Seminar Buat Duit Dengan Blog

Terus terang, saya bukanlah blogger yang pandai buat duit dengan blog. Ada banyak peluang sebenarnya untuk buat duit melalui blog, tetapi saya cuma ikut satu saja jalan.  Faktor usia dan tujuan berblog itu sebenarnya yang menjadi tembok penghalang.

Saya kerap mendapat email dari pengiklan untuk beriklan dalam bentuk banner dan advertorial di blog ini tetapi peratus yang saya tolak lebih banyak dari yang saya terima. T&C saya ketat sangat kot. Tetapi jangan ikut saya.. kalau memang  ada peluang, jangan lepaskan.

Blog memang boleh menjana pendapatan lumayan jika betul-betul serius untuk mendapatkan duit secara online.  Masalahnya ramai yang tidak tahu untuk bermula dari mana.  Apa yang patut dilakukan dan kepada siapa perlu dirujuk.

Tiap orang mempunyai pelbagai sebab untuk buat blog dan salah satunya untuk mendapatkan pendapatan kekal atau sampingan. Selama ini kita sering tertumpu kepada satu teknik sahaja iaitu melalui syarikat pengiklanan di blog, tetapi sebenarnya ada beberapa teknik seperti affiliate, e-book yang boleh digunakan untuk mendapatkan duit dari aktiviti berblog.

Untuk mendapatkan hasil yang maksimum, kita perlu berilmu dalam bidang tersebut. Buat sesuatu jangan main terjah , nanti kecewa bila tidak mendapat keputusan yang memuaskan.  Seperti peribahasa blogger – Nak sedap, tak dapat sentap.

Sehubungan itu, sekiranya berminat dan betul serius untuk buat duit dengan blog, pelajarilah dari mereka yang telah berjaya supaya kita mempunyai panduan dan dorongan untuk mencapainya. Salah satu cara adalah menghadiri forum atau seminar.

Satu seminar yang dianjurkan oleh Denaihati Network akan diadakan pada Sabtu AHAD, 4 Mei 2013 19 Mei 2013, jam 8.00 am – 1.30 pm di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Seminar dengan satu tujuan – buat duit dengan blog akan memberi peluang kepada peserta mencungkil ilmu dan pengalaman dalam sesi forum bersama para panel yang terdiri dari top blogger Malaysia.

  • Pendaftar terbuka untuk blogger berumur 15 tahun keatas
  • Bayaran untuk pendaftaran awal Seminar Buat Duit dengan Blog ini adalah RM50 seorang. Pendaftaran awal akan tamat pada 15 April 2013 5 Mei 2013, dan selepas itu, yuran penyertaan akan dinaikkan kepada RM100 seorang.
  • Tempat terhad kepada 300 peserta terawal sahaja.

Berbagai insentif lain isediakan kepada peserta seperti cabutan bertuah dengan hadiah gadget terkini yang menarik dan package kembara Kemboja.

Dengan bayaran RM 50 untuk mendapatkan ilmu secara langsung , seminar ini tidak patut dilepaskan oleh mereka yang berminat untuk buat duit dengan blog. Ambil peluang ini dengan bertanya  dan berbincang dengan blogger yang  mahir  dengan teknik menjana pendapatan dengan blog.

Klik banner dibawah untuk mendaftar

Seminar seperti ini juga bagus kerana kita akan bertemu rakan peserta untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan dalam masa yang sama boleh membina network.

Insya Allah, saya akan turut serta.

 

Nota :  Tarikh telah ditukar dari 4/5/2013 ke hari AHAD 19/5/2013

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. sabtu ke ahad nih? sbb i tgk 19 mei hari ahad

  2. dari blogging bisa menghasilkan sesuatu, pengen juga … 🙂
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Jasa Sedot WC Jabodetabek Telp. 021-9311-8787My Profile

  3. selamat menuntut ilmu blogging.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Aya ..23 Pesanan Buat SuamiMy Profile

  4. rasa macam nak pergi, tapi itulah, anak-anak nak tinggal mana.. huhu… saper nak tolong jaga?? tolong

  5. Ini bagus untuk yang ingin menambah pengetahuan tentang cara emjana income di blog. Mana-mana yg sudi nak hadiri semonar bolehlah mendaftar ni.

  6. berminat tp segan…hehe

  7. Fuh intro pun dah enam perenggan 🙂

  8. dah dah merasa semua tuh tetepi dlm kontek kecil kecil jer la, hehehe

  9. Rasa rugi sangat sebab tal dapat pergi.

  10. terima kasih share info … dekat jer tuh …

  11. Memang patut pergi nih. 🙂

  12. RM50? Mmg melampau murahnya…tak patut rasanya bagi sesiapa yg nakkan ilmu buat duit dgn blog melepaskan peluang keemasan camni..

    fuh!

  13. mcm dah lain sikit blog kak Jie.

    im shaa Allah. nanti saya akan turut serta.

  14. ohh..ada seminar dah rupanya..

  15. banyak typo post ni kakjie hehe

    saya pon ada banyak pantang larang nak terima advertiser ni mungkin sebab itu dah tak banyak ads lekat kot hehehe

  16. Bagus ini jika hadiri seminar dan juga menjana pendapatan dgn iklan daripada Denaihati. Amat menarik…..he..he….

  17. InsyaAllah kita jumpa di sana nanti yer kak.

  18. insyaAllah kak jie kali ini kita dapat berjumpa.. mengharap tarikh convo tak clash..

  19. Macam menarik..tapi tarikh 4 Mei tu hari Sabtu.Tiap2 hari Sabtu ada komitmen penting antara hidup dan mati pulak tu..

  20. Bertuah blogger area sana. Saya kat penang sokong dari jauh sahaja…

  21. Peluang baik ni…tp masa pula xkena, xde rezeki… kena tunggu di lain ketika.
    p/s: Untuk yg berumur 15 tahun keatas atau dah jadi blogger selama 15 tahun ni?

  22. sedang belajar jugak buat duit melalui program2 yg disebut.. dalam proses experimental dalam blog. bak kata org kalau nak kena la usaha kan.. 😀

  23. Murah sgt dah tu…..cepat sebelum harga naik….saya tak dapat nak confirmkan pergi ke tidak,rasa macam nak.

  24. best nii dapat belajar buat duit dengan blog..