Tak perlu marah-marah – nanti cepat kedut tak anggun!

Mula-mula nak bagitau – saya dapat hadiah utama wang tunai rm 10,000.00 .

TAHNIAH SIM.CaRD ANDA TELA BERJAYA CABUTAN BETUAH Dari Shell SDN BHD WANG tRM 10,000.00 SILA HB Office 014 866 2838  terima kasih.

Segala ejaan lintang pukang tu buat saya gembira!  Makcik kaya!

Ok tutup kes!

Pasal GengBlogger pula.   Semalam ramai yang hantar email tanya status ping di GB.   Ramai yang tak keruan sebab tak boleh ping.  Tengok thread baru di forum pun dah boleh rasa, ramai yang mengalami masalah ini.

Adik-adik.. bertenang.  Tiada sistem yang sempurna dan kekal .  Semua sistem yang disenggara manusia akan alami gangguan.  Blogger, facebook malah kadang-kadang web yang bersecurity tinggi seperti bank pun alami gangguan perkhidmatan.

Pemilik GB sedar masalah tersebut dan sedang cuba mengatasinya… bagilah dia masa janganlah keterlaluan memberi tekanan.  GB adalah kemudahan percuma dan kita sebagai pengguna perlu bertolak ansur.  Tak perlu semua orang nak buka thread nak harapkan jawapan – kalau Kong nak jawap semua soalan , bila masa dia nak kerja nak selesaikan masalah?

Saya pun alami masalah yang sama 3-4 hari lepas.  Ada beberapa entri yang tidak dapat di ping.  Anggap saja satu itu perkara biasa –  kadang-kadang hidup bukan seperti yang kita rancang.  Saya check setting url feed.

Bertenang… tarik nafas …. dan sedar , kehidupan online kita bukan segalanya.  Ada banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan dari memikirkan masalah tersebut.  Blogwalking contohnya.

moral of the story : bertenang

©kujie – Tempayan yang penuh tidak akan berkocak airnya

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. AkuEmat says:

    Tempayan yang penuh tidak akan berkocak airnya

    nice quote =)

  2. kesian kat saya tak tahu apa – apa pasal takleh ping blog sebab time saya ping blog, oke je 🙄
    Jom terjah post menarik dari fina fento ..I5Ra3L punya strategi kat Facebook. Jangan cepat melatah!My Profile

  3. entri kak jie hensem hensem belaka..

  4. nasihat yg sejuk ati membacanya 😉
    Jom terjah post menarik dari Kie-yu ..Entri 4 dalam 1. Mode lincahMy Profile

  5. saya kalau tak dpt ping sy rilek je, dtg lain kali..try lg, pastu kalau tak dpt dkt chrome sy buka kat firefox, kdg2 boleh
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Definasi broadband jangan salah fahamMy Profile

  6. kalau dah memang berkedut, boleh marah tak , kujie?
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..Bafana BafanaMy Profile

  7. etomyam says:

    betul tu kak jie…yang penting bertenang dan maintain steady…kelam kabut tak bawa kemana2 pun hehehe :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari etomyam ..10 Penawar Stres Paling IdealMy Profile

  8. betul. tak perlu marah-marah. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari titan ..Komisen Pertama dari InnityMy Profile

  9. selalu gak dapat sms macam tuu..kadang smpai bertengkar dgn hubby yg nak sgt cepat kayo tu..ngeeee (tak boleh marah kang tak anggun yer tak kak jie)
    Jom terjah post menarik dari onie ..Blog bertukar wajah..Tapi tak best..My Profile

  10. denaihati says:

    Semalam dapat email katanya saya menang Lotery USD100juta…pak ci kayo pak cik kayo!!!.

    Joomm kita iklan ramai-ramai kat GB tu baru lah ada modal sikit nak jalan bisnis.

  11. hehe.bertenang itu cara terbaik. ekekeke. terima kasih geng blogger.

  12. saya blum dpt join apa-apa pun, tapi insyallah ada juga hasrat, later kalu saya ada soklan, saya tanya pada Jie ya 😛
    Jom terjah post menarik dari Mak Su ..Warna-warna alamMy Profile

  13. kadang2 kelakar, kadang2 pening, kadang2 menyampah tengok blogger2 kita ni. tak boleh ping kat GB pon susah hati macam orang hilang anak. padahal entry setakat 2-3 baris yg lansung tak ada makna. sabar je la..
    Jom terjah post menarik dari mrkay ..Panggilan IDD lebih murah dengan ITalkWhoa!My Profile

  14. Fitrihadi.com says:

    kalau saya nak kumpulkan jumlah yang saya dah dapat mcam akak, memang cukup 7 keturunan duit tu hahaha

    pasal hellioz tu biarlah..itu cara dia.. memang hot and spicy..tapi saya dh malas nak libatkan diri dalam blogosphere sekarang ni..

    dan pasal Gb tu dah boleh ping. semalam saya try memang tak boleh. pagi ni baru boleh..bagus admin GB.. harap GB dapat jadi satu identiti malaysia nanti. biar najib tahu kita remaja malaysia yang boleh berjaya! hehe

    err remaja?? akak dah kahwin kan..opsss :p
    Jom terjah post menarik dari Fitrihadi.com ..Laporan Dan Rekod Fitrihadi.com Setelah 3 Bulan BeroperasiMy Profile

  15. kong dah banyak bantu kita, kita harus berterima kasih pada dia..

  16. mujur saya boleh ping pagi tadi, hehehe 🙂
    Jom terjah post menarik dari ieda ..MEMANG MALANG SUNGGUH BILA BERHENTI KERJA DI CERAIKAN SUAMI PULA.My Profile

  17. JMR..bertenang dalam apa jua keadaan pon..
    Jom terjah post menarik dari jmr ..[MOVIE] leh tak nak kasi 5 bintangS utk KARATE KID & THE A TEAM ???My Profile

  18. hehe saya tengok je dari jauh, malas nak amik side. saya pun ada problem nak ping tapi rasanya dah boleh submit balik pagi subuh tadi

Trackbacks

  1. Tak perlu marah-marah – nanti cepat kedut tak anggun! « Motonggetah's Blog says:

    […] Read more… […]