu zaman sekolah menengah..ader cikgu yang jadik cam geng rapat..ader cikgu yang kalau masuk kelas je dah terketar jari jemari…tapi pepe pon tanpa cikgu saya tak jadik cam hari nih..trimas cikgu!

    p/s: cikgu byk sakit kritikal..sbb makin lama mkin macam2 peel students..kalau tak betul2..payah..saya pon naik pelik ngn peel cousin2 saya yang masih sekolah..lain beno dari zaman dulu

    Kujie ~ jagamu tttp di kenang, kan Arin… 😀

  15. cikgu panji says:

    T kasih krn K Jie mengingati dan mendoakan kesejahteraan cikgu2 sekalian.Semoga kami cikgu2 dan ibubapa juga akan terus diberi kesihatan dan kekuatan untuk mendidik anak2 pelajar menjadi insan berguna. InsyaAllah

    Kujie ~ sama2 cikgu..utk kita2 juga…kalau cikgu cemerlang anak murid gemilang… 😆

  16. cikgu cikgu membakar diri untuk anak murid sampaikan kesihatan diri pun terabai.. kesian kan.. nak ambik MC pun susah sebab pelajaran anak murid nak kena cover…

    ooppss!! Kak Jie gambar Along ye.. hehe.. mesti dia terkejut badak tengok gambar secret ada dalam blog mama dia.. hehee..

    neeza amiinnn doa Kak Jie..

    Kujie ~ respect sgt kerana cikgu dpt jaga murid ramai mcm tu..sedangkan kita anak 2-3 org pun mcm nk pecah kepala… 😥

  17. Plus budak2 zaman sekarang advance sgt… saya mula rasa bimbang, takut tak dapat control anak.. walaupun umur dia baru 3 tahun

    Kujie ~ baru 3 thn…lagi 10 tahun kita pun tataulah mcm mana perkembangan dunia It anak2 kita

  18. tksh kakjie…
    betul tu segala ym, friendster, myspace perlu jugak dipantau..mak dulu2 pantau diari atau surat2 cinta…mak zmn sekarang bleh terjah2 online gitu…;)

    Kujie ~ hehehehe… kena selalu intai bahan2 online dia org… kena check link ape derang merayau..apa yg dia download..hehehe
    kena kuat nk kejar kemajuan anak2

  19. Amiin…
    Semoga Allah menjauhkan segala penyakit dari kita semua..
    Jika kita ditimpa penyakit, anggaplah ia sekadar untuk menduga keimanan kita…

    Setiap penyakit ade penawarnya…

    Sempena bulan Rejab ni, ape salahnye berpuasa, ye tak??

    Thanx KakJie for the reminder…
    Kadang-kale kite ni mudah sgt lupe..

    Kujie ~ sama²
    iyelah…bulan Rejab elok utk berpuasa

  20. budakmerah says:

    hehe. jgn hidup dlm tekanan! 😮

    Kujie ~ tul tu..hidup biar sedap! 😆